Oh bila fikir pasal anak-anak, lagi la perasaan penuh kacau bilau. Irfan dan Aisyah mungkin takde masalah sebab dia orang dah pandai jaga diri. Nak tolong jaga abah sekali pun boleh agaknya :)
Danish? Huwaa, ini adalah kali pertama saya akan berpisah tempat tidur dengan danish. Beribu soalan sedang bermain dalam kepala. Boleh ke danish tidur dgn abah jer? Mcm mana kalau danish tak boleh tidur malam sebab 'candu' nya tiada? Macam mana kalau danish terjaga tengah malam dan cari umminya? Danish nak minum apa sepanjang peninggalan saya (sebab dia tak nak minum EBM)?Mcm mana kalau danish menangis jer sepanjang masa? Macam mana.... dan perkara yang sewaktu dengannya. Saya hanya mampu berdoa dan berserah kepada Yang Maha Esa.
Tempoh BTN tu adalah selama 5 hari 4 malam. Suatu tempoh yang sangat lama bagi seorang ibu yang terpaksa tinggalkan anak-anaknya :(
Saya masih lagi ingat, saya pernah lalui perkara yang sama semasa Irfan kecil. Kalau tak silap, masa tu Irfan berumur 8 bulan. Saya kena tinggalkan Irfan untuk menghadiri kursus. Kursus tu tak lama pun cuma 3 hari 2 malam. Tapi nak habiskan satu malam pun, seksa yang amat. Nasib baik boleh balik awal sebab saya volunteer utk present hasil kerja no 1( first presenter). Hahaha, saya jadi tersangat berani gara-gara terlalu rindukan anak.
Selesai presentation, saya terus minta kebenaran untuk pulang awal dan 'memecut' kereta untuk pulang ke pangkuan anak yang dirindui. Sampai sekarang, saya masih ingat detik kali pertama kami bersua muka (selepas berpisah dua malam). Setibanya saya di muka pintu, Irfan dengan laju merangkak ke pangkuan saya. Dengan tangannya yang mungil, dia sentuh dan raba muka saya seolah-olah tak percaya yang saya sedang mendukungnya. The moment was very priceless. Tak dapat nak cerita perasaan saya ketika itu dengan kata-kata :)
Dan kini saya akan melaluinya sekali lagi dengan tempoh yang lebih lama. Saya harap semuanya akan berjalan lancar dan saya dapat mengawal perasaan dengan lebih bijak.
gambar selingan...
permata hati saya yang bakal ditinggalkan selama 5 hari
semoga anak-anak dan umminya tabah menghadapi perpisahan pada kali ini, Insya Allah :)
kuatkan hati ye k baini. kt negara org nnti lagi byk dugaannyer...
ReplyDeletetu la, sedang belajar nak jadi kuat...
ReplyDeletebila nak pergi btn pun dah rasa gerun, nak ke negara org lagi tiga kali gerun... huwaaaa!