Monday, June 3, 2013

Resepi nasi goreng kerabu Bradford

Breakfast kami pagi ni (hasil tangan tetamu)....


Sempat belajar masakan baru dari Cik Yah.  Nak letak resepi kat sini buat rujukan di masa depan...

Bahan-bahan:
1/2 bawang besar*
2 batang serai*
1/2 bunga kantan
2 ulas bawang putih*
1 biji cili padi*
1 sudu budu
3 batang kacang panjang
6 mangkuk nasi putih
5 keping daging kebab (kalau takde daging kebab, guna daging biasa pun boleh) -dipotong nipis
Minyak masak

Cara-cara:
1. Mayang semua bahan bertanda *.
2. Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bawang putih layu dan masukkan bawang besar.
3. Bila kedua dua bawang telah layu, masukkan serai dan cili padi. Tumiskan sehingga naik bau.
4. Masukkan nasi, bunga kantan, kacang panjang dan daging kebab dan gaul rata.
5. Perasakan dengan garam dan budu. Siap!


Bahan sambal:
1/2 biji bawang besar*
1/2 biji tomato*
sedikit belacan*
4 biji lada merah
Garam/gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit lemon jus

Cara-cara:
1. Bakar bahan bertanda hingga wangi.
2. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar.
3. Perasakan gula dan garam. Siap!

Nasi dihidangkan bersama sambal, ayam goreng, daging kebab dan salad (dipotong halus).

Nota ummi,
Alhamdulillah, dapat juga makan masakan M'sia walaupun jauh beribu batu. Terima kasih, Cik Yah :)

NuKilaN:
 

Friday, May 31, 2013

Rezeki

Alhamdulillah, tetamu dari M'sia selamat tiba di rumah kami dalam pukul 9.20 malam. Bertolak seawal jam 10 pagi di Malaysia dan transit di London (pukul 3.45 petang) sebelum menaiki flight ke Leeds Bradford airport.

Orang kata, tetamu datang membawa rezeki. Tak sangka, bukan main banyak lagi buah tangan yang mereka bawa.
Sebahagian yang dibawa
Yg ni mmg takde kat Bradford :)
Bila mereka tanya nak kirim apa, sejujurnya saya tak tahu nak kirim apa. Saya kata, bawa la apa yang patut sebab tak nak menyusahkan mereka. Ada juga kirim baju raya yang adik tolong jahitkan (walaupun puasa pun belum - semangat nak beraya di perantauan tahun ni... hihihi).

Terima kasih kepada sanak-saudara yang susah payah kirimkan barang-barang tu semua. Ada yang dari Penang, dari Terengganu, dari Kelantan dan dari KL. Rasa macam nak raya pun ada (mode::: terharu sangat-sangat).

Oh lupa pula nak perkenal siapakah gerangan tetamu saya tu. Sebenarnya yang datang adalah bertiga - makcik (Cik Rah), sepupu (Kak Ngah) dan seorang kawan makcik (Cik Yah).

Sekarang saya masih di universiti untuk meeting dengan penyelia pukul 2.00 nanti (lagi 30 minit masa entry ni ditaip).

Cuaca hari ni pun cantik. Lepas mesyuarat dengan penyelia, harapnya dapat bawa mereka ronda kawasan sekitar Bradford :)

NuKilaN:
 

Thursday, May 30, 2013

Tetamu dari M'sia

Alhamdulillah, kelmarin kami dah selamat sampai ke Bradford. Memang penat tapi sangat seronok. Kata Aisyah, "I'm really like this place ummi". Amboi, memang dia seronok sakan. Belum balik lagi dah nak pergi sana lagi :)

Danish yg semangat menarik beg di Bradford Interchange

Insya Allah, hari ni pula kami sekeluarga akan menerima tiga tetamu dari M'sia. Tak sabar tunggu mereka sampai. Harapnya cuaca pada minggu depan menyebelahi mereka. Kalau asyik hujan juga, tak berapa syok la nak jalan-jalan. Nak ambil gambar pun takde mood bila hujan.

Pagi tadi dah jumpa penyelia walau penat di London belum hilang. Ada juga beberapa kerja yang perlu disiapkan untuk mesyuarat esok. Harapnya dapat siapkan sebelum tetamu sampai. Itu la cabaran bila bergelar pelajar. Kena pandai bahagi masa. Belajar tetap kena letak no 1 :)

Nota ummi,
Kalau diberi peluang, teringin nak ke London lagi :)

NuKilaN:
Related Posts with Thumbnails