Sunday, February 12, 2017

Teknik usungan dan heretan

Kat sekolah anak2, cuma ada Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) shj sebagai ko-kurikulum badan beruniform.
Bila Tahap 2, baru boleh join TKRS.
Jadi tahun ni, Irfan dan Aisyah akan pakai baju TKRS pada hari Selasa.

Minggu lepas, cikgu ada share beberapa gambar semasa mereka buat teori dan latihan untuk teknik usungan dan heretan.
Apa lagi, terus save dan hari ni baru berpeluang upload dalam blog.

Irfan seronok agaknya diusung oleh rakannya...
Giliran Irfan pula untuk usung kawannya...

Ni pula belajar teknik heretan...

Mak pula yg rasa eksaited bila cikgu hantar gambar2 mcm ni...
Mula la nak mengimbau zaman belajar dulu2..
Masa kat uni dulu, saya join ahli St John Ambulance.
Seronok tau tiap kali perjumpaan bila dapat buat rawatan kes...
Macam2 jenis rawatan kecemasan yang dapat belajar.
Macam-macam pengalaman yang dapat ditimba.
Hihihi, indahnya zaman belajar..

Eh, zaman kerja pun indah juga tau...
Walau minggu ni dah mula busy sebab pelajar2 dah mula semester baru.
Hari Selasa ni dah mula kuliah yang pertama.
Tak sabar nak jumpa anak2 didik baru untuk semester ni.

4 comments:

  1. zaman rock kapak dulu tu mkcik kann., ;p

    ReplyDelete
  2. Kakak tengok pun senyum Nur
    Memang nampak exited betul anak-anak dgn ko-ko mereka:)
    Tengoklah semua senyum.

    ReplyDelete
  3. budak2 memang seronok dgn aktiviti2 mcm ni kan..

    ReplyDelete
  4. memang seronok waktu belajarkan.

    seronok anak2 dapat buat aktiviti macam ni, nampak ceria je muka semuanya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails