Wednesday, October 19, 2011

Mama, Aniq kena langgar kereta

Dua hari lepas, saya dikejutkan dengan video dalam Youtube yang memaparkan seorang budak perempuan berumur dua tahun yang digilis oleh dua buah van. Satu kisah yang sangat menyayat hati dan membuktikan ramai orang telah berhati batu atau langsung tidak mempunyai hati (lebih tepat rasanya).
Tapi saya masih bersangka baik pada rakyat Malaysia. Tentu sekali perkara sebegitu tidak akan berlaku di Malaysia. Namun, segalanya berubah bila baca status salah seorang kawan saya (kawan sekolah menengah) pada pagi ini:

"a'kum teman2 fb semua... Semoga mendoakan anak fizan (aniq) sihat dan cepat sembuh dr kemalangan yg terjd keatasnya pd ptg 15/10/2011... Insiden kereta langgar lari di perumahan jln bp 7/1... Yg menghibakan selepas kemalangan, aniq bgn dan pulang dlm keadaan menangis memberitahuku 'mama, aniq kena langgar kereta' org yg melanggarnya x tlg hantar pulang pun... U all bygkan seorg bdk 3 thn dlm keadaan berdarah cedera berjln mendptkan Ibunya.... Fizan memeluk erat dirinya n mengharapkan dirinya selamat... Tidakku dpt bygkan, di bhgn belakangnya terdpt 1 luka yg amat dlm (daging terbelah melintang sepjg 4 inci) dan menyebabkan berlubang... YA ALLAH, hanya TUHAN yg tahu lemahnya lututku melihat semua ini... Tp fizan gagahi jua..."


Apa perasaan mommies bila berada di tempan Fizan? Memang saya tak boleh bayangkan. Ada juga manusia tak berhati perut di sekeliling kita. Boleh langgar lari macam tu jer. Seolah-olah yang dilanggar adalah seekor kucing! Astarghfirullah hal azim....

Alhamdulillah, Aniq mempunyai daya juang yang sangat tinggi. Bayangkan dia boleh bertarung dengan kesakitan akibat dilanggar kereta untuk pulang ke pangkuan mamanya. Dengan darah yang telah membasahi bajunya, langsung tidak dihiraukan. Yang penting, dia harus pulang untuk bertemu dengan mamanya. Oh, saya kagum dengan semangat juangnya.

Aniq yang masih lagi meneruskan hobinya melukis
Semoga cepat baik yer Aniq!

Sebagai seorang ibu, saya juga ambil dua kisah ini sebagai iktibar dan pengajaran. Memang mudah untuk kita menuding jari dan menuduh ibunya yang bersalah sebab biarkan anak bermain di atas jalan sendirian. Kita adalah manusia biasa dan tak terlepas dari melakukan kesilapan. Mereka juga sama. Pasti mereka juga telah menyedari kesilapan mereka dan kita tidak patut terus menghukum mereka.

Hanya Dia yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik kejadian yang telah ditakdirkan. Sebagai manusia yang mempunyai akal firkiran, ada baiknya untuk kita menjadikan peristiwa ini sebagai teladan  agar anak2 kita terselamat daripada musibah sebegini.

Apa yang saya belajar: Jangan sekali-kali biarkan anak-anak bermain sendirian di jalanraya tanpa pengawasan ibu bapa. Malang tidak berbau!

"Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah anak-anakku, keluargaku dan orang-orang yang aku sayangi daripada golongan manusia yang tidak berhati perut ini... Amin!"

NuKilaN:
 

5 comments:

  1. Takut..sekali jer cukupla tengok kat berita pasal kes langgar tu
    xmo dah baca atau tgk video tu..
    meremang semacam..
    manusia skrg dah di akhir zaman
    hanya pentingkan diri sendiri

    ReplyDelete
  2. ya allah kesiannyer... minta jauh la dari hilang perasan belas.

    ReplyDelete
  3. tak sanggup tgk. sedih yg amat. baca tajuk je dah cukup memilukan. sampai hati manusia buat manusia lain macam tu ek. nauzubillah... sy smp peringkat nak lepaskan anak ke jalan tanpa pengawasan pun jd takut. Heran bila tgk anak jiran blh lepas berjalan sendiri tanpa da org dewasa.

    ReplyDelete
  4. dunia akhir zaman kak..perikemanusiaan sudah tdk ada dlm diri manusia skrg. akibat agama yg sdh tdk menjadi pegangan.
    Naudzubillah..

    ReplyDelete
  5. harapnya orang kesayangan kita jauh dari mereka yang tak berperikemanusiaan mcm ni...
    Amin!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails