Monday, May 20, 2013

Anak lelaki lebih rapat dengan mak?

Sebelum ni saya selalu perasan- Irfan dan Danish lebih rapat dengan saya. Aisyah pula lebih rapat dengan abahnya. Saya terfikir untuk berkongsi di blog apabila salah seorang daripada rakan saya menulis status berikut di facebooknya...
Saya terus reply kat status tu yang saya pun berpendapat yang sama.

Yang paling ketara bila bangun pagi. Ayat pertama yang keluar dari mulut kakak, "Ummi, abah mana?". Padahal dia dah tahu yang abah pergi kerja. Yang si adik pula, celik jer mata mesti cari ummi (sama juga dengan Irfan).

Bila keluar jalan-jalan, Irfan mesti akan pegang tangan saya. Danish pula hanya nakkan ummi jer yang tolak stroller. Kadang2 saya saja suruh hubby tolak stroller tu (especially bila kawasan berbukit). Boleh pula Danish perasan yang abah sedang tolak stroller dan cepat2 suruh tukar dengan ummi. Aisyah pula memang selalu jalan pegang tangan abah. Bila Aisyah tak larat jalan, abah la jadi mangsa kena dukung Aisyah :)

Bila naik train Irfan dan Danish berebut nak duduk sebelah ummi. Aisyah pula memang akan pilih seat kat tepi abah.


Apa pula pengalaman mommies? Setuju tak dengan pendapat tu?

NuKilaN:
 

33 comments:

  1. Mmg setuju nur.anak2 sy semua lelaki n rapat dgn saya.siap kalau keluar mkn mesti ada sesi berebut nak duduk kerusi sebelah mama,bila bjln berebut nak pimpin tgn ngan mama...bila naik keta pun ada je sesi berebut nak dok sebelah mama.kalau gi hotel,even papa nak bwk depa turun main pool mesti depa nak mama turun sama.kalau ckp suruh turun dulu jap lg br mama turun pun x leh hihi.tu belum masuk bab tido...berebut jugak hihi.sama jugak sy perhati husband sy and adik beradik lelaki dia sumer sgt rapat dgn mak dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu, Ida lagi parah sebab kena bahagi utk tiga orang... mmg begitu la rupanya, kesian pula kat papa takde peminat... hihihi

      Delete
  2. Sama aje dgn Nabil, kalau mkn, berjalan,solat pun nak dgn mama ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak yati... buat kerja sekolah, baca buku... semua kena dengan ummi

      Delete
  3. hmm btul la tu kak.. sbb ap yg IF belajar dlm psikologi..ank2 llaki lbih trtarik pd ibu and ank prmpuan lbih trtarik pd ayah.. jadi no wnder la anak akk mcm tu. and diaorang akn feel jeles bila adk brdk lain dkt ngn parents diaorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo, gitu ke? memang betul la pemerhatian akak.. bukan perasaan semata-mata :)
      Tq IF, perkongsian yg menarik dan teka teki akak pun dah terjawab :)

      Delete
  4. Betul tu..sy pernah juga dengar Dato Fazilah Kamsah cerita tentang ini. Anak lelaki rapat dgn ibu, anak perempuan rapat dgn ayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks NL, lagi la kuat hipotesis tu...
      kalau mcm tu, cik bieha rapat dgn ayahnya ke?

      Delete
  5. Yang pasti...... Anak anak okje masa kecik mesti cari ibu tak kira lelaki ke perempuan, bila dah besar, cari ayah masa nak beli mainan..... Hehe kalau cari ibu, memang tak akan dapat, masa ibu keje pun tak dapat apa tah lagi sekarang!

    ReplyDelete
  6. hmm sy pulak anak perempuan more kpd ayah..yg lelaki masih kecik lg baru 4 bulan...tak pasti lagi...eheh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeles tak kat anak pompuan bila rapat dgn ayah? hihihi, saya dulu selalu rasa macam tu... lepas ni fizah geng dgn si adik :)

      Delete
  7. Yang aidan lak ikut keadaan..kalau nak bermanje, tido mesti ngan mummy, kalau nak main2 mesti yg ayahnya..skrang nie makan, kerusi mesti nak sebelah mummy..kalau tak mesti alih lagi...air minum pun mesti mummy kena tuang.kalau ayahnya tuang mesti ngamuk, buang balik ..bengkek jer ayahnyer..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi, sama perangai dengan danish... kalau abah ambilkan air, tak nak minum... kena ummi juga yang tuang... tapi setakat ni belum pandai mengamuk, cuma dia yg nangis minta ummi yg tuang :)
      Aidan pun anak manja ummi la, kan?

      Delete
  8. anak2 saya sorang pompuan 2 lelaki semuaaaa 'melekat' dgn ibu dari baby sampai skrg. Kekadang saya jadik jeles pulak dgn husband sebab dia boleh buat apa2 dgn aman damai sbb anak2 takde nak kecoh2 dgn papanya hihii...

    p/s: salah satu faktor mungkin sbb saya dah fulltime kat umah dgn dorang lebih 8 tahun. Saya benti keje time tu yg sulung baru setahun lebih sebaik bersalin anak no.2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak tu LL... dah ibu jer yang rajin melayan, semua nak dgn ibu la jugak kan...
      saya konfius tu sebab dulu pun saya rapat dengan ummi, mungkin sbb ayah kerja...Tapi Aisyah memang tak boleh berenggang dengan abah.. bila abah pergu kursus, dia la yg paling banyak kali tanya, "Bila abah nak balik?"

      Delete
  9. assalam,

    lama bunda tak jengah sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bunda,
      tq singgah sini... rindu kami ke?

      Delete
  10. ada benarnya jugak kot. tapi adik anis yg laki2 rapat dengan ayah....errr kami adik beradik masa kecik memang lagi rapat dengan ayah sebab umi bizi sangat hehe. dah besar ni baru manja2 dengan umi pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu pulak yer... kasih beralih sebab ummi sibuk... bagi kami yg dua2 buat2 sibuk ni, pandai pula anak2 bahagi perhatian... hihihi

      Delete
  11. KAK NUR!!! cantik header 3 beradik tu..muke cerdik semue! tapi selalu budak kecil yg blaja oversea balik blaja malaysia mereka akan sgt advance dari umur mereke sepatutnye ;)

    saye sanggah! heheh..muhammad nmpak lebih kepade ayah die pulak..die rele pujuk ayahnda dari pujuk ibunde T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi, thanks UM... ye kot sbb cara pendekatan kat sini mmg berbeza... kadang2 rasa mcm tak percaya Aisyah yang baru 5 tahun, tapi gaya cakap macam orang besar... she know how to express her feeling very well.. rasa kagum pun ada, saya yang tua ni pun lebih banyak memendam dari meluahkan :)

      Macam tu pulak yer... mmg lain anak, lain peel nyer :)

      Delete
  12. Kakak lihat anak-anak masa kecik memang lekat dgn papa dia (anak kakak semua perempuan). Tapi bila dah remaja ni nampaknya lagi mesra dgn kakak. Apa-apa pun cerita dgn kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Aisyah, memang dia manja dengan abah.. tapi bila bercerita, cari ummi jugak... orang perempuan kan lebih suka mendengar.. hihihi

      Delete
  13. salam kak nur..

    anak2 ayu plak skrg ni memang rapat dengan ayu..tapi yg kecik tu, danial mmg manja sgt2 dgn ayah dia..
    cuma bila nak susu ke, mandi ke, pakai baju ke, tido ke, memang berkepit atau nak kat ayu je la..

    yg sulung, hariz tu mmg sikit2 ibu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak sulung lelaki mmg rapat dengan kita, kan?
      Macam Irfan dah besar panjang pun nak lagi duduk atas riba sekali sekala...
      Kalau kiss pipi adik, minta kita kiss kan pipi dia jugak... hihihi

      Delete
  14. tertinggal N3 ni, nak komen jugak…huhu!!!kros tak setuju sebab semua 3A sikit2 mommy, sikit2 mommy. Ahdia bila ckp dia anak daddy teruk muncung sbb nak jd anak mommy je. hahaha!!!!cuma kros rasa Anis je manja dgn daddy tapi bila bab nak duduk ke, nak jalan ke semua cari mommy. mcm LL ckp kadang2 rimas jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, lagi sorang yang tak setuju... so memang bergantung kepada beberapa faktor juga la, kan?
      tak semua anak2 perempuan rapat dengan ayah.. macam Aisyah, suka sangat kalau kata dia anak abah :)

      Delete
  15. Rasanya betul teori ni, setuju dgn nur..untungla ada ank lelaki dan pompuan, bolehla umi dan abah sama2 ada peminat.. Saya yg dua dua ank lelaki ni kena tgu tgk lagi beberapa tahun la macam mana keadaannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. peminta AN dah ada, cuma peminat papanya yang belum ada... hihihi, Insya Allah, lepas ni dapat la peminta papa pula :)

      Delete
  16. Hmm betul kot kak Nur. Dulu adik beradik sy pon gitu. Sy rapat dgn abah, adik2 lelaki rapat dgn mak! Tp ank2 sy ni girls, zahin mmg rapat dgn sy tp Iris byk/rapat dgn babah dia..ala hopefully ank2 sy tak kira jantina sama rapat la dgn sy dan hubby..nti ada yg jeles ..kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dua-dua kita tak nak bezakan, tapi macam boleh nampak yang Aisyah lebih manja dengan abahnya... kalau abah takde, memang dia sgt well behave.. tapi bila abah ada sekali, mmg susah la nak dengar kata ummi.. huhuhu

      Delete
  17. ye ke nur? kena ade anak lelaki jugaklah br rapat dgn ummi kan..hehehe..skg ni takleh nak compare sbb br ade sorg anak perempuan

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails