Wednesday, September 10, 2014

Taking out teeth while sleeping

Dalam entry ni, Mak Aji dan Mama JJ macam terkejut bila saya kata yang Irfan cabut gigi 12 batang sekaligus.
Iya, mmg dentist cabut 12 batang sekaligus tapi masa Irfan tidur.
Tu yang nak tulis entry cerita dgn detail sikit pasal prosedur tu sebagai kenangan.

Sebenarnya, kat Bradford ni susah sangat nak dapat dentist.
Sampai rasa nak give up pun ada nak dapatkan dentist kat Bradford ni.
Saya mmg agak risau tgk keadaan gigi Irfan yg makin tak terurus.
Ni antara keadaan gigi dia yg saya sempat snap.
Kebetulan masa bulan February 2014, si Abah pula kena sakit gigi.
Jadi saya mula godek website NHS utk cari dentist bagi si abah.
Memang takde yang terima new patient.
Dalam duk cari tu, tiba2 ternampak ada dentist yg buka pendaftaran baru hanya utk kanak-kanak.
Jadi saya terus call Allerton Dental Practice utk daftarkan Irfan.

Alhamdulillah Irfan diterima.
Bila dentist check, dia kata gigi Irfan dah byk sgt yg rosak.
Jadi dia rujuk kes Irfan ke hospital besar yang specialize utk kanak-kanak.
Lepas beberapa siri temujanji di Horton Park Surgery, dentist kat sana beri pilihan sama ada utk cabut dua batang gigi setiap kali appointment atau cabut semua sekaligus dalam keadaan tidur.
Ada 12 batang gigi, jadi kena ulang alik ke hospital 6 kali.
Dentist juga menerangkan pro and cons utk setiap pilihan.
Selepas fikir masak-masak, saya pilih option yang kedua - cabut semua gigi masa tidur.

Masa tu terus dapat appointment 8/9/2014 di Airedale General Hospital, Skipton.
Seminggu sebelum appointment, kami pergi dulu ke sana utk budget travelling time ke sana dari rumah.
Tak jauh pun, lebih kurang 12 miles iaitu dalam 30 minit perjalanan.

Pagi Isnin tu lepas hantar anak-anak ke sekolah, terus bergegas ke sana.
Sempat sampai dalam pukul 9.30 pagi dan appointment pukul 9.40.
Lama juga menunggu sebelum dilayan oleh staf yang terlibat.
Nurse yang bertugas menerangkan serba sedikit apa yg Irfan akan lalui dan juga sesi soal jawab tentang kesihatan Irfan.
Dia juga pastikan yg Irfan tak makan atau minum pagi tu.
Irfan dah mula puasa dari malam Isnin tu.
Gosok gigi sebelah pagi pun tak dibenarkan takut tertelan air.
Nurse juga tunjukkan cara menyedut gas pelali dengan betul.

Selesai jumpa nurse, kami menunggu di ruang menunggu lagi.
Tak lama lepas tu, kami dibenarkan masuk ke dalam operation room.
Dentist pula perkenalkan diri.
Lawak betul la dentist Irfan hari tu.
Pandai dia layan kanak-kanak.
Lepas sesi penerangan dari dentist, doktor bius pula memainkan peranan.
Sekali lagi doktor bius terangkan cara nak sedut ubat pelali dengan betul.
Dia cerita apa yg Irfan akan alami bila sedut gas tu.
Lepas sesi penerangan, Irfan disorong ke bilik sebelah utk menjalankan operation.

Di bilik tersebut, nurse pasangkan beberapa alat utk detect tekanan darah dan kandungan oksigen dalam darah.
Bila tgk tekanan darah dan kandungan oksigen yang stabil, doktor bius mula pasangkan mask di muka Irfan.
Perlahan-lahan ubat pelali dilepaskan melalui mask tersebut sambil doktor bius menenangkan Irfan dan bernafas seperti biasa.
Macam gaya hipnosis pun ada.
Tak lama lepas tu, Irfan terus pejamkan mata dan tidur.
Bila Irfan tidur, kami diarahkan meninggalkan Irfan untuk prosedur seterusnya.
Kami meninggalkan Irfan di bilik tersebut dengan seribu satu rasa dan doa semoga segalanya berjalan lancar.

....Bersambung ke Part 2... sabar yer...

NuKilaN:
 

15 comments:

  1. Bila baca N3 ni kagum juga dgn kepakaran dentist di sana Nur...jarang sy dengar kat sini yang ada boleh cabut 12 batang gigi sekaligus...huhu (ke sy yg ketinggalan).. bila dentist tu buat mcm tu, budak2 pun kurang takut.. sedar2 gigi dah habis cabut ye...

    ReplyDelete
  2. Allah... suspenlah Nur. Harap kakak tak tertinggal sambungannya.
    Negara dah advance macam-macam boleh buat. Di sini kakak belum pernah dengar lagi cara ini.

    ReplyDelete
  3. 12 btg sekali gus...mahu tekejut dia nanti Nur..

    ReplyDelete
  4. suspen ah, ini memang betul operate ni. Irfan macam mana masa tu? I imagine dia mesti rilek, cool...as he is.

    Sini pun susah nak dapatkan dentist untuk kanak2, kena buat appointment awal2. that day I call sebab Jelita sakit gigi, ada ker dia suruh gi spital kalau terdesak sangat. hahaha memang kaya kalau jadi dentist kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, you're right.
      Irfan tetap cool mcm biasa. Berdasarkan heart, dentist siap melawak bila tgk heart beat dia mcm biasa. Mcm xde apa yg akan berlaku

      Delete
  5. wow 12 batang sekaligus
    tapi nanti sekejap je dia tumbuh semula
    cantik gigi irfan nanti :)

    ReplyDelete
  6. oh dear..banyaknya 12 batangg

    Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..

    ReplyDelete
  7. baca pun dh berdebar nih kak.... tak nngis lak irfan tgk 12btg gg dia takde kak? aduhla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu mmg dia dah tahu dan saya dah berkali kali terangkan kat dia...
      Ada la nangis kejap masa dlm kereta perjalanan balik tu... Sakit sgt agaknya masa tu....

      Delete
  8. Aaaaaaa..... ngerinya baca nur.... saya ni dentist la paling takut nak jumpa... malu ah dgn irfan... huhuhu tak dpt bayangkan 12 btg sekali gus... adeh... rasa nak pitam!!!

    ReplyDelete
  9. Baguslah Irfan, cool aje. Kalau anak saya mahu dah melalak belum sempat bius. Silap hari bulan boleh main hide and seek. Serius, 12 batang sekaligus. Kita yang dah tua ni pun seriau mendengarnya. Macamana Irfan boleh stay cool macam tu...

    ReplyDelete
  10. Macam nak beranak pulak rasanya hehe...
    Memang hebat sungguh Irfan cabut 12 btg sekali gus.....tp gigi susu akar dia tak panjang....kuranglah kot lukanya....kurang kurang pun dah nama cabut gigi kebas jugaklah tu separuh hari rasanya

    ReplyDelete
  11. Salam Nur,

    Mak aai, memang betullah 12 batang sekaligus! Memanglah kena bius kalau macam tu. Kalau hidup2 cucuk bius kat gusi, kalau Mak Aji pun mahu cabut lari sekerat jalan, he he!

    ReplyDelete
  12. Very well written. I like it very much.

    https://bit.ly/3sRxXWZ

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails