Monday, February 25, 2013

Tak nak School Dinner

Sekejap sahaja cuti sekolah dah habis. Hari ni anak-anak kembali ke sekolah untuk 2nd term Spring. Minggu ni juga akan diadakan perjumpaan ibu bapa dengan guru kelas untuk laporan pertengahan tahun pencapaian anak-anak.

Disebabkan semalam saya mengadakan sedikit majlis sambutan hari lahir buat danish (nanti cerita dalam entry lain), maka saya terlupa untuk menyediakan roti bagi pack lunch anak-anak. Masa saya sedar tu dah lewat malam dan confirm semua kedai dah tutup. Kebetulan Irfan masih belum tidur. Jadi saya hanya tanyakan persetujuan Irfan untuk makan di sekolah atau istilahnya dikenali sebagai school dinner (kenapa dinner, boleh rujuk entry ni).

Bangun pagi ni saya agak relaks (dah la monday blues) siapkan breakfast. Tak terkejar sgt sbb tak perlu sediakan pack lunch. Lepas siapkan breakfast, baru saya kejutkan Aisyah utk bersiap ke sekolah. Masa tu baru saya beritahu yang saya tak sediakan pack lunch, tapi sepanjang minggu ni dia kena makan kat sekolah.

Malangnya Aisyah tetap nak bawa pack lunch. Dia tak nak makan school dinner. Dia kata, kalau takde roti, boleh jer masakkan nugget dan kentang goreng. Masalahnya, mana la sempat kalau lagi 10 minit nak ke skolah baru nak menggoreng bagai.

Tengok, duit school dinner pun ummi dah siapkan
Saya pun slow talk dengan Aisyah dan cuba juga pujuk (sbb masa dah suntuk). Tapi dia tetap dengan pendiriannya. Akhir sekali dia membuat confession, "Kakak nak bawa pack lunch sebab Adrian dan Ahmed pun bawa pack lunch setiap hari. Kalau makan school dinner, kakak kena makan sorang2." Alahai Aisyah, nak tergelak pun ada. Kesian pun ada. Langsung tak leh berenggang dengan Adrian dan Ahmed.

Nasib baik ada roti coklat (pre-packed) lebihan party semalam. So saya letak roti coklat, buah2 dan air juice dalam pack lunch kakak. Alahai Aisyah!

NuKilaN:
 

18 comments:

  1. Sweet confession... yer la mana best makan sorang2 without bff plak.

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau anak suka makanan ibu masak mcm ni..

    berbaloi masak .....
    ibu aisyah kena masak tiap2 hari k...

    ReplyDelete
  3. kak tini: Tu la, ummi dia tak boleh curi tulang

    Nastyna: mmg saya pelik bila dia beria tak nak school dinner.. ada udang sebalik mee rupanya... padahal balik sekolah selalu mengadu gaduh dgn Adrian dan Ahmed

    Aisy: saja jer Aisyah tak nak bagi ummi dia relax pagi-pagi... bukan masak special pun, just simple sandwish...

    ReplyDelete
  4. so sweet Aisyah. Suka bawak bekal.

    ReplyDelete
  5. aiii..jenuh jugak yea nak pikir tiap2 hari nak bekalkan apa hehe..

    sekolah anak2 saya tak boleh bwk food dr umah, semua kena makan kat sekolah tapi tiap2 hari nak kena jugak siapkan bekal utk pelajar dewasa i.e papanya :-)

    ReplyDelete
  6. air tangan ibu lagi best...kan2 Aisyah...hehe...
    Bagus betul anak2 nur suka bawa bekal:)

    ReplyDelete
  7. Ummi masak sedap.. tu yg dia nak sangat :D

    Teringatlah pula kisah Nabil... bila saya beli makanan tu ... dia akak cakap... Nabil nak makan yg mama masak ajer... aduh :D

    ReplyDelete
  8. alolo...sweetnya alasan aisyah xnak makan kat kantin sekolah

    ReplyDelete
  9. baguslah dia bawa bekal... bukan semua budak suka nk bawa bekal g sekolah... ^_~

    ReplyDelete
  10. kala school dinner tuh kena makan kat canteen yer..tuh yg taknak berpisah ngan bff dia tuh kot hehehe..kesian ummi..

    ReplyDelete
  11. Nak jugak Ummi yg siap kan bekalan..hehe.. lagi pun mgkin Aisyah rasa tak best klu kena makan sorang2..:)

    ReplyDelete
  12. Alahai..so sweet. igt kan kenapa rupanya nti tade bff klu amik school dinner..senang kak Nur ank2 ak bley mkn roti je..ank2 izu mula2 smpi sini mmg nk mknn berat. nasi! tp skrg Zahin pon dh bwk sandwich je almost everyday

    ReplyDelete
  13. Neo Lopah: suka bawa bekal sbb nak makan dgn kawan :)

    LL: Tu la pasal, dah kering idea nak letak sbb tu fikir nak skip utk minggu ni :)

    PC: ala, saya letak roti aje pun... saja nak makan dgn BFF

    Kak Yati: Ok la tu.. mama masak mmg terbaek... Aisyah ni dia makan memilih sikit, tu yg kena ikut selera dia

    ReplyDelete
  14. NoEn: Langsung tak leh berenggang dgn BFF dia tu... huhuhu

    Liya: Kat sini ramai yg bawa bekal.. ummi dia gi sekolah pun bawa bekal jugak :)

    ummuaidan: Kalau bawa bekal pun makan kat kantin sekolah juga, maybe tak boleh duduk semeja utk makan sama-sama :)

    Atie: balik sekolah asyik mengadu pasal Ahmed, tup2 tak boleh makan kalau ahmed takde.. pusing ummi dibuatnya :)

    Izu: Tu la, just kena make sure selalu ada stok roti kat rumah... sampai skrang budak2 tu boleh makan roti, senang juga sebenarnya :)

    ReplyDelete
  15. Nilai persahabatan tu.... makan bersama adrian dan Ahmed tu yg dia susahkan... no pack lunch bermaksud kena makan sorang2lah Aishah... roti coklat jadi penyelamat hehe...

    ReplyDelete
  16. Tu la pasal... ummi dia dah cuak dah masa tu...nasib baik terpandang kat roti coklat... lega mak!

    ReplyDelete
  17. dia nak makan dengan fren dia jugakkk..hihi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails