Entry hari ni sepatutnya dipost hari Jumaat lepas. Tapi tak dapat nak bersiaran dari kampung halaman sebab internet ada masalah. Kelmarin pulak, penyakit M datang. Tetiba jer xder mood nak update blog walaupun byk jugak citer nak story.
Danish dah cukup enam bulan. Satu fasa penyusuan telah berjaya dilaksanakan. Memang bukan satu tugas yang mudah untuk menyusukan anak secara eksklusif semasa enam bulan yang pertama. Banyak juga cabaran dan rintangan perlu ditempuhi. Dengan semangat yang waja dan sokongan dari suami, keluarga dan rakan rakan (kawan maya + fizikal), semua yang mendatang dapat ditepis dengan jayanya. Terima kasih pada semua yg memberi sokongan :). Syukur sangat kepada Yang Maha Esa kerana mempermudahkan segala urusan menyusukan danish, Alhamdulillah!
Hari Jumaat lepas juga, danish dah mula makan solid food. Saya buatkan bubur nasi + EBM. Danish ada juga 'buat muka' masa mula mula makan. Lepas dua tiga suap, laju pula dia makan. Siap tarik lagi mangkuk nasi bila lambat skit suap. Nasib baik tak tumpah. Haih danish ni, tak baik tau makan dengan gelojoh. Lain kali kena sopan skit time makan.
Minggu ni saya rancang nak bagi danish makan bubur nasi dulu. Minggu depan, baru nak tambah ayam @ ikan dalam bubur tu. Harapnya, danish tak jemu makan bubur sebagai pelengkap kepada bekalan EBM utk mengisi perut. Jgn ikut mcm abg irfan dan kakak aisyah. Seminggu jer boleh telan solid food, pastu terus tak nak makan. Hanya bergantung pada susu semata mata utk membesar. Insya Allah, ummi akan cuba yg terbaik utk danish pula!

danish 6 bulan |
diana: mmg kena jadi lebih kreatif kan bila anak cerewet makan ni... kalau aisyah, suka sangat makan buah
ReplyDelete