Sunday, June 28, 2015

Well done, Danish!

Saya pernah tulis pasal salah satu impian Danish untuk dapat gelaran Learning Superstar dalam kelasnya dalam entry Dream Big.
Tengok lah muka happy Danish bila dapat gelaran Learning Superstar...
Sebenarnya ni kali kedua Danish dapat gelaran Learning Superstar.
Masa dia dapat gelaran kali pertama tu, saya tak sempat nak rekod dalam blog.
Tengah sibuk menulis tesis masa tu.
Tak sempat nak tulis entry dalam blog.

Yang saya ingat, boleh dikatakan tiga minggu berturut-turut kami menghadiri perhimpunan mingguan sekolah anak-anak untuk meraikan kejayaan mereka.
Dimulakan dengan Aisyah, minggu lepas tu Irfan dan akhir sekali Danish.
Dan hari Jumaat lepas, lagi sekali Danish terima gelaran Learning superstar.
Bukan main happy dia bila dapat medal dan juga sijil.
Yang pasti, ini salah satu yang anak-anak bakal rindui bila balik M'sia nanti - perhimpunan mingguan untuk meraikan kecemerlangan pelajar.

Semasa perhimpunan mingguan, bukan sahaja pelajar diberi anugerah Learning superstar, tetapi setiap kelas berlumba-lumba mencapai kehadiran peratus tertinggi setiap minggu.
Seronok saya lihat telatah anak-anak bersorak riang bila diumumkan kelas mereka mempunyai peratusan kehadiran yang tertinggi.
Unik betul cara mereka beri galakan pada pelajar untuk hadir ke sekolah setiap hari!

12 comments:

  1. tahniah..tahniah...tumpang bangga dgn kejayaan Danish..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Danish.. hebatnya semua anak Nur.. sama2 bergelar superstar.. bangganya... moga terus cemerlang nanti ..

    Unik betul ya. Sini da buat pun sijil utk individu je.. tu pun cikgu2 dh mengeluh bila tahun ni sjil yg biasa bg bln 8 diberikan 3 kali setahun, penat buat sijil.. sabar jelah kan..

    ReplyDelete
  3. Tahniah Danish, semoga terus berjaya dan cemerlang..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah....kenangan terindah utk danish nanti...sure balik malaysia nanti anak2 nur rindu dng suasana persekolahan kat sane.....ape pun mereka bertuah sebab dpt peluang dan pengalaman belajar di sana.....

    ReplyDelete
  5. tahniah danish!
    beruntung diorang dapat pengalaman belajar di negara orang
    jangan terkejut dengan budaya kat sini, udah ler =)

    ReplyDelete
  6. Tahniah, Danish! Ini semua memang akan dirindui bila dah pulang ke Malaysia nanti. Bila ada event macam ni, bukan setakat anak-anak tapi makpak pun tersenyum gembira melihat pencapaian anak-anak. Malangnya kenapalah takda macam ni di Malaysia yerk!

    ReplyDelete
  7. Tahniah Danish.....harapnya sekolah kat Malaysia pun ikut cenggitu. Yelah yg mana baik apa salahnya kita tiru ye dak.....

    ReplyDelete
  8. Tahniah danish... kesian anak2... mesti blk ni terkejut dgn sistem pendidikan di malaysia pula...

    ReplyDelete
  9. tahniah buat semua anak2 nur...moga terus cemerlang

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails