Thursday, February 2, 2017

TT ::: Walker

Hari ni kita ber"TT a.k..a Throwback Thursday" pula...
Nak letak gambar anak2 dalam walker...

Irfan.. 2006
Gambar ni masa saya dengan Irfan duduk kat asrama kolej...
Maklumlah, masa tu masih lagi PJJ dengan abah..
Ummi kat setiu, abah pula kerja kat Kuala Lumpur..
Jadi angkut Irfan duduk asrama.. hihihi, kecik2 dah masuk kolej :)

Aisyah... 2008
Gambar ni pula adalah di rumah sewa di Setiu
Abah dah dapat tukar ke Terengganu bila Aisyah lahir...
Alhamdulillah :)

Danish... 2010
Sebelum Danish lahir, kami dah pindah rumah sekarang.
Alhamdulillah, akhir tahun 2009 dah dapat miliki rumah sendiri..
Masa mula2 balik dari UK, Irfan ada tanya, "Ummi, why you bought a house in the jungle?"
Hehehe, maklumlaa... kawasan rumah kami ni mcm2 binatang ada... ayam, lembu, kambing, kerbau, bangau, burung hornbil, monyet, dan yg paling saya tak suka adlh babi hutan... huhuhu

Aina... 2016
Eh, sepatutnya cakap pasal walker, tapi tercerita pasal rumah pula...
Jadi usia walker yang Aina pakai ni dah sepuluh tahun..
Rasanya masa beli tahun 2006 tu tak sampai pun RM100 sebab beli semasa sale..
Tapi Alhamdulillah, walker ni dah pun berkhidmat untuk keempat empat beradik :)


NuKilaN:
 

6 comments:

  1. dah boleh berjalan nanti,depa dah tak mau dok dlm walker dah kan..

    ReplyDelete
  2. Memang berbaloi-baloi membeli walker tu... :)

    ReplyDelete
  3. Tahan lasak walker tu bagusla.. untung membela kalau mcm ni..

    ReplyDelete
  4. Brand apa tu Bijen. Tahan lasak banget tu. Menang membeli ni namanya. Modal kurang Rm100 boleh pakai turun temurun hihi....

    Aina muka dia lain sikit ye Bijen...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails