Thursday, May 15, 2014

Liebster award

Rata-rata jiran-jiran sekeliling buat entry pasal Liebster Award.
Sekali saya pun terkena tag dek Petak Bunga.
Tapi mak ai, banyaknya prosedur nak kena ikut utk dapat award tu.
Ala, tak dapat award pun tak pe la.
Janji jawab soalan jiran yg sudi tag.
Kalau tak jawab, kesian pulak... kang duk kesat air mata sorang2, keh keh keh...

Meh la, kita tgk soalan yg kena jawab oleh mereka yg tercalon..
  1. Bagaimana kamu tahu kamu sudah jatuh cinta?
  2. Bilakah pertama kali kamu bercinta?
  3. Apakah pengakhiran cinta pertama kamu itu?
  4. Apakah pengajaran yang kamu dapat daripada pencintaan yang lepas?
  5. Blog kamu ini sebenarnya pasal apa?
  6. Siapakah insan-insan kesayangan kamu yang kamu selalu ceritakan dalam blog kamu?
  7. Komen entry yang bagaimanakah berkesan kepada kamu? Pendapat, pujian , kutukan.
  8. Apa yang kamu dapat dengan berblog selain kepuasan membaca komen yang buat kamu tersenyum?
  9. Apakah yang buat kamu nak baca blog PetakBunga?
  10. Apakah yang membuatkan kamu bosan dan menyampah dengan blog PetakBunga? Sila jawab dengan hati-hati..mana tahu ada hadiah misteri daripada PetakBunga. Ha..ha..
  11. Adakah kamu sudi berkenalan dengan PetakBunga dengan lebih dekat? Aku sebenarnya dah tak tahu apa nak tanya da...

1. Jap nak fikir, pernah ke tak saya jatuh cinta ek? Jatuh basikal pernah, jatuh tangga pernah. Saya ni budak baik tau, tak pernah bercinta-cintun masa belajar. Nak kata ulat buku pun tak jugak. Dengan hubby pun, bercinta lepas kawin tau. So cinta tu datang dgn sendiri... cewahh, x sempat nak jatuh jatuh...

2. Bila si dia melafazkan, "Aku terima nikahnya".

3. Insya Allah, harapnya cinta ini berkekalan hingga ke syurga.

4. Best tau bercinta lepas kawin ni :)

5. Dah nama kisah anak-anakku. Mmg sah-sah la cerita pasal anak-anak walau kadang2 menyelit juga resepi utk rujukan diri sendiri.

6. Tiga permata hati - Irfan, Aisyah dan Danish.

7.  Semua ok. Kalau kutukan membina, saya telan aje. Kalau asyik pujian jer, tak thrill la pulak, kan?

8. Dapat ramai kawan yg super sporting. Geng bersembang di kala dikelilingi mereka yg tak tahu cakap melayu walau secara maya. Dalam masa yang sama, boleh tahu perkembangan terkini di M'sia.

9. Kenapa ek, lepas satu-satu entry Petak Bunga saya duk baca dan tinggal komen. Mungkin gaya penceritaan yang bersahaja dan punya keunikan tersendiri. Yg saya suka, banyak informasi :)

10. Alamak, kena gali lagi entry2 lama utk cari yg bosan dan menyampah tu. Setakat ni tak jumpa lagi.

11. Bulih jugok. Yg jauh kita dekat-dekatkan, yang dekat kita rapat-rapatkan :)

Phew, lega dapat jawab soalan2 tu. Bila dah lepas hutang, baru rasa lega :)

NuKilaN:
 

12 comments:

  1. hehe..best la jwapan dr Nur tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part mana yg best tu kak? Ssya main hentam jer semua tu.... Ekekeke, janji jwb.... Kalau exam kita kata goreng cukup2.... Kikikiki

      Delete
  2. Akak pun dah kena tag Nur.. 2 blogger yg tag.. tak sempat nak jawap tah tidak ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jwb kak, jgn x jawab... Boleh kenal akak lebih lanjut :)

      Delete
  3. alohai..sweet...sweet..oh..oh..
    duk senyum sorang2..sambil nyanyi..tiada duka..oh tiada duka..

    ReplyDelete
  4. Kasi cantas semua soalan, ambil yang penting ajelah ya Nur... Ingat nak tag gak masa buat hari tu tapi bila baca 'komen sedih' kat blog OKje, rasa cam kesian pulak. Dahlah nak urus anak, study lagi...hahaha....see, kita simpati sebenarnya. Kalau tau ada masa, memang kita tag siap-siap :)

    ReplyDelete
  5. Oh ingatkan award apa td.. lama x buka blog ;) samalah kita.. cinta lps kahwin hehe

    ReplyDelete
  6. hehehe..sy pun kena tag jugak ngan petak bunga..tp rsnya tak sempatlah nak mikir jwb solan2 tuh..maunya acicha masuk bwhmeja dl dlm sy dok sibuk2 pikir jawapan tuh...heheh

    ReplyDelete
  7. tgh fenomena liebster award ni ...lieya sonok gak bace soal jawab ni...dpt kenal dgn lagi mendalam...ecewah...

    ReplyDelete
  8. tu pasal saya suka baca jawapan segmen ni, banyak soklan2 yanhg buat kita lebih mengenali diri penjawap (apa ayat I ni). haaaa sweet gitew citer cinta u.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails