Lukisan ni terhasil tak lama selepas kami berpindah ke rumah sendiri akhir tahun 2009. Kalau tak silap dalam beberapa bulan selepas masuk rumah baru. Danish pun tak lahir lagi masa tu dan Aisyah baru 3 tahun lebih dan Irfan berumur 5 tahun lebih.
Irfan masa kecil tak pernah conteng kat dinding. Aisyah pula sebaliknya. Yang lagi best, bila Irfan tengok adiknya sedang conteng dinding, dia pun join sekaki. Tapi Irfan tak de pula conteng kat dinding, dia pilih tempat yang lebih tersorok sikit seperti katil dan car seat.
Jom cuci mata dengan hasil seni anak-anak.
Part A: dinding rumah kesayanganku
Yang pasti, semua ni adalah kepunyaan Aisyah
sesuai dengan umurnya ketika itu 3 tahun
Part B ::: katil Irfan
Lukisan yang mempunyai motif tersendiri
Pelukisnya tentulah Irfan
Part C ::: Car seat
Masa first time tengok lukisan kat car seat ni
rasa nak nangis pun ada
ni adalah antara barang anak-anak yg sangat saya sayang
tapi benda dah jadi... redha aje la dengan kreativiti anak-anak
Mommies ada pengalaman yang sama tak?
NuKilaN:
hurm..kreativiti anak2 ni kdg2 blh buat kita geram n kdg2 blh senyum sendiri..
ReplyDeleteUmmair setakat ni blm lg menconteng kt mana2..tak tahulah esok2, ataupun bila dh ada adik nnt..
:)
kalau kat dinding tak kisah sgt sbb bleh cat balik :)
ReplyDeletemmg anak sulung ni bagus, kan? senang menurut kata :)