Thursday, March 30, 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Kali ni nak join Blogger Contest yang dianjurkan oleh Lazada.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Aina... boleh shopping sakan la ummi Aina kalau dapat voucher RM500.
Boleh terus shopping baju raya kat Lazada...
Hahhaha... berangan dulu.. berangan tu kan FREE :)

Tanpa buang masa, apa kata kita jawab  TIGA soalan yang ditanya Puan Lazada.

Soalan 1.
Apakah jenama lampin pakai buang yang menjadi kegemaran?

Tentulah Huggies.
Semalam baru jer order tiga paket Huggies size M tadi buat stok.
Banyak boleh jimat, kan?
Biasa saya beli Huggies ni dalam RM32 untuk setiap pek.
Kalau RM77.25 untuk tiga paket, murah sangat lah tu...
Tak esok, lusa.. sampai lah Huggies yang dah di order tu... hihihi

Soalan 2
Apakah jenama susu formula yang menjadi pilihan?

Di samping susu badan, Aina juga consume susu Similac sejak dia berumur 9 bulan. Dengan tugasan seharian yang sibuk dan stok susu yang cukup2 makan, terpaksa juga pasrah top up dengan susu formula sepanjang Aina di taska.

Jadi saya top up dengan susu Similac1 ni...
Tapi Aina akan cukup setahun 31 Mac nanti (eh, esok la birthday Aina), jadi mungkin akan beralih ke susu Similac3 pula.

Soalan 3
Pilih satu produk yang dari Lazada yang anda ingin dapatkan untuk anak anda.

Ha, saya suka soalan ni. Tapi kenapa satu jer? Banyaknya benda saya nak beli kat Lazada.
Hurm, tapi buat masa sekarang saya teringin sangat nak dapatkan mainan ni...

Anak-anak suka sangat main dengan Yoyo car ni. Seronok la anak-anak kalau dapat beli satu dan letak kat rumah. Yang bestnya Yoyo car ni, dia tak pakai bateri pun. Tapi saya rasa sangat ajaib bila ia boleh berjalan dengan sendiri. Boleh juga kawal ke kiri dan ke kanan dengan mudah. Nak undur ke belakang pun boleh. Bijak bijak dan yang pasti... tahan lasak,

Ok, dah selesai jawab tiga soalan. Harapnya saya terpilih antara enam peserta yang bertuah... amin!

Buat mommies2 semua, jangan lepas peluang untuk shopping di Lazada sempena Lazada's Big Baby Fair yang berlangsung dari 27 Mac hingga 2 April ni. Diskaun hebat sehingga 85%. Rugi tak ambil peluang tau :)

8 comments:

  1. Memang memborong lah kita nampaknya. Masa orang gaji ni banyak betul fairnya

    ReplyDelete
  2. mmg murah kaw2 kali ni kan...lieya tgk kawan2 ramai beli pampers....jgn lepaskan peluang nieh...

    ReplyDelete
  3. Good luck sis dan selamat memborong hehe

    ReplyDelete
  4. beberapa ari lps,milo murah betul kat Lazada ni

    ReplyDelete
  5. Dah tak de baby.... takkan nak belikan utk cucu pulak hihi...
    Gud luck ye Bijen...

    ReplyDelete
  6. tahniah sis menang contest ni.

    Salam perkenalan dari saya.
    http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com.my

    ReplyDelete
  7. Tahniah! dah boleh shopping sakan kat LAZADA ;-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails