Wednesday, September 3, 2014

Rindu awak 200%

Rasa macam cepatnya drama Rindu Awak 200% ni tamat.
Tak puas nak tengok.
Gara-gara ramai yg duk update dengan cerita ni, saya pun telah terjebak sama.
Mula2 saya tengok drama tu sambil lipat kain yang berbakul-bakul.
Sekali tak boleh stop. Hah sudah...
Macam penangan Adam dan Hawa jugak.
Walau ada kawan yang kata drama Andai Terpaksa Aku Relakan lagi best, tapi bagi saya Rindu Awak 200% ni lagi best.

Apa yg best sgt tu?
Hihihi, sambil tgk cerita sambil mengimbau kenangan masa mula mula kahwin dulu.
Ada sikit kena mengena dengan cara kami disatukan dulu - Jodoh Istikharah!
Kadang-kadang boleh nampak diri saya dalam watak Armel Aisya - Keras kepala dan tetap pendirian!
Tu yang bila Armel dah betul-betul insaf, saya betul2 menghayati scene tu.
Mata sama bengkak dengan mata Armel Aisya.
Haa, gelakkan mak ler tu...

Tetiba rasa nak berkongsi kat blog sendiri.
Mana tahu kot2 anak2 nak tahu mcm mana ummi boleh kawin dgn abah, kan kan kan?

Macam ni anak-anak...
Abah sebenarnya sepupu kepada kawan umi, Jah.
Kami pernah jumpa, pernah satu sekolah sekali masa umi Form 3.
Umi Form 3 dan Abah masa tu Form 4.
Setahun jer Umi sekolah kat situ sbb ikut arwah Tok Ayah yg selalu pindah randah - Umi kan anak polis!
Walau satu sekolah dan duduk rumah berdekatan, tapi tak pernah sekali kami bertemu sapa.
Tengok muka Abah yg jenis serius sedari sekolah membuatkan Umi takut utk bertegur sapa.
Bila bertembung, dua dua buat-buat tak kenal.

Lepas form 3, Umi sambung belajar kat Kubang Kerian, SMKKK1.
Satu sekolah dgn Misha Omar, entah anak2 ummi kenal ke tidak dgn Misha Omar ni.
Dua tahun sekolah kat situ.
Lepas SPM, dapat tawaran Matrikulasi kat Kolej MARA Kulim (KMK).
Tak sangka di KMK Umi dan Abah mengikuti kelab yang sama, Kelab Internet.
Masuk kelab Internet baru lah ummi belajar nak buka email.
Tapi masa zaman Umi tahun 1996 tu, internet susah lagi nak akses.
Tak macam zaman sekarang yang kat mana-mana boleh dapat internet.
Masa lawatan Kelab Internet ke USM, kali pertama Umi dan Abah bertegur sapa.
Alah, tegur pun lebih kurang jer.
Tanya course apa dan uni mana.
Baru tahu yg Abah mengambil kursus persediaan di UTM.
Masa tu tahun 1997 kalau Umi tak silap.

Lepas tu Umi sambung belajar di USM.
Lepas buat degree, terus sambung buat Master.
Umi dapat Master tahun 2003.
Lepas buat Master, terus dapat tawaran dari Kolej Teknologi Bestari (KTB) untuk jadi pensyarah.
KTB adalah majikan pertama Umi.
Banyak mengajar Umi selok belok dunia pendidikan.

Masih Umi ingat, Jun 2004, Jah ada tanya sama ada Umi ni dah berpunya ke belum?
Rupanya Jah nak perkenalkan pada sepupu dia.
Jah minta izin utk berikan no telefon Umi kepada Abah.
Umi ok jer.
Jadi Abah mula hubungi Umi melalui telefon.
Lepas cakap telefon sekali dua, sekali Abah kata nak ambil cuti dan balik Kelantan.
Nak balik jumpa Umi.
Umi tak kisah, tapi Abah kena datang rumah dan minta izin dengan Tok Ayah utk bawa umi keluar.
Datanglah Abah ke rumah Tok Ayah ditemani Jah dan adiknya, Ju.
Kami keluar berenam, Umi ditemani Cik Ni dan Pak Su.
Tempat dating kami adalah KB Mall.

Tak sangka lepas Abah balik semula ke KL, Abah kata nak terus hantar rombongan merisik.
Ya Allah, biar betul si Abah ni.
Baru saja kenal, tapi nak terus hantar rombongan merisik.
Belum sempat kenal hati budi masing-masing lagi.
Umi ada kata yang Umi belum bersedia nak kahwin.
Masak pun belum pandai.
Tapi Abah kata, "Tak apa... kita sama-sama belajar."

Dalam keadaan macam tu, Umi jadi keliru.
Adakah Allah dah tetapkan Abah sebagai jodoh umi?
Untung kita sebagai orang Islam.
Dapat mengadu pada Yang Maha Esa.
Jadi Umi mula buat solat Istikharah.
Minta petunjuk dari Nya.
Umi selalu doa, "Ya Allah, andai si dia Jodohku, maka permudahkanlah urusan kami. Andai dia bukan jodohku, Engkau berilah petunjuk-Mu Ya Allah."
Dan Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.
31 Ogos 2004 kami bertunang dan 17 November 2004 kami sah diijabkabulkan.

Rasa macam banyak lagi nak, tapi entah kenapa tiba2 putus idea pulak.
Saya berhenti kat sini dulu lah.

NuKilaN:
 

15 comments:

  1. sy tak pernah tgk drama 200% tuh..tapi jalan cerita ummi danish nie pun menarik jugak..alhamdulillah tak perlu mll fasa dating ..jatuh cinta putus cinta yg tak islamik tuh semua..cara beginilah bagus..alhamdulillah kekal bahagia sampai skrang kan..:)
    p/s- sy pun KMK dulu tp lupa tahun bila..nak recall mesti fening jiddan nie..USM pun yer..tapi ummi danish nie sy punya juniorlah nampaknya..berapa tahun tuh tak kira lagi..:)..sy dl dorm nurul iman..USM school of management - accounting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa tgk lah UAA... Mana tahu terimbau jugak kenangan mengusik jiwa, ahaks!
      Alhamdulillah, dah nak masuk 10 thn lagi dua bulan... Doakan kami terus bahagia hingga ke syurga...
      Saya dorm tulus, kalu x silap norul iman tu antara dorm yg lama... Sah2 UAA ni senior saya... Kat usm pulak sy kat PPSains Math, course cagd

      Delete
  2. Haha.. ada kena mengena kisah ni dengan Nur ya.. wah..panjang lebar penjelasan kat sini.. boleh tahu pasal pertemuan Nur dan suami..kalau dah jodoh kan? Ini yang tak ke mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde lah kena sgt pun... cuma terimbau memori lama...
      Itu lah, bila dah jodoh tu tak ke mana :)
      Moralnya, bila sesuatu keputusan kita buat dgn petunjuk Allah, kita jadi yakin apa jua yg kita lalui selepas tu adalah ujian dari Nya... kita akan lebih kuat menghadapu ujian semata-mata utk dapat kasih sayang dan redha Allah :)

      Delete
  3. kalau buat novel / drama...best jugak cerita nur tu ya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ada cita2 nak jadi penulis novel, tapi tersasar jadi bermain dgn nombor pulak...
      Jadi menulis kat blg aje lah walau entry tangkap muat jer... kikiki

      Delete
  4. mmg akak pun jd penunggu setia citer tu nur..bagus la che jah tu,menemukan nur ngan asben.nt bleh la nur bg ank2 bc n3 ni..

    ReplyDelete
  5. wahhhh mmg Allah permudahkan jodoh... sat ja bole bertunang, nikah dah... anak2 mesti suka baca n3 ni nnt ;)

    ReplyDelete
  6. Salam Nur,

    Drama kat TV mencetus nostalgia ya! Seronok pula baca kisah Nur ni! Alhamdulillah jodoh dipermudahkan dan bahagia sampai sekarang! Mak Aji pun terjebak juga dengan drama tu tapi takdelah sempat layan semuanya, sekadar yang sempat saja.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah dipermudahkan
    happy annivesary :)

    ReplyDelete
  8. jalan cerita kita mcm sama je kak. baru kenal terus ajak kawen. hihi..sabo jelah. doa kita pon sama k.nur. alhamdulillah =)

    ReplyDelete
  9. Sydan suami pun kenal atas kawan. Buat jugak istikharah. Alhamdulillah dia yg terbaik.

    ReplyDelete
  10. Eh terasa pulak macam tengok drama tu kat blog ni hehe...
    Wahhhh sucinya awak Bijen....dating pun sekali jer bagus...bagus.....
    Moga jodoh awak berkekalan hingga ke jannah
    Okje tak ikut cerita tu .....tp tengok lompat lompat....bukan tengok sambil lompat haha....

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah... moga jodoh nur berpanjangan sampai ke jannah...

    ReplyDelete
  12. Amboi, Nur ... sampai ke Bradford penangan Rindu Awak 200% tu, ya. Asalnya tengok sambil lipat kain lepas tu terus mata tak boleh mengerlip ya :) Saya tak tengok pun cerita ni. Masa ni tengah sibuk berkelibut dengan anak-anak di rumah. Kalau duduk menonton, memang kena tegurlah dengan bapaknya. Lagipun saya tak minat Zul Ariffin! Tak tahulah kenapa!

    Wah, lain macam entri kali ni! Mengimbau kenangan silam ya. Yalah, selagi ada yang teringat kita abadikan aje dalam blog, buat tatapan anak-anak suatu hari nanti. Manalah tau kan....

    Kelakar juga kisahnya ....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails