Sunday, June 21, 2015

Tukar syiling

Sepanjang duk mengemas rumah minggu lepas, bersepah sepah jumpa duit pence (20sen, 50sen) dan penny (1sen, 2sen).
Maklumlah, kat sini duit2 syiling masih laku walau satu sen.
Kalau membeli tu, tak cukup satu sen pun rasa malu nak bayar.
Sebab tu saya suka guna kad debit bila shopping.
Tak perlu nak mengangkut duit syiling yang berat tu sana sini.
Dan tak perlu nak kira duit syiling bila nak membayar pada cashier.

Eh berbalik pada cerita syiling yang kami kumpul.
Bila kumpul semua sekali, dapatlah satu bekas tupperware.
Tu pun tak muat nak isi semua dalam tupperware, ada juga yang bawa dalam beg plastik.
Jadi kami ke Asda terdekat utk tukarkan di kiosk yang disediakan.
Hasil tukaran boleh dapat kupon Asda untuk shopping atau boleh juga tukarkan dengan nilai tunai.
Selain Asda, kebanyakan pasaraya besar memang menyediakan kiosk macam ni.
Senang tak perlu nak ke bank untuk tukar duit syiling.
Sambil shopping, sambil tu boleh tukarkan duit syiling yang terkumpul.
Sangat praktikal, kan?

Ini lah gelagat anak2 yang eksaited memasukkan syiling dalam mesin yang disediakan...
Masih lagi buat pengasingan untuk pastikan tiada duit pound yang dimasukkan.
Mostly yang dimasukkan adalah duit penny sahaja (duit ynag kaler gangsa tu).
Duit pound ada juga yang berbentuk syiling iaitu bagi nilai £1 dan £2.
Yang tu tak masukkan dalam mesin sebab boleh guna bila2 nak shopping.

Tugas Danish pula kutip duit yang di"reject" oleh mesin di bahagian bawah.
Syiling yang direject tu kebanyakannya duit syiling euro dan juga duit syiling M'sia.
Tapi ada juga yang syiling pence dan penny yang direject.
Percaya atau tidak, semua sekali dapat dalam £37++.
Mok cik kayo.... 
Kalau convert dengan tukaran mata wang M'sia yang makin jatuh sekarang ni dapat dalam
RM221.63.
Banyak juga, kan?

Bercerita tentang nilai mata wang, sangat terasa kejatuhannya berbanding pound.
Kalau bulan April tahun lepas, kadar tukaran  lebih kurang, £1=RM5.54.
Tapi semenjak bulan Jun, setiap minggu kadar tukaran naik sebanyak 10sen dan nilai tukaran sekarang sudah mencecah £1=RM5.99.
Untuk kadaran tukaran asing menggunakan Maybank, boleh klik di sini.

Phew, pejam mata jer tiap kali buat Telegraphic Transfer (TT) dari bank Malaysia.
Sekarang saya dah tak guna Paypal untuk tukaran wang Malaysia ke Pound.
Baru berjinak jinak dengan TT.
Rasanya TT lebih jimat berbanding Paypal.
Pindah hari ni, esok dah ada duit dalam akaun kalau guna TT.

12 comments:

  1. Budak2 sekarang dah tak menghargai syiling (di Malaysia lah)...

    Zaman kakcik dulu kalau dapat berbelanja 50 sen di sekolah dah rasa macam anak orang kaya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kaya pun kak cik kalau belanja 50sen zaman dulu2... Saya dulu bawa duit belanja 30sen pegi sekolah... Hehehe
      Ingat lg kalau mak suruh beli tepung yg baru 70sen sekilo.. Skrang mmg dah jauh beza duit belanja sekolah anak2 dan juga tepung...

      Delete
  2. Bamyak tu, boleh beli baju anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kena pau dgn anak2 beli toys mereka... Huhuhu

      Delete
  3. akak tukar duit syiling kat kedai runcitr ja hehe

    ReplyDelete
  4. Menarik ni.. setakat ni kat sini xda lagi rasanya mesin mcm ni.. ke dah ada ye? Rumah kami selalu kumpul byk syiling dan hantar ke kedai mamak utj tukarnya.. tapi ada masa kena amik duit tukar tu lepas beberapa hari. Kalau ada mesin mcm ni bestla kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dah ada AN... Cuma mungkin tak berapa meluas... Kalau x silap, cimb ada sediakan kiosk syiling ni... Tukar syiling boleh terus masuk dlm akaun

      Delete
  5. boleh tahan banyak jgk kak.... lumayan sih...
    kalu kt sini tukar kt bank jelah... kedia2 pun kadang ada yg tak nk

    ReplyDelete
  6. Banyak jugak dapat bila dikumpul duit syiling ni ye Nur..
    Budak2 kat rumah ni duit syiling masuk dalam tabung..
    Bila dah penuh hantar tabung haji jer..

    ReplyDelete
  7. Wah, makcik memang kaya kalau macam tu! Ringgit turun menjunam sekarang ni memang ada sedih sikitlah kalau kena buat tukaran. Tapi macam suami saya happylah sebab dia deal dalam USD.

    Di Aeon pun ada mesin duit syiling ni. Saya pun rajin tukar tapi dapat voucher Aeon ajelah. Lepas tukar aje terus shopping. Itu yang lagi nikmat *_*

    ReplyDelete
  8. banyaknya dapat kumpul duit syiling tu
    kat sini mesin gitu ada juga, tapi hanya di bank aje

    yelah, memang jatuh teruk nilai ringgit sekarang ni
    TT bukan ada charges ke? maksud saya lagi banyak?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails