Sunday, October 30, 2011

elak bayi menggigit semasa menyusu

Dalam entry lepas, saya ada kongsi cerita berkaitan hobi danish yang suka menggigit. Tapi saya masih lagi bernasib baik sebab setakat ini, ketiga-tiga anak tidak pernah menggigit semasa menyusu.

Setiap kali dengar cerita kawan-kawan yang putingnya berdarah tiap kali digigit oleh bayinya, saya jadi sangat takut. Tak boleh nak bayangkan, puting sedang berdarah dan bayi masih lagi menyusu di nipple yang berdarah tersebut. Saya banyakkan membaca dan mencari tips untuk mengelakkan bayi menggigit semasa menyusu.

Untuk ketiga-tiga anak, saya selalu amalkan dua perkara berikut:

Pertama, sebelum bayi tumbuh gigi, saya selalu bersembang dengan bayi semasa menyusu. Setiap kali bayi cuba menggigit puting, saya selalu ingatkan supaya jangan berbuat demikian bila dah tumbuh gigi. Saya selalu cakap, "Adik, bila dah ada gigi, jangan gigit ummi tau... nanti kalau ummi sakit, adik juga yang tak dapat minum susu ummi."

Kedua, bila bayi tiba-tiba menggigit semasa menyusu, jangan sekali-kali menjerit. Jika kita menjerit, bayi akan tersilap faham. Bayi ingatkan kita seronok dengan gigitannya. Jadi dia akan terus menggigit untuk terus bergurau dengan si ibu.

Untuk mengelakkan salah faham ini, cuba bertenang tiap kali digigit. Apa yang saya buat, saya cuba hentikan  penyusuan dan dengan memandang tepat ke mata si bayi, saya akan beri amaran, "Kalau lagi sekali adik gigit ummi, ummi dah tak nak kasi susu ummi kat adik!" dengan nada yang sedikit tegas dan muka yang sedikit garang supaya bayi tidak mengulangi perlakuannya. Setakat ini, ketiga-tiga anak terkesan dengan amaran yang diberikan :)

pic from google

Mommies:: jom la share  pengalaman/petua mummy :)

NuKilaN:
 

3 comments:

  1. hahaha... kalau saya, terus menjerit tp akif jarang gigit melainkan dia terlena. kalau dia terlena sambil menyusu memang sakit, budak kan walaupun dh lena tp masih menyoyot. mungkin dia gigit kuat sket kot bila tertido tu. tp takleh tanggalkan terus bila dia baru2 lena sebab nnti dia jaga dan sambung menyusu lagi. jadi terpaksala tunggu lama sket baru tarik. nak tarik keluar tu pun satu cerita...

    ReplyDelete
  2. kaknur ada cara nak tarik keluar masa dia tengah menyoyot, tp tak pandai pulak nak cerita ikut blog...

    ReplyDelete
  3. macam anak sulung saya dia gigit bila susu kurang laju..anak kedua pulak ada masa dah last2 nenen tu..dia isap guna tepi mulut je kemudian tahan pakai gusi jangan bagi tercabut..sakitnye..kalau dia main tarik je lagi sakit..kadang memang refleks spontan terjerit..dengan dia2 sekali tekejut..hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails