Friday, March 28, 2014

Selesai tanggungjawab

Alhamdulillah, lega bila dapat settlekan taksiran cukai pendapatan.

Mula-mula cuak juga bila masukkan kata laluan, kata laluan salah. Masukkan kali kedua pun salah jugak. Alamak, malasnya nak call LHDN dari sini. Dah la time zone tak sama.

Tak nak ambil risiko, saya tutup komputer dulu. Ambil nafas panjang-panjang, isi perut dgn makanan yg ada dan on semula komputer. Saya yakin sgt dgn kata laluan yg saya masukkan tadi. Jadi saya cuba login lagi sekali.

Alhamdulillah, senyum lebar bila berjaya masuk dlm e-filing. Terus update maklumat yg diperlukan. Lepas klik dan isi apa yg patut, lagi sekali senyum lebar. Alhamdulillah, dapat balik semua sekali jumlah yg dipotong dari potongan cukai berjadual :)

Tapi kan, nak tanya pengalaman kawan-kawan... nanti LHDN akan hantar cek atau akan terus bank in dalam akaun kita? Saya dah letak no akaun masa isi e-filing tu. Sebab sebelum ni, even dah letak no akaun, LHDN tetap hantar cek ke rumah. Sangat berharap terus masuk dalam akaun. Leceh pula kalau hantar cek ni.

NuKilaN:
 

18 comments:

  1. pengalaman saya, LHDN terus masukkan dalam akaun.... dia akan hantar surat, tajuknya Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar/Pembayaran Balik Lebihan Kredit...insyaallah, bila check akaun dah ada ....

    ReplyDelete
  2. akak dah terimapun lebihan PCB, LHDN terus masuk ke dalam akaun..

    http://mimialya.blogspot.com/2014/03/cukai-pendapatan-2013.html

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..zee pon dah settle minggu lepas..
    so far takde pulangan so tak tahu..hihihi
    tapi kalo yang opis punya dorang bagi cek and tulis no akaun sekali kat atas cek..
    memang takleh suka2 bank in account lain..

    ReplyDelete
  4. Akak Kali pertama lhdn hantar cek.. skrg ni terus bank in dlm bank.. lepas tu dpt email duit telah Di bank in kan .. bila akak tengok dlm akaun, betul.. dah bank in.. ok tu Nur kalau dah letak no ak.

    ReplyDelete
  5. Macam bos sy kat sini, dia hantar check Nur.. tak pasti lah plak kan...:)

    ReplyDelete
  6. begitu sabar Nur mencuba..sampai sempat isi perut bagai..syukur la dah setel..

    ReplyDelete
  7. haaa baguih u cool down relax makan2 dulu, kadang2 sistem ni suka buat hal jugak kan.

    ReplyDelete
  8. Kalau kakak dgn abang punya Nur memang dia hantar cek ke rumah kakak..

    ReplyDelete
  9. Klu simpan no acc selalunya lhdn bank in kan terus. Klu x ada no acc dorang akan issue cek...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, saya pun dah selesai semalam. Ingatkan tutup 31 March. Biasalahkan sentiasa tunggu last minute baru nak buat. Rupanya sampai Apr 30. Sebelum ni LHDN terus masuk akaun aje tapi saya guna CIMB, nombor akaun baru. Cuak gak kot tersilap letak nombor akaun, mahu nangis atas lantai tak dapat lebihan bayaran :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dapat bayaran balik ya.. saya belum buka akaun ni. Hihi..marilah kalau orang LHDN kejar nati.. tapi setakat gaji cikgi ni bapelah sangat kan? Hihi..

    ReplyDelete
  12. Tahun lepas lhdn return dalam akaun je terus. Pastu dorang hntr information letter. Thn ni x tau la pulak. Sy pun dah submit e filing. Dapat la return sikit.

    Akak. Maknanya akk x payah byr tax lah kan klw dah lhdn pulangkan sume pcb akk tu. Syoknya.

    ReplyDelete
  13. sy belum buka akaun..gaji pun seciput..opismate kata dekat nak pencen nti baru buat.hehe

    ReplyDelete
  14. Nilah masalahnya...sejak mula kerja sampai sudah okje tak pernah isi income tax....semuanya credit buat Arjuna hehe....Rasanya sebelum ni mcm diaorang post cheque je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah....kalau dapat semua balik....sakanlah shopping tak lama lagi hehe...

      Delete

Related Posts with Thumbnails