Wednesday, October 5, 2011

Aisyah ke PASTI

Alhamdulillah, lega rasanya bila berjaya selesaikan masalah Aisyah. Akhirnya kami buat keputusan untuk hantar Aisyah ke PASTI. Kata Aisyah, dia nak pergi ke sekolah yang semua orang pakai baju sama. Tak nak ke 'sekolah' yang ramai budak-budak. Banyak betul permintaan anak dara saya yang sorang ni.

So saya berbincang dengan cikgu taska dan dia uruskan tempat untuk kemasukan Aisyah ke PASTI. Bila balik sekolah, ada van khas yang akan menghantar Aisyah untuk transit ke taska . Yuran bulanan di pasti cuma RM33(termasuk van) dan yuran pendaftaran RM 20.

Pagi tadi, bukan main awal lagi Aisyah bangun sebab excited nak ke sekolah. Tapi disebabkan Aisyah jarang bangun awal pagi (kecuali kalau dia tidur awal), dalam perjalanan nak ke sekolah pun Aisyah sempat lagi tidur. Saya pun sempat snap gambar Aisyah yang tidur semasa berhenti di lampu isyarat.

Sampai di sekolah, dalam pukul 7.40 pagi, belum ramai pelajar yang sampai. Saya terus bawa Aisyah jumpa dengan cikgu dan perkenalkan Aisyah dengan cikgunya. Dalam proses nak biasakan Aisyah, saya cuba perkenalkan Aisyah dengan kawan-kawannya dan mereka sempat bergambar bersama.
Aisyah yang masih masam mencuka, langsung tak nak senyum
Dari kiri: Alia, Alfa, Ain dan Aisyah

Bila saya nak beredar, Aisyah dah menunjukkan tanda nak menangis. Dia pegang erat kain saya. Cikgu pun memainkan peranan untuk memujuk Aisyah dan saya terus berlalu tinggalkan Aisyah di sekolah barunya. Harapnya, Aisyah akan serasi dengan sekolah barunya dan dapat membiasakan diri dengan cepat, Insya Allah. Doakan sama yer kawan-kawan :)

NuKilaN:
 

4 comments:

  1. Tq kak mija :)
    Harapnya perangainya juga comel selari dgn kecomelan wajahnya :)

    ReplyDelete
  2. hari pertama je kot masam mencuka.. budak2 perempuan selalunya cepat sesuaikan diri... ;)

    ReplyDelete
  3. harapnya mcm tu la kak yong.. sekrang ni pun dah makin ok :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails