Monday, May 19, 2014

Budak ke sekolah dgn pyjama

Budak yang dimaksudkan adalah Aisyah...
Skrang dia dah rilek pergi sekolah dgn pyjama...
Berbanding tahun lepas, Aisyah malu malu kucing jer bila kena pergi sekolah dengan baju tidur macam saya tulis dalam entry ni.

Kalau tahun lepas Aisyah berpyjama ke sekolah kerana World Book Day, tapi tahun ni pula sebab dia belajar berkaitan dgn burung hantu atau omputih panggil Owl. Owl ni berjaga waktu malam. Jadi banyak la dia belajar tentang sifat2 istimewa burung hantu utk membolehkannya berjaga di tengah malam.

Owl ni salah satu topic IPC utk semester ni. Dari owl, mereka kaitkan juga dengan jenis pekerjaan yang perlu berjaga malam macam polis, doktor, nurse  dan macam-macam lagi yg melibatkan shift. Budak-budak berbaju tidur dan cikgu-cikgu yang mengajar Year 2 pula akan berpakaian polis/doktor/nurse. Seronok tgk pendekatan cikgu2 bila mereka explore satu-satu tajuk dalam IPC ni :)

Utk Irfan pula, semester ni dia belajar tentang liga bolasepak di England. Minggu lepas dia dan kawan-kawan pergi melawat Football Museum di Manchester. Tak sempat lagi nak up entry pasal pengalaman dia pergi ke sana. Tumpang entry ni kira jadi la kan, Irfan? hihihi

18 comments:

  1. Salam Nur...
    comel Aisyah berbaju tidur ke sekolah.. bagus btl lah sekolah kat sana... hehe..

    ReplyDelete
  2. comeyyyy ok, nextime pakai baju kelawar ok Aiysyah hehehee.
    kat sana dah tak sejuk ker skang? sini below 15 jer these few weeks, dah penat dah kami bersejukan ha.

    ReplyDelete
  3. Salam. Comel je tengok pakai pyjama pergi sekolah sambil tersenyum!

    ReplyDelete
  4. Pastu boleh terus tido balik umah nanti Aisyah.. tak payah tukar baju dah ehe ;)
    Auntie gurau jer tu..
    Bagus pendekatan pendidikan mereka tu Nur.. jadi budak2 senang faham kan..

    ReplyDelete
  5. sukanya dengan sistem pembelajaran mereka..cute aisyah..
    sekolah kak terlibat dengan native speaker programme dan kak memang ambil kesempatan bljr banyak pendekatan dgn mentor. banyak aktiviti yang real begini..

    ReplyDelete
  6. alahai comelnya..nmpk sistem pembelajran kt malaysia jauh kebelakang la pulak.hehe..

    ReplyDelete
  7. Sweet je.. kalau auntie pun malu juga ;) bagusnya.. seronok dgr.. bdk2 senang faham dan seronok. Taklah boringkan asyik pakai uniform sama je hehe

    ReplyDelete
  8. masa dulu siap pakai baju sejuk lg nk ttp baju pyjama tu kan, skrg dh tak heran yek...
    bgs lah pendekatan cikgu n sekolah tu... sgt lah pelbagai... murid2 pun msti tak bosan...

    ReplyDelete
  9. Wah.. dah setahun berlalu. Saya ada baca entry tahun lepas pasal ke sekolah pakai baju tidur. Dah pengalaman kedua ni Aisyah dah makin seronok la tu. Memang unik cara belajar kat sana. Takla murid bosan..

    ReplyDelete
  10. Comelnya ber pyjama ke sekolah ☺

    ReplyDelete
  11. Pendekatan sistem pembelajaran di sana sangat baik. Anak-anak bila semuanya dah pakai pyjamas sama memanglah tak malu jadinya. Cuba dia sorang yg pakai itu yg malu..

    ReplyDelete
  12. cukup comey, cara pendidikan dan pendekatan yng berbeza di sana yer.. bagus lah mcm ni

    ReplyDelete
  13. menariknya teknik mengajar kat sana kan.. :)

    ReplyDelete
  14. huhuhu.. mcm baru ja entri pakai baju tido p sekol nie.. dah setahun eekk?? aduhai cik azue..

    ReplyDelete
  15. wah seronoknya sekolah gini..
    ni baru sekolah yg ajar real life.

    ReplyDelete
  16. Uniknya cara pembelajaran. Rugi saya tak bersekolah di UK. Hehehe...

    Bestkan kalau macam ni. Barulah betul-betul namanya belajar. Ni belajar untuk excel dalam exam je nak watpa.

    ReplyDelete
  17. Sempat lagi Aisyah bertocang gi sekolah ye Bijen...sapa yg tocangkan tu? Takkan papa pulakkan hehe...
    Tulah tu.... bagus cara pendekatan yg cikgu buatkan....budak budak sure happy
    Pyjama pun nk kena cantik jugaklahkan....

    ReplyDelete
  18. Salam Nur,

    He he, menarik cara guru mereka guna pendekatan untuk pembelajaran! Akan mereka ingat sepanjang hayat mereka nanti! Kalau kat sini jangan haraplah pendekatan yang sebegini. Ada kawan Mak Aji yang keluarganya tinggal di UK selama dia buat PhD. Bila balik anak mereka pada mulanya enggan ke sekolah sebab terkejut dengan cara kita di sini! Lama2 alhamdulillah oklah.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails