Wednesday, August 29, 2012

sedikit tips pavlova

Sekarang ni, pavlova dah semakin sinonim di kalangan rakan-rakan. Rupanya ramai betul peminat pavlova di Bradford ni :)

Selepas cubaan pertama saya yang boleh dikira menjadi, saya hidangkan pavlova kepada rakan-rakan semasa majlis berbuka puasa (hari lahir Irfan) dan majlis rumah terbuka (hari lahir Aisyah). Masa majlis berbuka, sekejap jer pavlova licin dikerjakan muslimat tanpa sempat dirasa oleh muslimin. Saya buat lagi sekali semasa open house - juga licin sekelip mata, siapa datang lambat memang tak sempat nak merasa.

Rahsia tak nak bagi pavlova rasa muak - kena buat bentuk meringue agak nipis supaya ia lebih garing. Kata mereka, pavlova ni memang cair di mulut. Sangat kena dengan manis dan masam buah-buah dan fresh cream. Ada juga rakan yang cadangkan supaya meringue dibentuk kecil-kecil - boleh cuba kot lain kali :)

Lagi satu, kena pandai pilih whipping cream. Saya pernah guna whipping cream jenama tesco. Bila putar, cream tu jadi tak berapa creamy dan rasanya kurang sedap. Bila diletakkan atas pavlova, cream tu akan masuk dalam pavlova menyebabkan kerangupan pavlova tu akan hilang :(

Pavlova pandangan sisi
Pavlova pandangan atas
Bila tengok gambar ni, teringat lagi rasanya yang unik tu..
Saya juga dah jadi penggemar pavlova!

NuKilaN:
 

7 comments:

  1. ye lah,skrg ni pavlova memangpopular kn.. tapi saly tk pernah merasa lg..mcm mana rasanya erk ..hehe... tgk pic tu terliur.. nnti lah andai ada klapangan nk cuba jg.:)

    ReplyDelete
  2. cantik pavlova nur buat...ida pun penah rasa sekali jer tue pun opismate yg bawak ke opis.....nak buat sendri tak berapa pandai..pandai makan jer.....tgok nur buat nie teringin pulak nak try..hihi

    ReplyDelete
  3. jangan lupa cuba tau Saly dan Ida :)
    Tak susah pun nak buat, cuma mungkin susah sikit kot nak cari whipping cream yg sesuai kat M'sia. Kat sini cream tu tak mudah cair sebab sejuk :)

    ReplyDelete
  4. k baini, macam mana nak cam meringue tu dah masak? bila cucuk dgn lidi, takde meringue cair melekat? dah dua kali saya try buat tp sangat lama nak tunggu masak. dekat 4-5 jam kot.

    ReplyDelete
  5. pernah juga baca tips mcm mana nak tahu meringue tu dah masak... tp bkn check dgn lidi tau... cara tu salah.

    Kena make sure meringue tu betul2 garing dan nampak merekah.. kalau dah byk merekah tu, dah masak la meringue tu. Bila sentuh dgn tangan meringue tu, kita tak rasa melekit, rasa garing gitu..

    Eh lamanya kalau 4-5 jam. Fadilah guna suhu berapa? Akak guna gas 3 jer, bakar dalam sejam setengah jugak.. tu kalau buat btk meringue betul2 nipis dalam 1 stgh inci. Lagi tebal lagi lambat la meringue tu masak.

    ReplyDelete
  6. haza dah siap beli brg utk pavlova.. tapi masih x erbuat2 lagi :) hehehe xtau bila nak start..

    ReplyDelete
  7. rupanya dlm tu memang basah2. patutla meringue saya terlebih garing...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails