Sunday, August 8, 2010

pengalaman lima tahun lepas

Bila tengok kalendar, esok dah 9 Ogos 2010. Ermm, anak sulong saya akan genap lima tahun esok. Terasa betapa cepatnya masa berlalu. Dah lima tahun rupanya saya bergelar Ummi. Sekarang irfan dah besar panjang. Dah pegi sekolah, dah pandai solat, dan pandai menulis, dah pandai macam macam la.....

Detik kali pertama bergelar ummi memang masih saya ingati sampai sekarang. Saat kali pertama menatap dan memangku cahaya mata sendiri serta detik menyusukan bayi buat kali pertama. Ini adalah antara detik yang terindah dalam hidup saya. Yang saya takkan lupakan pada bila bila. So dalam entry ni, saya nak share pengalaman saya lima tahun lepas melahirkan putera sulung kami, Ahmad Irfan.

Kami kahwin 17 November 2004. Sepatutnya saya kena 'angkat bendera' selepas seminggu kahwin, tapi lepas tiga minggu berlalu, tak datang juga bendera merah yang ditunggu tunggu. Melalui pembacaan, adalah normal sekiranya pusingan haid terganggu lepas kahwin disebabkan berlakunya perubahan hormon bagi pasangan yang baru kahwin. Mungkin juga saya berada dalam golongan yang sama. Tapi sangkaan saya amat meleset. Keadaan kesihatan saya juga sering terganggu terutama pada waktu malam. Balik jer kerja, mmg selalu kena demam teruk. Tp waktu pagi, kembeli cergas untuk ke tempat kerja. Malam demam, pagi ok dan situasi berterusan hingga seminggu. Selepas sebulan saya tak juga didatangi bendera merah, saya buat keputusan untuk membeli kit pregnancy test tanpa memberitahu suami. Saja tak nak bagi dia harapan kalau x pregnant. Kalau pregnant, boleh buat surprise, kan!

Bila buat ujian air kencing, keputusannya adalah postif. Memang perasaan saya bercampur baur masa tu. Happy dan terkejut. Bila suami call, terus beritahu yg saya pregnant. Mendengar suara suami yg sgt gembira dengan berita yg saya sampaikan, saya terasa amat bahagia. Kami bakal menimang cahaya mata tak lama lagi. Walaupun suami kat KL dan saya di setiu, saya tidak mengalami alahan yang teruk sepanjang mengandung. Kawan kawan sekeliling banyak beri sokongan. Alhamdulillah, saya tidak mempunyai sebarang masalah mengandungkan irfan.

Mengikut kiraan tarikh haid yang terakhir, saya dijangkakan bersalin pada akhir bulan Julai 2005. Kalau tak silap, 26 Julai 2005. Tp saya beritahu nurse yang tarikh tu adalah sebelum kami kahwin. Mana tepat. Sedih sangat dgn jawapan nurse tu, "Mana tahu kot2 kamu bersama sebelum kahwin!" Ya Allah, mmg terkejut sangat dengan tuduhan nurse tu. Mmg saya terkedu mendengar jawapan nurse tu. Saya jenis yang tak suka menjawab. Malas nak layan nurse yg macam tu. Berdosa tau menuduh org buat dosa besar ni... tp tak pe la, yg tu urusan dia dengan Pencipta. Yang penting, saya tak buat semua tu.

So, saya pun pergi scan kat sebuah klinik pakar sakit puan. Masa tu umur baby dalam lapan minggu. Berdasarkan tarikh scan, saya dijangkakan bersalin pada 8 Ogos 2005. Yang lebih menariknya, doktor dah dapat agak jantina anak kami walaupun 'bird' belum lagi terbentuk dengan sempurna. Detik scan baby utk kali pertama juga sangat mengujakan. Terasa betapa hebatnya ciptaan Yang Maha Esa bila tengok ada jasad lain dan degupan jantung dalam rahimku. Subhanallah! Dan detik itu juga, membuatkan saya percaya yang mmg sah saya dah mengandung dan bakal menjadi ummi.

Bila kandunganku cukup sembilan bulan, saya mengambil cuti rehat untuk pulang ke kampung. Memang niat nak bersalin di Kota Bharu. Bila dah masuk bulan Ogos, saya masih tak rasa sebarang kontraksi atau sebarang tanda tanda nak bersalin. Kalau ikut kiraan haid, mmg kandungan saya dah overdue. Doktor bagi tempoh sepuluh hari lagi sebelum kena induce. Cukup sepuluh hari, saya ke klinik lagi utk buat pemeriksaan dan doktor suggest utk induce. Tapi saya berjaya yakinkan doktor untuk tunggu sehingga tarikh scan iaitu 8 Ogos 2005. Nasib baik doktor setuju dengan cadangan saya. Pada 6 Ogos, saya bukan main gembira lagi bila discaj berwarna coklat dah keluar. Tapi belum rasa sebarang kontraksi. Saya terus beritahu umi. Umi kata, kalau setakat discaj warna coklat macam tu dan belum sakit apa apa, lambat lagi tu. Mungkin saya akan bersalin sehari dua lagi. Bila beritahu MIL, dia pun cakap benda yang sama. Tapi saya tetap gembira sebab baby dah nak keluar dan penantian bakal berakhir.

Pada 8 Ogos saya ke klinik utk jalani pemeriksaan. Doktor buat ujian CTG. Semasa ujian CTG, doktor kata dia dah dapat kesan yang ada sedikit contraction daripada graf CTG tu. Tapi saya belum rasa sebarang contraction lagi. So doktor suruh pulang dulu. Bila rasa sakit perut baru datang ke klinik. Malam tu, selepas solat maghrib seperti biasa saya baca mengaji quran sementara tunggu solat Isyak. Lepas mengaji, terkejut besar bila tengok atas tilam penuh dengan darah. Banyak sangat darah yang membasahi kain smyg dan kain cadar. Terus beritahu kat umi yang banyak darah dah keluar. Tapi perut belum rasa sakit lagi. Umi kata nak kena pegi hospital la kalau macam tu. Tapi kena makan kenyang kenyang dulu. Nanti baru banyak tenaga bila nak bersalin. Saya pun makan dengan berselera sekali. Maklum la, lepas tu nak kena pantang dua bulan pula.

Lepas cuci kesan darah dan pakai pad, saya terus solat Isyak. Selesai solat, saya terus ke hospital bersama suami dan umi. Lepas pendaftaran, terus masuk labour room dan tunggu doktor sampai. Nurse pasang CTG utk check jantung baby. Sepuluh minit kemudian, doktor sampai. Bila doktor check, bukaan rahim hanya 3 cm sahaja. So, doktor bagi dua pilihan. Nak bermalam kat wad atau nak balik rumah. Kata doktor, lambat lagi saya nak bersalin sebab bukaan baru 3 cm dan anak sulung. Paling awal pun saya akan bersalin pagi esok, atau ada juga kes, hari selepas esok baru bersalin. Bila berbincang dengan umi dan suami, kami buat keputusan untuk bermalam di wad.

So, malam tu kami pun bermalam di wad. Dalam pukul 11 malam, MIL dan FIL sampai. Siap bawa laksa lagi untuk saya makan. Teringat lagi kata MIL... lepas bersalin, dah tak boleh makan laksa. Baik makan dulu sebelum bersalin. Ikut aje la kata MIL dan saya pun makan laksa yang dibawa.

yum... yum... sedapnya laksa! (pic from mr google)
Masa tu pun, perut tak sakit lagi. Lepas makan makan dalam pukul 12 tgh malam, en suami, MIL dan FIL balik ke rumah. So tinggal saya bersama umi bermalam di wad.

Malam tu saya tak boleh tidur. Penat baring, saya jalan. Penat jalan, saya baring. Mata memang tak boleh nak lelap. Persaan berdebar pun ada nak menghadapi sakit bersalin. Perut belum juga rasa sakit. Dalam pukul 2 pagi, tiba tiba kepala rasa sangat pening dan tekak pun rasa loya. Saya terus ke tandas. Sebaik tiba ke tandas, segala makanan yang saya makan sebelum tu pun keluar. Bukan sekali jer saya muntah tapi berkali kali (lupa 3 atau 4 kali). Lepas semua isi dalam perut keluar, baru rasa sedikit lega walaupun saya semakin penat dan saya dah tak bertenaga. Tapi mata tak boleh juga nak lelap.

Dalam pukul 3 pagi, perut mula rasa memulas. Saya dah mula rasa sakit contraction. Perasaan saya ketika pertama kali merasa contaction bercampur baur. Ditambah pula dengan rasa berdebar nak menghadapi detik bersalin. Rasa memulas dari dalam perut menarik narik sehingga ke pinggang. Mula la tidur mengiring rasa tak kena, tidur menelentang pun rasa tak kena. Dah tidur tak boleh, saya cuba duduk. Pun rasa tak selesa. Disebabkan tak tahan rasa contraction, saya ke meja nurse utk minta ubat. Mana tahu kot kot ada ubat angin yang boleh gosok kat belakang sebab saya lupa nak bawa minyak panas. Nurse cadangkan supaya saya ambil suntikan utk kurangkan rasa sakit. Saya pun dah lupa apa nama suntikan tu. Tapi nurse cakap kalau dah amik suntikan tu, nanti dah tak boleh pergi toilet. Takut jatuh atau pengsan dalam toilet.

Lepas puas hati dengan jawapan nurse pasal suntikan tu, saya pun setuju dgn cadangan nurse. Nurse tu cucuk ubat tahan sakit kat bu*t**. Tak amik masa lama pun nak rasa kesan ubat tahan sakit tu. Lepas tu baru saya boleh tidur. Tapi sakit contraction tetap rasa. Cuma bila contraction tu datang, saya mcm sedar tak sedar rasa contraction tu. Jadi mcm org mamai. Bila sedar pagi tu, en suami dah ada kat sebelah. Tengok jam baru pukul 7 pagi. Masa mana dia sampai pun tak tahu. Then sambung tidur balik. Nak makan breakfast pun tak de selera sbb rasa mengantuk yang amat.

Dalam pukul 8 pagi, doktor datang utk check jalan. Terkejut besar doktor bila tgk saya dah nak bersalin. Terngiang ngiang lagi kata doktor "Almost full dilated... cepat tolak pergi labour room!". Doktor pulak yang cemas. Saya masih lagi mamai. Betul ke dah nak bersalin? Bukan lambat lagi ke? Sampai kat labour room, kebetulan ada patient lain dalam proses nak bersalin. Seram pulak rasa bila dengar orang menjerit masa nak bersalin. So doktor settlekan patient yang tu dulu sbb saya masih lagi mamai. Bila semua alatan bersalin dah tersedia, nurse yang ada kejutkan saya dari tidur. "Dik, bangun. Adik dah boleh bersalin ni". Susah betul nak buka mata. Bila nurse ambil air dan sapukan kat muka, baru boleh buka mata. Kemudian nurse bagi sedikit penerangan macam mana cara nak push. Masa bersalin tu jugak, ada sorang ustazah yang ajarkan baca ayat ayat yang perlu semasa bersalin.

Alhamdulillah... dengan tiga kali push, keluar lah putera sulung yang dinantikan pada pukul 10.20 pagi. Serentak dengan kelahiran Irfan, ustazah yang bertugas terus mengalunkan azan. En suami juga tak putus putus mengucapkan syukur kepada Allah dan mengucup dahi saya sambil berbisik, "Terima kasih sayang!". Indah betul saat itu dan akan terus tersimpan sebagai kenangan terindah dalam hidup kami :)





4 comments:

  1. meremang bulu roma baca kisah akak..teringat pengalaman sy melahirkan aulia'.alhamdulillah kan kak, kita insan2 terpilih yg dpt merasai kenangan terindah mengandung, melahirkan, menyusukan & membesarkan anak..semoga kita semua akan terus berusaha menjadi ibu yang terbaik buat anak2 kita.. & happy becoming birthday utk irfan. semoga menjadi anak yang soleh =)

    ReplyDelete
  2. alhamdullillah...sekajp jerk masa berlalu:)

    ReplyDelete
  3. su: setuju sgt... Insya Allah, sama2 kita berusaha :)
    kak mieja: :)

    ReplyDelete
  4. Panjangnya.... Nur! Pengalaman melahirkan ni memang mana boleh dilupakan sampai bila-bila. Lagi-lagi bila kita tengok anak kita makin membesar, makinlah terasa betapa indahnya saat-saat dari kelahiran sehinggalah anak membesar di depan mata.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails