Friday, February 28, 2014

Resepi donut gebu

Donut antara kuih kegemaran Irfan. Bila tahu yang Irfan suka makan donut, beberapa kali juga saya cuba masak donut tapi asyik dapat hasil yg mengecewakan. Bagusnya Irfan bila dapat makan donut, dia tetap pandai ambil hati saya. Sambil makan, sambil puji.... "Erm, sedapnya donut ummi". Biarpun donut yg saya buat keras kejung :(

Masa krismas sale tahun lepas, sempat juga saya rembat seketul Bread maker (BM). Mata terus terbeliak luas bila tengok sale BM less than half price. Terfikir utk beli BM bagi membantu saya buat donut utk Irfan. Dah dapat BM kat dapur, mula la google resepi utk buat donut. Saya cari resepi yang guna susu segar sbb stok susu segar sentiasa ada dalam fridge.

Google pun google, dapat la resepi dari MyResepi perkongsian SkyBlue. Mohon share resepi kat sini yer :)

Bahan-bahan:
1/4 cawan air suam*
1 1/2 cawan susu segar*
1/3 cawan butter*
2 biji telur
1 sudu kecil garam
5 cawan tepung
1/2 cawan gula kastor
3 1/2 sudu kecil yis segera (saya guna satu paket yis yg 7g)
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yg besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, telur, butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3. Tutup mangkuk dengan kain lembap atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda.
4. Taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai dan canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Terapkan guna acuan donut.
5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 nimit atau sehingga naik dua kalii ganda.
6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
7. Toskan minyak, salut donut dgn gula kastor semasa donut masih panas.

Kalau guna breadmaker...
1. Panaskan bahan bertanda * selama seminit dalam microwave.
2. Masukkan bahan * dikuti bahan2 lain mengikut urutan dan pilih setting dough.
3. Kemudian, boleh ikut langkah 4 dan seterusnya mcm kat atas.

Kadang2 lepas terap, saya terus goreng. Donut akan jadi kurang gebu. Kena la bersabar tunggu donut naik dua kali ganda baru goreng tau :)

Utk satu adunan ni, banyak juga donut yang saya dapat sebab guna acuan donut yg kecil molek. Jadi saya cuma masak sekejap bagi matikan yis sebelum simpan dalam fridge dan boleh la goreng bila2 masa nak makan donut :)

Donut gebu...
Dengan BM, dah berkali-kali buat donut, tapi roti nyer belum jadi lagi. Belum ada masa lagi utk bereksperimen meroti dengan BM ni. Pernah sekali saya meroti dgn BM, tapi jenis tak cukup sabar kot... suka hati jer pergi tambah tepung bila nampak BM duk uli doh yg cair... hihihi, last2 dapat roti yg keras kejung... gelak kan kiter ler tu, guna BM pun fail jugak bila meroti :p

NuKilaN:
 

25 comments:

  1. BM harga separuh? Wah..saya pun nak se....

    kalaulah ada BM ni agaknya rajin tak saya buat donut macam Nur?

    Seronoklah Irfan makan donut tu ya...

    ReplyDelete
  2. Kalau kakak semua masuk sekali dlm BM Nur. Nampaknya ok juga. Tak adanya panaskan butter dgn air dlm microwave macam Nur yg rajin... kakak semua nak cepat dah masuk BM tinggalkan hihi...

    ReplyDelete
  3. kalau rajin,boleh buat banyak2 dan sejukbekukan...anak2 nak makan,goreng ja..:)

    ReplyDelete
  4. Memang nampak gebu lah Nur... teringin jugak nak rembat BM untuk meroti :)

    ReplyDelete
  5. tak gelak nak senyum je ;)…..btw molek jadi donut gebu tu. pasni roti plok la umiiiiii (danish plok request)

    ReplyDelete
  6. X pernah meroti lg ni hihi..bestnya kalau ada bread maker tu?

    ReplyDelete
  7. Belum pernah cuba buat donut ni....selalu beli kat kedai je....hehe

    ReplyDelete
  8. sedap.anak2 saya memang suka nooo ngan donut...memang gebu donutnyer tuh...

    ReplyDelete
  9. wah berjaya jugak akhirnya kan..mesti irfan hepi sangat dpt makan donut hari2..
    sy kalau buat donut mmg dah takder sukatan dah..main campak jer..tp yg penting doh tuh yg nak kena adunannya barulah menjadi..mana2 pun bahan yg basic adalah telur,susu, gula..garam..
    kalau selalu buat nanti akan paham dan mmg akan realisedsebenarnya senang jer buat nie..:)

    ReplyDelete
  10. Saya lagi klasik, tak pernah buat donut kat rumah :) Saya beli aje...kalau nak rasa thrill menggoreng donut di rumah, saya beli donut segera! Syahdukan dapat Mommy macam ni. Sebenarnya lepas MIL balik, asyik dok meroyan rasa nak beli BM juga. Belum dapat kebenaran lagi. Tapikan tengok MIL meroti manually cam senang aje. Takda susah mana pun. Roti Uzbeknya tetap marbeles jek saya tengok. Takyah nak berBM bagai. Kalau saya yang buat, for sure baling kat anjing, anjing pun KO.

    ReplyDelete
  11. sedapnya Donut... sy ni Nur blm pernah cuba buat donut sendiri...hehe..
    selalu dok berangan2 nak buat, tapi smpai skrg masih belum nampak jalan nak buat...haha

    ReplyDelete
  12. basic jer bahan2 dia, nak try la. DOnut pun duk ada dalam list saya ni, hehehe kalau tak mendonut pun, nak buat roti goreng yang buh sambal bilis tu, pun boleh kot pakai doh ni kan.

    Hehehe takpa.... pakai BM pun nak kena praktis jugak.

    ReplyDelete
  13. Hihi gelak sbb kita geng kak Nur..mmg bab roti n yis ni mmg fail. Bm dh beli tp still tak yakin nak guna..huhu. Nway tq dor the recipe ..bleyla try nti :)

    By the way, happy bday to Danish! Skjp je dh 4thn..:)

    ReplyDelete
  14. Gelak jugak tp tak sampai guling guling hehe....untung le dapat rembat BM ek. Selamat lengan tu!hehe
    Lama dah okje tak mendonat Bijen....selalu asyik meroti jer hehe....

    ReplyDelete
  15. ada BM mmg kerja jadi mudah..tp klu jenis tak sabar kejung jugak rupanya .hehe..

    apapun irfan tetap pandai jaga hati..semua ummi masak sedap..:)

    ReplyDelete
  16. salam nor...akak tengk gebu jer donut tu!!

    ReplyDelete
  17. hehehe nampak sedap, lama KA x buat, biasa buat yg plan je, sbb KA suka w/o sugar ke apa2.. pastu anak2 buh sendirilah nak apa2...

    ReplyDelete
  18. donat kegemaranku..pagi2 mesti order donat...huhuhuu
    http://www.chatchantek.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. Suka mkn ni nur..pernah buat donut sblm ni keras batu hasilnya hihi..tp lps beberapa kali buat boleh2 lah hihihi

    ReplyDelete
  20. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup kencing manis kaki luka dan kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails