Wednesday, August 4, 2010

lagi seminggu nak puasa

Hari ni dah Rabu. Pantas betul masa berlalu. Sedar tak sedar, lagi seminggu kita akan menyambut bulan Ramadhan. Sedikit sebanyak, hati ini sebenarnya sedang gundah gulana. Huhuhu, banyak betul soalan cepu mas yang sedang bermain di fikiran. Macam mana nak hadapi puasa dgn bf baby ni? Cukup tak susu utk baby? Kalau susu merudum, nak buat macam mana? Memang soalan soalan cepu mas ni takkan ada jawapan selagi belum hadapi puasa. Tidak, saya mesti positif. Susu saya cukup utk danish. Kena doa byk2 semoga perjalanan bf di bulan Ramadhan nanti dipermudahkan oleh-Nya, Insya Allah.

Sekarang ni pun, stok beku EBM masih lagi tahap mendukacitakan. Rasanya dah hampir dua minggu tak sempat buat stok beku. Yang lebih menyedihkan, sehari dua ni beberapa botol stok EBM beku terpaksa digunakan sebab permintaan melebihi pengeluaran. Sekarang permintaan danish dah meningkat. Dalam sehari, danish minum 3 oz x 4 = 12 oz. Sebelum ni, 2 - 2.5 oz jer. Sekarang dah up kpd 3 oz. Permintaan terhadap EBM semakin meningkat tapi tahap pengeluaran EBM pula sangat menyedihkan. Dalam sehari, saya boleh hasilkan dalam 10 oz sahaja (dr dua sesi mengepam - sikit sgt kan?). Masalah sekarang, B saya sebelah kiri tak banyak hasilkan susu. Kalau mengepam sebelum ni, hasil tenusu yang saya dapat hampir sama jer dari B kiri dan kanan. Macam dalam pic kat bawah....
Memang happy sgt bila sekali pam dapat hampir 8 oz. Tapi sekarang ni, B sebelah kiri macam bermasalah sikit. Paling banyak pun boleh dapat 2 oz jer dari B sebelah kiri. Kadang kadang nak dapat 1 oz pun susah dari B sebelah kiri. Mommies kat luar sana pernah tak alami masalah macam saya ni? Harapnya, ada mommies yang sudi membantu.... huhuhu!

So, sekarang mmg saya tambah sesi mengepam. Jadual mengepam yg saya cuba ikut:
7.00 am
9.30 am
12.00 pm
tgh hari, balik rumah direct bf
 4.45 pm

Hasil ebm yang saya dapat semalam:
7.00 am - 2 oz
9.30 am - 4 oz
12.00 pm - 3 oz
4.45 pm - 2.5 oz
So, total saya dapat 11.5 oz. Masih tak cukup utk bekalan harian :(

Hari ni pula....
7.00 pm - 1 oz
9.30 am - 3 oz
12.00 pm - 3 oz
4.45 pm - 2.5 oz (update)


Kalau tengok pada pic yg terkini tu, nampak sangat perbezaan hasil ebm dari sebelah kiri dan kanan, kan? Tetiba pula teringat lagu Raihan.... Ingat lima perkara, sebelum lima perkara.... huhuhu, time mcm ni, rindu sangat masa susu masih meriah... tp kalau menyesal pun tak de guna pun, kena lipat gandakan usaha lagi ni :)

8 comments:

  1. kak, akak kene lebihkan masa mengepam breast sebelah kiri tu..intan penah alami camni..apa yg intan lakukan, lebihkan sesi pam breast yg kurang output n rajin2 tandem nursing means baby susu kanan, sambil akak pam yg kiri supaya kiri tu stimulate hasilkan susu...

    harap dpt membantu

    ReplyDelete
  2. ooo, mcm tu ke? tq intan, sgt membantu... akak akan cuba praktikkan :)

    ReplyDelete
  3. akak..betul kata kak intan tu..saya pn pernah buat cam tu.sebelah pam n sebelah lg bg direct.insyaallah susu akn keluar bnyk sbb stimulate dari mulut bb sgt membantu.sbb tulah bila kita direct feeding, sekejap je kita akn dpt letdown.sy penah gak alami nk dpt susu 1oz pn susah dlm ms stengah jam ngepam ms pertama kali bg Ummair solid food dulu.mujur ms tu stok tgh bnyk.apa yg pntg,kerapkn pam.

    ReplyDelete
  4. Saya pun sebelum tu macam ni juga. Tp saya banyakkan direct feeding sebelah kiri hehehe... Alhamdulillah sekarang dah ok

    ReplyDelete
  5. As salam Nur. Memang kene kerap & tambahkan sesi mengepam nur. Sometimes memang amik masa. Tapi bila dah disiplin, lama2 Breast akan tau & produce byk susu.

    Tentang masalah Breast kiri tu, me akan make sure gilir2 bg direct feeding ant kanan & kiri sambil tendum pumping. jika bb direct feed belah kanan, kiri pun pump. bila kiri direct kanan kasi pump juga. cara nih memang rangsang susu byk gak compare kalo kita buat double pumping. skrang beza brest kira & kanan tak byk beza. kalo ada pun dlm 0.5-1oz jer. cuba la ek.

    Caiyok2!!

    ReplyDelete
  6. lina dan momma mia: tq, really appreciated it! Insya Allah, akan cuba sedaya upaya utk si kecil tu... :)

    ReplyDelete
  7. insyaAllah....teruskan usaha dan fikir positif..sambil baca surah waqiah..murah rezeki susu utk si kecil.....chayok2...

    ReplyDelete
  8. tapikan nur, masalah ni mmg selalu terjadi..sy pon kdg2 camtu gak..if buat double pumping jelas nampak..if guna pam single manual avent, tak nampk sgt perbezaan dia..ehheheh

    tanderm nursing la..sebelah pam sebelah kasi baby..lajuu je tau kuar susu..:-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails