Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga mengikuti lawatan universiti ke Lake District, Cumbria. Lake district adalah antara destinasi pelancongan yang popular di England yang terletak di bahagian barat England. Perjalanan menaiki bas memakan masa selama dua jam dari Bradford.
Seawal jam 8.30 pagi, kami dah berada di tempat berkumpul depan universiti. Ramai juga yang menyertai lawatan tersebut. Rasanya mencecah 100 orang yang dimuatkan dalam tiga buah bas. Ramai juga keluarga lain yang menyertainya walaupun hari hujan. Hampir jam 9.00 pagi baru bas memulakan perjalanan.
Dipertengahan perjalanan, Irfan mengadu nak muntah. Padahal sebelum naik bas dah beri makan ubat utk motion sickness. Tapi nasib baik tak lama lepas tu bas berhenti untuk rehat dalam 20 minit. Sempat la buang hajat mana yang patut dan beli sedikit makanan buat anak-anak.
 |
| Di tempat persinggahan |
 |
| Bersedia untuk menyambung perjalanan |
 |
| Danish dengan chip kentang dan hot chocolate |
 |
| Tak lama lepas tu terus tertidur hingga sampai ke destinasi |
Alhamdulillah, anak-anak beri kerjasama yang baik masa dalam bas. Destinasi kami yang pertama adalah Lake Winderemere. Lake windermere merupakan tasik yang paling besar di England.
Dari Lake winderemere, kami akan menaiki boat untuk ke pekan yang terkenal di Lake District, iaitu Bowness. Kami tiba di Lake windermere pada hampir pukul 12 tgh hari dan pihak universiti telah menempah boat untuk kami pada pukul 12.30. Sementara menunggu boat sampai, sempat juga saya snap beberapa keping gambar buat kenangan walau pun hari hujan.
 |
| Walaupun hujan, pemandangan sangat cantik :) |
 |
| Parking kereta pun ambil juga sbb suka bangunan belakang tu |
 |
Gunung yang diselaputi kabus... Tenang jer tgk itik tu berenang renang |
 |
| Model saya yg sporting bergambar walaupun hujan |
 |
| Anak-anak yang sabar menunggu feri |
 |
| Bila dah nama budak2, sengaja main air hujan bila tunggu boat tak kunjung tiba |
 |
| Putera puteri saya :) |
 |
| Horrey, boat dah sampai.... |
Dari atas boat, kami boleh menikmati pemandangan tasik yang sangat cantik (walaupun hari hujan). Insya Allah, yang tu saya akan letak dalam entry seterusnya :)
NuKilaN: