Friday, August 30, 2013

Aisyah's achievement folder

Baru dapat folder ni masa hari terakhir anak-anak sekolah sebelum summer holiday. Eh, kira dah lama la kot sbb duk peram dalam draf dulu.Ekekeke.... lagipun, minggu depan anak-anak dah mula buka sekolah untuk semester yang baru pula. Dah beberapa hari dalam minggu ni budak-budak tu duk count down bila nak buka sekolah. Suka sangat anak-anak dapat pergi sekolah :)

Sepatutnya Aisyah dapat folder ni masih tamat reception dulu. Ingatkan folder Aisyah xde sebab dia masuk dah nak hujung tahun. Mungkin terselit kat mana-mana kot dan skrang baru dapat ke tangan Aisyah.

Saja nak letak kat blog buat kenangan. Ralit pula duk belek folder ni walau hanya beberapa muka surat. Dari Aisyah berambut pendek dan nampak sgt kecil.

Jom kita tgk apa isi folder pencapaian ni....

Ni muka depan... sedikit cerita berkaitan folder ni....
Ni muka surat ke dua.... senarai legend yg digunakan...
 Hand written observation....
 Photographic....
Muka mula-mula masuk sekolah... skrang rambut dah panjang dan boleh ikat dah..
Lagi foto Aisyah yang ditampal dalam folder...

Kalau tak silap, ni gambar masa mereka belajar tentang wedding. Siap ada pengantin lelaki dan pengantin perempuan bagai serta majlis berinai...
 Lagi laporan bergambar. Aisyah pakai jaket polis :)
Laporan bertulis kedua....
 Dan ni laporan yang terakhir. Aisyah ni suka sangat kalau dapat main pasir....

Ada juga folder kenangan Aisyah kat sekolah masa reception. Kena simpan baik-baik buat kenangan :)

Nota ummi,
Teringat kalau masa Aisyah reception dulu, cikgu duk ralit kemaskini folder ni masa hantar Aisyah ke dalam kelas setiap pagi. Tapi sempat lagi cikgu melemparkan senyum dan menyambut parent dengan ucapan, "Good morning!". Kat sini, cikgu ada masa utk nilai setiap pelajar sebab ada lagi dua orang pembantu guru dalam setiap kelas. Dah la dalam sekelas tak ramai, dalam 20 orang lebuh kurang. Best kan kalau tugas cikgu cuma mengajar dan memantau prestasi pelajar jer?

NuKilaN:
 

21 comments:

  1. Kalau countdown bila sekolah semula, maknanya sekolah itu menyeronokan, beza sekolah disini, Nabil dok tanya bila cuti sekolah wlpn baru hari isnin huhuhu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi, terbalik pulak.... mmg budak2 enjoy sekolah kat sini... kita pula penat nak menjawab

      Delete
  2. bagus nya..cikgu bagi perhatian penuh pada anak murid..

    ReplyDelete
  3. harus tebuk lubang & letak dalam hard folder tu... nnt rosak pula...

    ReplyDelete
  4. Harus disimpan elok2 folder ni. JJ pun ada jugak folder macam ni hard cover album lagi. Impressive dengan sistem dorang ni, teachers pun very close to students.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yg student lain, mmg dapat buku yg proper, ala-ala scrap book gitu.. tapi sbb aisyah masuk dah hujung semester, cikgu buat dlm btk folder jer... tu yg saya ingatkan mmg xde folder utk Aisyah.... suka sgt bila tgk folder ni :)
      Kan? bonding pelajar dgn guru sgt kuat....

      Delete
    2. Before JJ start sekolah and we meeting them for the 2nd time, Pengetua ingat nama Jelita. I was so malu sebab I myself tak ingat nama pengetua tu. hihihi

      Delete
  5. bestnya!saya rasa cam nak tukar jadi cikgu mengajar kat sekolah Aisyah pula . bagus folder siap gambar bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom.. cikgu kat sini nampak they're really enjoy being a teacher... kalau kat M'sia, asyik stress jer memanjang....

      Delete
  6. Nape la cikgu dia eja nama aisya terbalik. simpan elok2 kak nur. balik msia mana dapat lagi benda ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... suka hati jer tulis nama tunggang terbalik...

      Delete
  7. Sepatutnya memg patut guru mengajar dan pantau prestasi ank murid

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... tapi kadang2 bila student yg ramai sgt, tak terpantau jugak.. huhuhu

      Delete
  8. Ai syoknya dapat tahu setiap details perkembangan anak macam ni... terasa lega kan?
    Sya pun nak transfer kat sanalah... syoknya mengajar dengan ada dua orang pembantu.... bilangan clients pun tak ramai, syoknya., kalau mcam ni barulah tak stress jdi cikgu.....

    Aisyah balik sini nanti mesti dia rasa pelik dengan sistem kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg lega... at least kita tahu mcm mana cara Aisyah belajar kat sekolah... mcm mana cara dia sesuaikan diri...
      Kat sini mmg susah nak nampak cikgu stress... semuanya muka ceria jer layan telatah murid2...
      Risau juga sebenarnya, mcm mana la budak2 ni nak adapt dgn sistem di M'sia.... tapi malas lagi nak fikir...

      Delete
  9. excited saya dok baca report cikgu tu... bagus la... dipantau sepenuhnya dari sehari ke sehari... cikgu kat sini jgn kata folder... perkembangan anak2 pun kena tanya... kalau tak tanya mmg cikgu xckp la... untung dpt belajar dengan sistem di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murid2 dipantau setiap hari, and at the end of week... siapa yg bagus akan diberi pengiktirafan semasa assembly....
      Bila kita tanya cikgu pulak, lebih banyak kritikan berbanding komen membina.... huhhu
      Tu la, anak2 yg untung... rezeki mereka :)

      Delete
  10. baguskan kalau kat m'sia pun mcm tu...
    kwn sy yg dok aussie pun mcm ni jugak...cerita in detail setiap aktiviti anak dia w/pun baru kat daycare

    ReplyDelete
  11. Yelah...bagus sistem pendidikan kat sana kan Bijen. Dibeleknya sorang sorang anak murid dia hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails