Tuesday, March 26, 2013

JJP4::: Paris ke Disneyland

JJP4 - Jalan jalan Paris bahagian 4

Dari Gare Du Nord, kami naik Metro line 4 ke Les Helles untuk tukar train ke Disneyland. Dari stesen Les Helles, kami perlu ambil RER line A dan berhenti di perhentian terakhir, Marne-la-Valle Chessy.

Di stesen Les Helles
Boleh nampak yang suasana stesen keretapi agak kotor dan berbau
Irfan ada juga tanya, "Kenapa orang kat sini suka conteng-conteng?". Terkedu saya dibuatnya. Nak jawab apa pun tak tahu. Memang jauh beza dengan train di UK. Rasanya stesen train di Malaysia pun jauh lebih bersih dan terjaga.

Lagi sekali anak-anak eksaited bila dapat naik train dua tingkat. Masa mula2 naik train, kami tak dapat tempat duduk di tingkat atas mahupun tingkat bawah. Tapi ada juga insan prihatin yang bangun memberikan tempat untuk Aisyah dah Danish. Tapi Danish pula yang jual mahal sebab dia tetap nak naik tingkat atas. Nasib baik ada orang lain yang tawarkan tempat duduk untuk Danish di tingkat atas. Bukan main bising mulut Danish sepanjang atas train. Tapi akhirnya dia membisu seribu bahasa bila terlelap hingga ke Disneyland.
Posing atas train dua tingkat ke Disneyland
Stesen keretapi Marne-la-Valle Chessy
Bila sampai di ruang legar stesen, anak-anak mengadu lapar dan dahaga. So kami rehat dulu sambil menikmati hot chocolate. Sekejap jer habis segelas hot chocolate tu (nampak sgt mereka sgt lapar).
Sedang menikmati hot chocolate
Keluar jer dari stesen keretapi, anak-anak sangat teruja bila nampak Disney Village dan Disneyland Park. Masa kami sampai dalam pukul 6 petang, ramai pengunjung yang berduyun-duyun keluar dari Disneypark. Kami mengambil peluang yang ada untuk mengabadikan beberapa keping gambar kenangan tanda telah menjejakkan kaki ke Disneyland.
Disney Village
Disneyland Park
Signboard pun nak snap sbb nampak cantik :)

Selepas bergambar, kami mula mencari arah ke tempat menginap iaitu Sequio Lodge. Saya ingatkan boleh guna service Disney Express, rupanya tidak termasuk dalam pakej yang kami ambil. Disney Express adalah service untuk menghantar beg dari kaunter terus ke bilik hotel dan dari hotel, beg boleh terus diambil di kaunter Disney Express. So tak perlu nak mengangkut beg2 tu sendiri :)

Walaupun kami tidak subscribe utk service Disney Express, petugas kaunter tetap bermurah hati membawa beg-beg kami ke platform untuk menunggu shuttle bus. Shuttle bas disediakan kepada mereka yang menginap di hotel Disney untuk berulang alik ke Disneyland Park.
Anak-anak sabar menanti shuttle bus sambil mangalas perut
Shuttle bus - dua biji bas dicantum sekali, unik kan?
Jimat kos pemandu dan boleh muat ramai :)
Tak lama menunggu, shuttle bas yang ditunggu pun sampai. Kami dibawa ke Sequioa Lodge dan terus check in. Keesokan harinya, baru kami mula mengembara ke Disney Studio dan Disneyland Park. Jumpa lagi di lain entry yer.

Terima kasih kerana baca hingga ke noktah akhir :)

NuKilaN:
 

13 comments:

  1. part stesen train yg tak berapa sedap dipandang tu memang betul nur. Kami pun tak bleh nak lari dari asik buat perbandingan dgn kat helsinki hiihi...jauuuhhhh lebih baik.

    ReplyDelete
  2. betul tu LL... dah la tak child friendly.. susahnya nak cari lif atau escalator utk tolak stroller... end up hubby yg jadi mangsa buka dan tutup stroller.... kalau tak pun, kami usung jer berdua :)

    ReplyDelete
  3. Sokat sana takder la semuanya wow, nasib baik singgah kejap jer kan. Conteng2 kalau nice graffiti ok la kan, tapi kalau conteng vandalisme, sayang nyer.

    ReplyDelete
  4. Tu la.. kadang2 ada juga rasa kagum dgn kreativiti graffiti mereka... tapi banyak juga yg vandalisme, tu yg rasa rugi....

    ReplyDelete
  5. ingatkan org Malaysia jer yg x de kesedaran sivik ... rupanya kat mana - mana pun ada ...

    ReplyDelete
  6. Bestnye kak nur. Irfan makin handsome.. Hehehehe

    ReplyDelete
  7. Salam

    Hotel kak Nur jauh ke dgn Disneyland?Tp jauh jgk kan nak ke Disneyland naik ReR tu..dah la jauh patu kami dulu masuk Disneyvillage je..hehe..nak masuk Disneypark tak bbaloi sbb Zahin masa tu baru 4 bulan. in shaa Allah ada rezeki nak pegi tahun depan, berlima plak..:)

    ReplyDelete
  8. Harumanvee: Tu la, susah juga nak semai kesedaran sivik ni...

    Haza: Irfan Haza pun apa kurangnya :)

    Izu: Kami transit hotel dekat Gare Du Nord sebelum tukar ke hotel Disneyland.. tak perasan pula jauh ke kejap, maklum la duk layan budak bertiga tu.. last2 dah sampai.... Insya Allah, mesti seronok bawa budak betiga tu :)

    ReplyDelete
  9. Kan? ramai sikit yang boleh muat bila panjang :)

    ReplyDelete
  10. tapi kan...kalau bas yang panjang gini payah jugak driver die nak control sebab ekor panjang sgt...mcm train je...hehe;p

    ReplyDelete
  11. wah best pengalaman ni Nur.. kembara titempat orang...

    ReplyDelete
  12. PC: Tu la, saya pun ralit tgk ekor bas bila sampai kat simpang... kagum pun ada kat driver bus sebab dia pandai agak nak melibas ekor yang panjang tu... hihihi

    MFM: Alhamdulillah, kebetulan dah dekat.. boleh la terus jelajah :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails