Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga mengikuti lawatan universiti ke Lake District, Cumbria. Lake district adalah antara destinasi pelancongan yang popular di England yang terletak di bahagian barat England. Perjalanan menaiki bas memakan masa selama dua jam dari Bradford.
Seawal jam 8.30 pagi, kami dah berada di tempat berkumpul depan universiti. Ramai juga yang menyertai lawatan tersebut. Rasanya mencecah 100 orang yang dimuatkan dalam tiga buah bas. Ramai juga keluarga lain yang menyertainya walaupun hari hujan. Hampir jam 9.00 pagi baru bas memulakan perjalanan.
Dipertengahan perjalanan, Irfan mengadu nak muntah. Padahal sebelum naik bas dah beri makan ubat utk motion sickness. Tapi nasib baik tak lama lepas tu bas berhenti untuk rehat dalam 20 minit. Sempat la buang hajat mana yang patut dan beli sedikit makanan buat anak-anak.
|
Di tempat persinggahan |
|
Bersedia untuk menyambung perjalanan |
|
Danish dengan chip kentang dan hot chocolate |
|
Tak lama lepas tu terus tertidur hingga sampai ke destinasi |
Alhamdulillah, anak-anak beri kerjasama yang baik masa dalam bas. Destinasi kami yang pertama adalah Lake Winderemere. Lake windermere merupakan tasik yang paling besar di England.
Dari Lake winderemere, kami akan menaiki boat untuk ke pekan yang terkenal di Lake District, iaitu Bowness. Kami tiba di Lake windermere pada hampir pukul 12 tgh hari dan pihak universiti telah menempah boat untuk kami pada pukul 12.30. Sementara menunggu boat sampai, sempat juga saya snap beberapa keping gambar buat kenangan walau pun hari hujan.
|
Walaupun hujan, pemandangan sangat cantik :) |
|
Parking kereta pun ambil juga sbb suka bangunan belakang tu |
|
Gunung yang diselaputi kabus... Tenang jer tgk itik tu berenang renang |
|
Model saya yg sporting bergambar walaupun hujan |
|
Anak-anak yang sabar menunggu feri |
|
Bila dah nama budak2, sengaja main air hujan bila tunggu boat tak kunjung tiba |
|
Putera puteri saya :) |
|
Horrey, boat dah sampai.... |
Dari atas boat, kami boleh menikmati pemandangan tasik yang sangat cantik (walaupun hari hujan). Insya Allah, yang tu saya akan letak dalam entry seterusnya :)
NuKilaN:
Seronoknya, banyak aktiviti boleh join kat sana... Cuaca pukul 12 tghari nampak macam pagi je, sejuk tu kan? Tapi kalau boleh jalan2, tentu tak ada masalah walaupun sejuk.
ReplyDeletesejuk sangat AN sebab hujan dan berangin... tgk la semua pakai jaket lagi, padahal dah masuk summer :)
Delete"make angin sokmo", ini yg akak jeles ni, huhuhuhu
ReplyDeleteho la... alang duk tempat orang... kak tini, minggu depan ke London pulok.. hahhahaha, jgn jeles :)
Deletetak dpt pii... dpt baca kisah org n tgk gambaq cantek pun JADILah noooo...cepat2 sambung critera anda...
ReplyDeleteOk, dah baru duk karang dalam draf... bila siap saya publish :)
Deleteseronoknya kak....
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok dapat tgk tempat orang :)
Deletebestnya dpt makan angin kat tasek sambil naik boat gitu...bagus jgk kan uni buat lawatan begini..kurang2 dpt jgk kenal tpt orang...:)
ReplyDeletebetul tu UA.. walaupun hujan, pemandangan mmg sgt menakjubkan...
Deleteni kali kedua kami ikut lawatan universiti.. yg kali pertama tak sempat lagi nak buat entry... huhuhu, last2 terus lupa
best ada rombongan mcm ni. Ada organizer tak perlu nak pening2 pikir, just ikut aje :-)
ReplyDeleteAnak2 saya rasanya tak bertahan naik bas 2 jam. Semua jenis cepat pening. Naik keta lama sikit pun asik tanya bila nak sampai..
Tu la, tak perlu nak fikir macam2.. ikut jer arahan urusetia :)
DeleteNext trip ke Cambridge pun rasa macam nak join :)
Irfan dan danish pun macam tu la... cuma Aisyah jer tak kisah jalan jauh, tetap menten :)
Kak nur
ReplyDeleteFrh ingat lake windermere ni kat scotland rupanya kat england. Boleh la pergi nnt ;)
Dekat jah farah.. kena pergi tu.. maybe dekat dgn sempadan Scotland kot...
Deleteoh irfan sama ngan auntie la... naik bas kejap sure dah rasa nak muntah walaupun makan ubat... huhuhu
ReplyDeletebestnya dapat pi jalan2... :D
Irfan dan Danish memang selalu macam tu... bila naik bas kena terus tidur baru ok kot... hihihi
DeleteAlhamdulillah, boleh la kenal tempat orang :)
wah berkabus..tentu sejuk kan... comel model 2 beradik tuu
ReplyDeletememang sejuk kat Izan.. tengok la semua bercoat bagai... dah la berangin, mmg ketor kepala lutut :)
DeleteBestnya! rindu nak pegi sana lg..:)
ReplyDeleteKak Nur, Irfan mmg motion sickness ke?
Best kan? Masa kat sana duk teringat kat Tasik kenyir dan cameron highlands, hihihi
DeleteYup, Irfan dan danish, dua2 motion sickness :)
Kalau naik train tak pe pulak... mungkin sbb train dia tak brek kot, ekkekekke
besnya dpt makan angin sana nur..nampak tenang tasik tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah, boleh la menikmati keindahan tempat orang... kan? tu yg buat saya teringat kat tasik kenyir :)
DeleteBestnya nur.berapa lama naik boat tu?
ReplyDeletebest... dalam 40 minit :)
Deletewohoo...bestnyaaa...jelez i...hihik
ReplyDeletekena datang sini la nak kasi hilang jeles tu :)
DeleteTambah seronok bila cuaca sejuk sebab hujan tak lebat oklah utk anak-anak menikmati perjalanan Nur. Nampak nyaman dan tenang aje perjalanan naik feri..
ReplyDeleteSuhu mmg sangat sejuk kak... sbb tu kena sarung winter jacket semula...
DeleteAlhamdulilah, mmh boat tu tenang jer belayar dalam tasik tu :)
wah ! cantiknya view Nur..memang indah je klu tgk..
ReplyDeletebudak2 seronok jalan2.. Aisyah tetap sporting dgn gaya2 nya..;)
Yup, memang tenang jer mata memandang....
DeleteTu la, mmg seronok sgt dapat naik boat... Aisyah mmg sproting sokmo :)
wahh so nice.. The kids sangat behave everytime jalan2 kan, so worth it travel ngan dorang, suka tengok. Danish tu sempoi jer tdo... senang betul.
ReplyDeleteAlhamdulillah, setakat ni mereka seronok dapat jalan-jalan... ada juga gaduh2 manja sesama mereka, tapi biasa la budak2... kita yg tua ni kena pandai handle :)
DeleteDanish mmg mudah sgt bab tido.. ngantuk jer terus ZzzzZZz :)
Wah bestnya!byk aktiviti boleh buat disana ya.ambil peluang nur sblm blk ke malaysia.tgk n pelajari keindahan ciptaan allah
ReplyDeleteBetul tu Ida... luas perjalanan, tambah pengalaman dan pemandangan :)
DeleteSeronok yeh Bijen bila dapat cuti cuti London ni hehe..... macam-macam dapat tengok...
ReplyDeletebertaring jadiknyaa...ekeke
ReplyDelete