Friday, February 15, 2013

Cara mengurangkan marah pada anak kecil

Perkongsian dari facebook... (Copy and paste!)
Memang tidak mudah mendidik anak-anak. Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa hilang kesabaran, naik darah. geram dan sebagainya. Meninggikan suara dengan muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda sikap ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda.

Tentunya anda tidak mahu anak anda membesar dengan emosi terganggu. Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anda pula memarahi anda apabila mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana andalah yang mengajar mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah terganggu dan menjadi seorang pemarah.

Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru. Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka.

Tips mendidik anak yang dapat membantu anda mengurangkan marah kepada anak kecil anda :

1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan dulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.

2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.

3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.

4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.

5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.

6. Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.

7. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.

Salah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh ibu-bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai anak anda. InsyaAllah mereka akan mula menghargai anda. Kerana mereka belajar dari anda.

Mereka juga seperti anda, melalui zaman bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui zaman dewasa seperti anda. Fikirkanlah.


Nota ummi,
Teringat pada kata-kata Dr Muhaya... bila orang marah-marah, kita kena rasa kesian kat orang tu. Kesian sebab apa, sebab kita tak tahu apa yang orang tu alami masa kecil sehingga dia membesar jadi seorang yang pemarah, suka marah orang.
Moralnya, kalau kita tak nak anak-anak jadi pemarah, kita mestilah tunjuk sikap yang penyayang dan boleh marah anak, tapi tegurlah dengar cara yang betul. Anak baru umur tujuh tahun, tegur dengan cara budak umur tujuh tahun bukan memarahi seperti anak berumur 17 tahun - peringatan utk diri sendiri and abah, please noted this too!

NuKilaN:
 

10 comments:

  1. lain anak lain peelnya, kdg2 persekitaran yg mempengaruhinya

    ReplyDelete
  2. Benar tu Nur, kekadang bila terlepas marah kat anak2 selalu juga rasa menyesal sebab seperti yang tertera di n3 Nur tu, someday they will take our place.

    ReplyDelete
  3. betullah nur, rasa marah pada anak kadang sukar dibendung tapi lepas marah menyesal sgt..insyaAllah sentiasa cuba perbaiki diri utk jadi ibu mithali

    ReplyDelete
  4. kadang2 budak2 ni pun tak tau kenapa kita marah2 dorang, itu la kena jelas dan terang dengan point2 "marah" kita tu kan.
    sometimes, I pun tak tau kenapa I marah2. hahaha

    ReplyDelete
  5. kak tini: yup, setuju... tiga anak, tiga peel :)

    myfreeminded: saya pun terfikir perkara yang sama... harapnya mereka pun tetap menyayangi kita bila kita dah tua... amin!

    FA: sama-sama kita perbaiki diri... Insya Allah!

    Nastyna: Kalau saya selalu salahkan hormon, ekekeke, ntah kenapa xleh control sikit bila 'datang bintang'

    ReplyDelete
  6. btl tu...kdg2 kite selalu terlupa akan emosi anak2 kite...lebih2 lagi bile balik kerja dgn keadaan penat kite sukar utk kawal emosi...ye la sbg perempuan mesti mulut ni ade jugak rs nak membebel bl ade yg tak kena...huhu. tp tu lah,kite perlu belajar mengawal emosi dan tingkahlaku kite dpn anak2 agar mereka tak terasa atau tersinggung. emosi yg terjejas akn mempengaruhi perkembangan sosial dan mental anak2...

    ReplyDelete
  7. setuju kak...saya perasan alya kalau kita marah dia makin dia mengamuk, tapi kalau kita pujuk dia baik2 kejap jer tantrum dia tu..then datang kat kita suh kita peluk dia

    ReplyDelete
  8. PC: setuju sgt... banyak lagi kena belajar cara nak kawal emosi ni....

    NoEn: Sweeytnya alya... mcm danish, suka peluk saya bila kena marah tanda nak minta maaf... after hug, kiss berkali-kali

    ReplyDelete
  9. tq perkongsian ini nur..:)

    saya pun kdg2 terhilang sabar dan terbla..bla..apalagi time 'datang bintang' melanda haha..bila tersedar menyesal la pula huhu..


    ReplyDelete
  10. sama-sama, peringatan utk saya juga bila datang bintang :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails