Sunday, March 24, 2013

JJP1:::Jalan-jalan Eiffel Tower

*JJP1 - Jalan jalan Paris bahagian 1

Salah satu destinasi impian dari dulu lagi adalah untuk berada bawah Eiffel Tower. Memang tak percaya bila Eiffel Tower berdiri di depan mata. Berkali kali gosok mata sebab rasa macam dalam mimpi :)

 Kami menginap di hotel sekitar stesen keretapi Gare Du Nord. Stesen keretapi yg dekat untuk ke Eiffel Tower is Bir Hakeim (Metro line 6). Akibat tersilap naik train, dua kali juga kena tukar train baru sampai ke stesen yang dituju.
Stesen Bir Hakiem
Ummi, Eiffel Tower arah sana...
Keluar dari stesen keretapi, dah jumpa beberapa orang jual key chain Eiffel Tower. Harga yang ditawarkan sangat murah berbanding di kedai. Banyak juga kami borong Eiffel tower yang pelbagai saiz :)
Dari jauh dah nampak Eiffel Tower
Awal-awal lagi saya dah tempat tiket untuk naik ke puncak menara Eiffel bagi mengelakkan kena beratur panjang. Saya ambil untuk naik pada pukul 10.30 pagi hingga ke puncak menara. Nasib baik masih lagi dibenarkan masuk walaupun kami tiba sedikit lewat :)

Bagi mereka yang dah tempah tiket awal, ada kaunter khas yang disediakan. Masa mula2 sampai langsung tak perasan dengan kaunter tu. Kaunter pertama yang saya tanya untuk mereka yang naik melalui tangga. Petugas menunjukkan arah kaunter yang saya kena tuju. Tanpa berlengah, kami terus masuk dalam barisan.

Tapi bila tengok barisan yang bukan main panjang, saya keluar balik dari barisan dan tanya orang yang bertugas. Rupanya-rupanya kaunter pertama yang paling depan disediakan khas utk mereka dah booking tiket awal. Nasib baik tak tunggu lama dalam barisan.

Nak naik atas tu kena scan beg macam nak naik flight pulak. Agak ketat keselamatan untuk naik ke atas menara. Tapi semua staf yang jaga pintu masuk sangat peramah dan saya agak lega bila mereka fasih berbahasa English. Sempat lagi mengusik kami yang bukan main banyak bawa stok makanan dalam beg. Berjalan dengan anak-anak kecil kena sentiasa bawa bekal untuk mengalas perut baru boleh merayap dengan aman :)
Menunggu giliran untuk naik lif
Lif utk naik atas menara
Kakak posing dalam lif 
Giliran Irfan pula posing
Pandangan kaki Eiffel Tower dari dalam lif
 Dalam masa beberapa minit, kami dah sampai ke level 2 menara. Sampai level dua, kena transit dulu sebelum naik ke tingkat paling atas. Di level dua, kami ambil masa untuk bergambar/posing dan makan bekalan yang dibawa sebelum meneruskan misi ke puncak Eiffel Tower.


Lama juga kami lepak di tingkat dua. Rasa macam semua sudut nak ambil gambar hinggakan Irfan mula mengomel pada saya, "Ummi ni, tak rasa penat ke ambil gambar?". Padahal bukan suruh dia posing pun. Saya tahu yang dia dah tak sabar nak pergi Disneyland sebab dah janji lepas naik Eiffel Tower nak pergi Disneyland pula :)

Bersambung.....

NuKilaN:
 

19 comments:

  1. Bila baca entry u travel, rasa macam am there as well :)
    Always worth a read :D

    ReplyDelete
  2. wah tak sabar nak tunggu next entry! Nak tengok panorama kota Paris from top of Eiffel. Kami dulu naik takat level 1 je. :P Itupon dah gayat dgn angin kuat..ya Allah seriau! Hehe dulu kami pon bawak bekal ats tu..budget mesti mahal klu makan kat atas tu kan. :)

    ReplyDelete
  3. wah..seronok nya sbb sebelum ni sllu tgk Eiffel tower dlm tv je kan..tetiba dah smpai ke sana..isk! klu sy pun msti teruja nur pastu kompom nk ambik pic byk2..hehe.. :)

    ReplyDelete
  4. bertuah nya budak2 tu.kecik2 dh smpai ke eiffle tower, Mak cik ni bila lah nk smpai ke sana. hehe

    ReplyDelete
  5. Dinie: Irfan pun sama... tapi nasib baik dpt convince dia to fight the fear :)

    Nastyna: Tq dear.... lagi bersemangat tu update :)

    Izu: Saja nak curious nak tahu tinggi mana top of the tower... rasa mcm naik twin tower petronas jer... bekal tu pergi mana pun kena selalu ada :0

    Atie: Hehehe, pic mmg banyak... pening juga nak pilih utk letak kat blog... betul tu Atie, syukur diberi peluang mcm ni :)

    Nea Lopah: Insya Allah, ada la rezeki tu satu masa lagi :)

    ReplyDelete
  6. wahhh bestnye k.nur... Lama xnampak muka akak kat dlm entri.. ternanti2 nih hehhe

    ReplyDelete
  7. homagoddd akak!!
    nak jgk pegi sanee..
    bestnyeee...

    ReplyDelete
  8. Bestnya kan..dream comes true..dpt jgk jjk kaki kat sana...ambil gambar byk2 itu yg penting wpun kena kmplen hehehe

    ReplyDelete
  9. tadi mule2 tengok tajuk n3 ingatkan JPJ...hehe...igtkan dah balik msia kena tahan dgn JPJ ke ape tadi..rupanya JJP jalan2 paris...hahah....seronok betul die yer:)

    ReplyDelete
  10. waaa bestnya dapat naik eiffel tower dah...bila la turn kami pulak ni hihi

    ReplyDelete
  11. Haza: Dah rindu ek? Hehehehe, biar gambar anak2 aje la menghiasi blog ni... malu ummi dia nak interframe :)

    IF: Jom jom... bila tabung penuh, habaq mai tau :)

    ummuaidan: Itu semestinya... bukan boleh datang selalu, jangan2 tu kali pertama dan kali terakhir... tahan telinga jer bila kena komplain.. ekekekke

    PC: Hehehe, ala-ala JJCM kononnya.. jadila JJP, boleh pulak tertukar dgn JPJ, ekekkeke

    TJ: Insya Allah Ida. ada la rezeki family ida and keluarga suatu masa nanti.. amin!

    ReplyDelete
  12. anak2 nur dah besar nanti mesti tak sangka dah smpi eiffel tower ni... sebab tu la ummi ambil gambar banyak2... hehe

    ReplyDelete
  13. sebab tu kena simpan bukti.... kalau dulu Irfan selalu tanya, dia pernah naik flight belum? bila saya kata dah, dia kata tak ingat.. kebetulan tak terfikir langsung nak snap gambar dia masa atas flight... kali ni bila Danish tanya dah ada bukti gambar :)

    ReplyDelete
  14. Tak gayat ke naik menegak macam tu? Hehe kalau gayat pun kalau sy akan naik juga, sebab kali pertama sampai ke menara ni..
    Yang beratur panjang ni sebab ada bahagian yanh ditutup sebab tengah renovation kan? Ke dh siap,...mak mertua saya yg bgtau ms dia pergi aritu.
    Bila la saya nak sampai sana hugs?

    ReplyDelete
  15. Ada juga nampak renovation tu... tapi mmg orang selalu ramai kat Eiffel tower tu... bila baca BW, ada yg suggest suruh beli tiket awal2... mmg jimat masa, kalau tak fikir dua tiga kali juga nak naik atas tu..
    Insya Allah, harapnya Aisy and family diberi juga peluang utk ke sana, amin!

    ReplyDelete
  16. Alahai ngerinya Nur tengok kaki Eiffel Tower dari atas lif tu...

    Seronok nanti bebudak tu bila tengok balik gambar2 yang disnap ni.. kiteorang pun teruja.. hehehe

    ReplyDelete
  17. Danish kalau tengok gambar2 ni, mesti ajak pergi lagi... Hehehe, ambil aura dulu.. mana tahu lepas ni boleh attend konferens kat paris :)

    ReplyDelete
  18. stroller boleh bawa naik ke atas ke kak?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails