Sunday, October 2, 2011

hari pertama di taska

Hari ni, hari pertama danish ke taska. Harapnya hari ini adalah permulaan yang baik.

Masa hantar pagi tadi, danish agak pendiam berbanding biasa. Biasanya dia akan seronok kalau dapat naik kereta waktu pagi. Memang dah dua hari saya beritahu danish yang dia kena ke taska sebab bibik dah tiada. Danish memang dah boleh faham apa yang orang kata.

Bila sampai di taska dan turun dari kereta, danish peluk saya dengan erat sekali. Bila nampak kelibat cikgu taska, lagi erat dia peluk saya. Saya cuma mampu berdoa agar Allah permudahkan urusan saya. Hanya kepada-Nya saya menyerahkan segalanya. Saya tak terus tinggalkan danish, tapi masuk dulu dalam taska dan bersembang dengan cikgu taska.

Anak-anak asuhan lain ketika itu sedang ralit menonton TV sambil menyanyi lagu yang disiarkan. Danish agak tertarik untuk menyertai kawan-kawan baru. Daripada atas riba, dia turun sendiri ke atas lantai dan cuba bermain dengan seorang budak perempuan berhampiran. Bila nampat danish dah ralit bermain, saya tinggalkan danish bersama Aisyah.

Bila danish sedar saya dah beredar, dia mula menangis. Tapi dengan segera dipujuk oleh cikgu taska. Tangisan danish semakin reda dan saya terus ke tempat kerja dengan hati yang agak lega. Harapnya, danish dapat menyesuaikan diri dengan tempat baru :)

Gambar selingan... 
jangan sedih-sedih yer sayang :)
NuKilaN:
 

3 comments:

  1. suker tgk pic Danish tu, comel!!!

    ReplyDelete
  2. alahai..baiknya danish. senang dipujuk. takla risau sgt kan kak?

    ReplyDelete
  3. kak tini: tu la pasal, pandai pulak tarik bibir bawah bila merajuk!

    ummi ummair: alhamdulillah, nasib baik senang nak handle danish :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails