Tapi ada juga kawan yg tanya, mcm mana tu rasa sakit urat?
Huhuhu, tak pandai nak explain.
Jadi hari ni nak share dua post dari FB yang agak menarik berkaitan dengan "Sakit Urat".
Post pertama dari Dr Zulkifli.
Post penuh beliau saya "Paste" di bawah..
Sakit urat, sedekah dan mencari titik kesembuhan.
Sakit urat.
Dulu pun saya heran juga apa yang dimaksudkan oleh pelanggan yang datang.
Dulu pun saya heran juga apa yang dimaksudkan oleh pelanggan yang datang.
Jadi sebab tak tahu kita pun rajin bertanya lah ..... untuk pint point masalahnya. Dari sarawak ke manjung ke tronoh ke banting dan ke bukit naga.
Jadi kesimpulannya.
Sakit urat ini merujuk kepada rasa bisa bisa pada tubuh seperti kena cucuk cucuk gitu dan kadang kadang bila dipegang otot tangan atau bahu terasa lah sakitnya. Kadang kadang nak tidur pun susah sebab kesakitan tersebut. Selalunya yang disampaikan berlaku pada kawasan leher , bahu, belikat dan lower back ( tulang belakang ). Jarang lah kita dengar sakit urat di kaki atau di tangan ( limbs ).
Itu lah ceritanya. Yang orang kata dok berangin berangin tu kita tak pasti pulak ape dia sebab itu bukan sahaja di sebut oleh masyarakat sini tetapi di Australia juga ( tempat saya belajar dululah ). Depa panggil WIND ... ha ha ha ha macam kelakor pulak tu mesti yang ajar orang nusantara masa depa dok menjajah kita dulu. Tapi in real life ini real complaint dan selalunya improved dengan ubah sikit cara menangani stress dan melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
Tetapi ramai juga pesakit yang sedang menghidap pesakit kronik pun mengalamai tanda tanda yang sama. Terutamanya pesakit pesakit diabetes. Ini mungkin disebabkan perubahan dan kerosakan pada saraf peripheri.
Cuma saya tak faham sangat bila ada setengah orang bila kena urut sendawa kuat betul. Tapi tak kisahlah janji lega selepas itu. Sebab tak semua benda kita tahu bila libatkan ilmu manusia.
Ade kisah menarik juga nak kongsi. Kisah ustaz yang ajar tazkirah kepada kami di sini. Orangnya sangat tenang kalau anda berjumpa dengannya.
Isteri beliau ditakdirkan menghidap kanser usus dan sudah di bedah serta menjalani rawatan kemoterapi. Ujian untuk mereka kanser itu sudah merebak ke tulang belakang dan paru paru. Berlaku sedikit pendarahan juga dari usus.
Isteri beliau ditakdirkan menghidap kanser usus dan sudah di bedah serta menjalani rawatan kemoterapi. Ujian untuk mereka kanser itu sudah merebak ke tulang belakang dan paru paru. Berlaku sedikit pendarahan juga dari usus.
Sedih kalau dengar ustaz ni cerita. Tapi salah satu cabarannya adalah bebanan kewangan untuk merawat. Untuk menjadi cerita pengajaran untuk kita semua .. sebab isterinya dalam keadaan lemah dan tidak memungkinkan rawatan chemo kali kedua beliau hanya di rawat untuk pendarahan usus dengan risiko secondary tumor yang akan merebak.
Ditakdirkan pada masa sudah cukup sebahagian wang untuk dibelanjakan untuk rawatan rupa rupanya di takdirkan ada hamba ALLAH yang berjumpa dengan ustaz ini dan menyatakan sangat perlukan nya beliaua akan sumber kewangan. Ustaz ini kata pada masa itu teringatlah beliau mengenai ayat AL quran yang menyebut sebaik baik pemberian adalah harta yang sangat kita perlukan pada masa itu. Dengan keyakinan itu di berikan sebahagian besar wang tersebut. Walaupun rasa rungsing tetapi akhirnya di balas dengan berita baik dari yang merawat isterinya .. diberitakan sekarang tidak ada lagi secondary tumor yang baru dan yang ada sekarang semakin mengecil dari size asal. Begitulah adanya ... kita yang dengar pun semakin yakin akan kalam kalam ALLAH ini pasti benar.
Alamak panjang sangat dah .....
Ini pula post yang ke-2..
Dari Dr Rusyainie Ramli.
'Doktor, saya ni demam urat, semalam kerja kenduri'.
'Hish, jangan makan laksa nanti sakit urat!'.
'Ni sakit urat ni doktor kan?'
Dari dulu sampai lah sekarang mungkin saya saja sorang-sorang yang tak tahu apa itu urat. Sebab tak pernah belajar kat sekolah perubatan.
Urat tu apa?
Otot = muscle ke?
Tendon = sejenis tisu yang menyambungkan otot ke tulang ke?
Ligamen = tisu yang lebih kurang macam tendon tapi yang menyambungkan tulang / tulang rawan dengan tulang lain untuk membentuk sendi ke?
Arteri = saluran darah yang membawa darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan ke?
Vena = saluran darah yang membawa darah yang sudah berkurangnya oksigen dari seluruh badan kembali ke jantung ke?
Saraf = nerve ke?
Yang mana satu sebenarnya urat?
Perkataan urat secara am begitu membuatkan saya terkial-kial dan termangu-mangu. Terpinga-pinga pun sekali jalan.
Baru-baru ni, ada pesakit saya mengalami kecederaan semasa latihan renang. Dia sakit sangat dan tak boleh angkat 1 belah tangan. Saya yang kebetulan berada di tepi kolam renang, terus menghantar dia ke klinik saya. Setelah memeriksanya, saya tahu dia mengalami kecederaan pada sarafnya. Terus saya uruskan dia ke hospital untuk rawatan lanjut.
Ada pesakit yang sakit paha bila lepas main bola. Saya tahu itu kecederaan otot.
Ada satu pesakit yang lain tiba-tiba sakit bahu masa buat latihan senaman, saya tengok Xray. Tu rupanya bahu dah terkeluar dari soket. Kita masukkan balik dengan teknik yang betul dan ubat tahan sakit yang bagus. Dia kena pakai anduh.
Ada pesakit saya kata uratnya bersimpul. Selidik punya selidik, kelenjar limfa dia bengkak. Kena jangkitan bakteria. Saya rawat dengan bagi antibiotik dan saya suruh dia datang balik untuk saya periksa semula.
Itulah gunanya kerajaan bayar beratus ribu RM untuk jadikan saya doktor. Untuk saya melakukan kerja saya berdasarkan ilmu perubatan. Untuk saya mencurahkan bakti kepada masyarakat. Sia-sia lah segala keringat, masa, air mata, pengalaman dan kemahiran saya selama ini kalau ilmu dalam bidang saya ini mahu dipinggirkan dan kita masih mahu berpegang pada kata dan petua orang lama.
Sakit urat tidak wujud. Makan salah nanti sakit urat pun tidak wujud. Itu kemungkinan kesan placebo.
Kalau demam, memang kita akan mengalami sengal di bahagian badan, yang kita panggil myalgia atau arthralgia. Apa-apa sekali pun berjumpa lah doktor.
Ajaran dan petua orang zaman dulu dah banyak sangat tak relevan sekarang ni, sebab kita dah ada sains untuk buktikan sebaliknya.
Orang melayu ni aneh dan ganjil, kalau anak jadi doktor, bangganya bukan main. Satu kampung dia canang. Nasib tak letak banner saja kat pintu rumah nak bagitahu. Tapi kalau doktor bagi nasihat pasal sakit, boleh pula tak nak ikut. Sibuk nak menangkan petua orang dulu-dulu.
Dr. Rusyainie Ramli
Lain kali naik kereta lembu saja kalau nak ikut sangat zaman dulu. Tak payah berebut nak beli kereta jenama jepun.
.
Dah lama tangguh nak pergi berurut satu badan.
Best kan dapat rehatkan badan sambil orang urut satu badan?
Lepas tu, mesti badan pun rasa ringan jer.
Saya tak tolak perubatan moden, tapi tak juga sombong dgn perubatan tradisional.
Bagi saya, dua-dua saling memerlukan.
Saling melengkapi antara satu sama lain.
Tak gitu?
NuKilaN:
Saya pun kalau mengeluh sakit bahu, orang kata sakit urat. Tapi saya pun tak tahu urat tu merujuk apa. Yang saya tahu kalau sakit tengkuk tu tandanya BP naiklah ^_^
ReplyDeleteSaya lagi best tau, tak berani nak urut satu badan takut terputus urat. Punyalah fobia. Geli pun ya juga bila orang urut badan!
Lama dah tak mengurut...rasanya last masa beranak kot. Teringin nak pergi berurut tp tak berjumpa lagi tukang urutnya. Nak urut kat spa rasa sayang pulak nak keluar duit sampai beratus...
ReplyDeleteSudahnya tak berurut sampai sekarang hihi....
Kalau lepas urut biasanya kan sakit badan...tu kira sakit urat ek..
suke baca tulisan2 dr org yg pakar2 gini...
ReplyDeletesetuju ngn akak, perubatan moden n tradisional sama seiring...
Rusyainie ni bukan pakar. Dia cuma cerita melalui pengalaman terhad dia sahaja. Terma sakit urat memang tak wujud kepada Doktor seperti beliau. Sakit urat tu terma orang Melayu lama. Sekadar istilah... diistilahkan sedemikian untuk memudahkan faham.
DeleteBestnya kalau dapat berurut satu badan... saya pun lama dah tak ngurut..
ReplyDelete