Tuesday, October 21, 2014

Kedai cenderahati murah di Bayswater, London

Hari ni nak share pasal satu kedai untuk beli cenderamata yang sangat murah (jika jalan-jalan ke Kota London.)
Murah sangat ke?
Bagi saya sangat murah.
Kat bawah ni fridge magnet (FM) yang saya rembat masa ke London bulan lepas.
Kalau ada yang rajin kira bilangan FM dalam gambar kat atas, semua sekali ada 22 FM London yang pelbagai bentuk.
Semua ni saya beli dengan harga GBP10.

Kalau harga biasa, kebanyakan kedai sekitar Bayswater ni jual dengan harga 3 ketul FM utk GBP5.
Kalau kita bayar GBP10 kat kedai, cuma dapat enam ketul FM aje lah.
Kat kedai ni, boleh pilih hingga 22 ketul... tak ke banyak bezanya tu?
Tapi ada syaratnya... kena cakap yang kita orang M'sia dan kawan kita baru jer beli kat kedai ni dengan harga GBP10 utk 22 ketul FM.
Baru owner dia akan angguk kepala dan berikan diskaun.

Eh tapi kat mana tu?
Ni kedainya....
Senang jer nak cari kedai ni... Keluar dari tube station "Bayswater", terus jalan ke kiri...
Jalan lagi akan nampak pemandangan mcm ni....
Tengok kiri kanan bila lintas jalan ni..
Jalan sikit jer lagi....
Jumpalah kedai "Bayswater London Souvenirs" ni.
Lagi snapshot deretan kedai utk gambaran lebih jelas...
Landmark lain: kedai ni juga berdekatan dengan Noodle Oddle... Ala, tempat orang M'sia selalu pergi makan itik tu...

Ni owner kedai utk lebih kepastian...
Owner ni memang pandai juga cakap melayu. Ala, pandai cakap beberapa patah perkataan aje pun.
Selain FM, saya juga rembat baju utk anak2.
Kalau kat kedai lain, harga T-shirt London dalam GBP 5.
Tapi kat kedai ni boleh dapat tiga helai T-shirt London dengan harga GBP10.

Selain t-shirt dan FM, ada macam2 lagi cenderahari yang menarik...

Harap entry ni dapat membantu kawan saya yang nak ke London minggu depan.
Pesanan penaja: Jangan malu, jangan segan utk tawar menawar!

21 comments:

  1. Wow.. menariknya FM dan barang lain kat situ.. nk beli juga.. (bilalah mampu nak sampai ke sana)...

    ReplyDelete
  2. bestnye kak... hehehe ada pasang niat je, tapi ekonomi x mengizinkan haza ke sana.. haza lawat akak kat Msia je la.. hikhikhik..

    ReplyDelete
  3. Dia dh biasa sgt dgn org malaysia ni.
    X tau lah bila boleh smpai L8ndonni..hihi..

    ReplyDelete
  4. Uhu, ingatkan beli FM banyak-banyak nak hadiahkan kat kawan-kawan alamaya :)

    Kira banyak bezanya tu. Kalau dah sampai 22 ketul dengan GBP10 haruslah memborong lagi banyak. Owner ni asal orang Pakistan berwarganegara British ke?

    ReplyDelete
  5. Elok up entri sebagai panduan sesiapa yg nak ke London. Kos utk cenderahati pun kena fikir jugak.

    ReplyDelete
  6. Murah tu. Satu untuk kita erk...ekekeke...

    ReplyDelete
  7. rase mcm familiar je hahah..1st n last time sampai london tahun 2008..ntah bila la nak ade rezeki jejak sane lagi..

    ReplyDelete
  8. Seronoknya nur, ada 15pcs kot:)

    Kakmieja plan nak round Europe bila bdk2 in dah besar dah pandai independent baRu best jalan....

    ReplyDelete
  9. saya tak tahu entah zaman bila ke sana
    kirim ajelah boleh dak...hehe

    ReplyDelete
  10. belom ada rezeki nak ke london tapi who knows one day. sampai sini tayang blog akak le kat dia hahahah

    ReplyDelete
  11. Salam Nur,

    Mak Aji nak share maklumat ni dgn kakak Mak Aji yang akan ke sana dalam beberapa bulan lagi! Mak Aji kumpul FM ni, nak minta dia belikan!

    ReplyDelete
  12. Nampaknya dah standby bekal nak bawak balik tuk sanak sedara tu....dah siap dah beli FM.... Tapi persoalannya selalu ker awak makan itik kat kedai tu? Hihi....tgh kemaruk tanya soalan ni....

    ReplyDelete
  13. Tq for info..kebetulan saya skrg stay kat area bayswater ni..senang nk beli survenir..tq2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. En carlos, melampau tak sejuknya skrg ni.

      Delete
  14. Alhamdulillah dah jumpa..tq tuan blog, kebetulan akn menginap kaw situ bln dpn

    ReplyDelete
  15. Tq for info..sy tgh cri fm yg murah sbb nk bli dlm kuantiti yg byk..

    ReplyDelete
  16. saya baru balik dari London 8hb Sept 2015. mmg murah fm kat Bayswater ni. boleh pergi Malaysian Hall sbb dkt situ jgk. sdp mkn kat Malaysian Hall. Harga berpatutan.

    ReplyDelete
  17. saya baru balik dari London 8hb Sept 2015. mmg murah fm kat Bayswater ni. boleh pergi Malaysian Hall sbb dkt situ jgk. sdp mkn kat Malaysian Hall. Harga berpatutan.

    ReplyDelete
  18. Hopefully tahun 2017 pun harga kat sana masih sama. Thanks for the info!!~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails