Thursday, March 27, 2014

Frozen

Kalau tak silap, dua minggu lepas kami bawa anak-anak tgk filem Frozen. Dah lama anak-anak duk ajak tgk cerita tu. Nasib baik mereka sabar bila kata tunggu tiket murah, baru kita pergi tgk :)


Masa duk browse HotUKDeals, ada yang post pasal tiket Frozen cuma satu pound di Cineworld. Bila dapat approval dari big boss, saya terus booking tiket pagi Sabtu dua minggu lepas. Tapi bukan kami jer yg pergi, semua sekali empat keluarga tgk sama-sama. Mmg meriah buat lawatan ke cinema beramai-ramai sekali sekala :)

Biasa kalau tgk movie satu pound ni, tak ramai yg tgk. Tapi pagi tu, tak sangka penuh satu panggung. Ramai keluarga yg datang bawa anak-anak. Ramai yg minat movie Frozen ni rupanya.

Budak-budak bertiga tu pun mmg ralit menonton hingga cerita habis. Danish yg biasa duk cakap mengantuk bila tgk movie pun ralit hingga cerita habis. Mmg berbaloi bawa anak2 tgk cerita ni :)

Aisyah pula sekarang dah kena demam "Let It Go!". Kalau sehari tak tgk video tu tak sah. Ni video yg menghantui Aisyah skrang ni....


Hujung bulan ni baru keluar DVD Frozen. Rasa mcm kena rembat satu buat simpanan, tapi kena tunggu harga murah dulu... hehehehehe....

NuKilaN:
 

17 comments:

  1. best citer ni,kelakar sgt!bukan budak2 je suka,ank2 akak yg dah besar pjg pun
    dok ulang byk kali kat laptop depa..akak pun tewas bila ank2 ajak join sekali..!hihi

    ReplyDelete
  2. best yer kak citer ni..nak kena pegi tengok jugak..takpon tunggu jer DVD..lagi puas hati dok berulang tengok..

    ReplyDelete
  3. Bunda jarang tengok movie...tapi kalau dah mula tengok tak nak sekerat jalan..huhu

    ReplyDelete
  4. Anak2 akak pun tgh ralit tengok cerita Frozen ni Nur... terbahak2 Nabil ketawa..mcm beriye benar fahamnya ;)

    ReplyDelete
  5. Try tengok frozen, budak-budak berhenti main masa muzikal action tu. Pandai Danish focus.

    ReplyDelete
  6. X tgk lagi citer ni. Hr tu dah beli cd. Budak budak ni dah hilangkan ntah ke mana.

    ReplyDelete
  7. wahh mesti best kan citer dia smapai Aisyah tersampuk lagu dia tu. I setakat ni tak pernah bawak JJ tengok movie lagi, tak yakin la dia ni jenis tak reti diam.

    ReplyDelete
  8. Anak dara kakak yg besar pun suka apa lagi anak-anak Nur yg masih kecik..

    ReplyDelete
  9. semalam anak2 akak dok layan Frozen jugak..tp tgk kt youtube ja hehe

    ReplyDelete
  10. Ramai bg feedback yg positif psl frozen nih

    ReplyDelete
  11. best cerita ni! tak rugi pegi tengok kat wayang. :-)

    ReplyDelete
  12. Anak-anak akak pun dok ajak tengok citer ni...tak pernah lagi gi tgk wayang kat sini....sekarang diorang layan lagu Let It Go jer kat youtube..

    ReplyDelete
  13. ramai dah yg tgok cite ni..nmpk gayanya sy pun kena tgok gak ni..ajak aiman sekali join..masalahnya nti aiman sorang je boleh habiskan cerita..sy kena layan si bambam.huhu..

    seronok dpt ke panggung beramai2..cite katun cmni mmg la menarik perhatian anak2 kecil...lg2 klu byk unsur kelakar

    ReplyDelete
  14. Saya teringin nak bawa naim n nazif tgk cerita macam ni. Apa agaknya reaksi diorang ni. Sempat habis ke satu movie... haha.. kalau Naim mungkin kot, adiknya? Kalau tak cuba tak tahu kan?

    Aisyah suka sangat ya.. pandai Ummi pilih movie ni nampaknya...

    ReplyDelete
  15. Belum tengok lagi Nur cerita Frozen ni. Dekat Astro Best ada ni tapi tengah mahal siap ngan DVD dalam RM19.90. Kita nak tunggu yang RM6-RM10 aje :) Sejak Adik lahir memang belum jejak kaki lagi ke panggung. Last time Abang pergi dengan Daddynya, dia boleh kata sejuk sangat nak keluar panggung lepas tengok movie setengah jam... Oh, tension gitu!

    ReplyDelete
  16. Kat mesia ni tak de tiket murah kan kak. Kalau murah best gak. Nak free tgk kat utube je la.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails