Sunday, February 17, 2013

Soalan ditanya semasa eksperimen

Ramai yang tanya dalam entry lepas, "Soalan apa ya yg ditanya?". Hehehe, sama la kita.. tu soalan pertama yang berlegar di fikiran saya bila diberitahu tentang eksperimen tu. Bila tanya Prof, dia kata jangan risau tentang soalan tu.. huhuhu, langsung tak membantu :(

Masa eksperimen tu, ada empat blok soalan yang diberi. Setiap blok mewakili kategori yang berbeza. Untuk setiap blok, ada 5 soalan. Maka jumlah soalan adalah 20. Untuk setiap blok, saya dikehendaki memilih satu soalan untuk menipu dan Prof pula akan pilih satu soalan yang saya dikehendaki menipu. Semasa sesi menjawab soalan, Prof akan mengangkat tangan sekiranya soalan tersebut saya kena beri jawapan yang salah. Part tu la yang ambil masa sikit nak jawab sebab bukan mudah nak menipu secara spontan (dah la dalam English, masa tu la baru rasa, Oh My English!)

Sebenarnya soalan biasa-biasa jer yang ditanya. Blok yang pertama, dia tanya tentang "first thing" yang saya buat hari ni. Apa makanan pertama yg saya minum, panggilan telefon pertama yg diterima, dll (maaf, dah lupa sbb blok yg pertama debaran belum lagi hilang). Blok kedua, dia tanya pasal hobby. Rancangan television apa yg ditonton, alatan music yg pandai main (yg ni saya pandai tipu sebab saya kata pandai main piano - padahal depan piano main tekan jer asalkan sedap didengar, ekekeke).

Gambar selingan - danish belajar main piano.


Blok yang ketiga pula berkaitan dengan pendidikan. Soalan berkisar tentang sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah universiti. Juga tak berapa pandai nak menipu sebab semuanya melibatkan fakta - so agak susah nak auta.

Akhir sekali berkaitan dengan holiday. Bila kali terakhir pergi holiday, pergi dengan apa, menginap di mana. Part ni agak mudah nak reka cerita sebab boleh gunakan gaya imaginasi... mesti sistem susah nak detect sebab saya merekacerita dengan begitu konfident :)

Pernah tak dengar orang cakap, bila kita menipu kening akan berkerut? Untuk eksperimen ini, sistem lie detection yang dibangunkan akan mengesan kadar perubahan haba di bahagian mata. Bila seseorang menipu, kapilari darah di sekitar mata akan menghasilkan haba yang tinggi di sekitar mata. Maka sistem akan mengesan perubahan haba di sekitar mata setiap kali saya menjawab soalan.

Pasal voucher tu pun mmg saya tidak tahu menahu. Tup tup lepas interview, Prof hulurkan dua voucher. Alhamdulillah, rezeki :)

NuKilaN:
 

13 comments:

  1. Ha bukan senang nak menipu kan, especially part fakta. Conclusion, u tak pandai menipu hahahaa. Eksperimen berjaya or not?
    Saya sediri selalu gagap and mumlbe kalau terpaksa tipu something. opsss

    ReplyDelete
  2. Ntah la berjaya ke tak, ada juga tanya one of the crew... dia kata kena analysis dulu... tapi mmg ramai responden tak pandai menipu... hehehe

    ReplyDelete
  3. bila disuruh menipu memang susah nak buat hehehe

    ReplyDelete
  4. Kak Nur

    Thanks buat post ni. hehehehe. berdebar betul kalao nak menipu. Farah mmg kantoi kalo menipu. hahahaha.

    ReplyDelete
  5. Anis: Lagi susah bila melibatkan fakta :)

    Farah: Jawab dalam entry sekali harung senang sebab ramai juga mommies yg tanya.. masa kena menipu mmg rasa berdebat tak ingat, hihihi

    ReplyDelete
  6. terima kasih banyak2 kerana sudi follow dan ziarah blog saya serta meninggalkan jejak.


    saya sudah follow balik.

    ReplyDelete
  7. seronok membaca ..sgt2 menarik eksperimen tu..:)

    ReplyDelete
  8. Pak ngah: Terima kasih singgah sini :)

    Kamsiah: Alhamdulillah, saja kongsi pengalaman :)

    ReplyDelete
  9. berbaloilah kan dpt 2 vouchers setelah penat lelah bereksperiman kan...hiii mmg mencabar kan soalan2nya....

    ReplyDelete
  10. Tulah... memang susah nak menipu bila tak biasa menipu nikan Bijen...
    hehe... agaknya mmg org boleh tau kalau kita menipu nikan...walaupun dah tegang sangat dah kening kita tarik nk cover hehe

    ReplyDelete
  11. ummuaidan: ala, nampak jer byk tapi kejap jer saya jawab 20 soalan tu.. cuma bila nak make up the stries yg susah sikit

    hainom: ye doh gitu... kalau org biasa mmg mudah cam bila kita menipu... tapi bagi pihak polis yang selalu deal dgn org yg pandai menipu mmg kena guna sistem khas utk detect the lies :)

    ReplyDelete
  12. pengalaman nur menipu...hehe..
    camner rasanya ya dibuat eksperimen..

    ReplyDelete
  13. masa2 mula tu nak rasa luruh jugak jantung dgn kamera sekeliling... tapi lepas doa byk2, everything goes smoothly :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails