Friday, October 10, 2014

Sangka yg baik2

Salam Jumaat mommies....

Copy and paste....

Perkongsian yang cukup indah dari seorang ustaz.....

Selepas ceramah seorang makcik jumpa saya. Dia mula ceritakan anak dia teruk, degil, tak dengar kata. Kuat merokok, sekarang memang degil dan tak boleh buat apa-apa dah..umur baru 17 tahun tapi memang tak dengar kata.

Saya dah tak nampak jalan nak buat apa, katanya. Kalau ustaz boleh bantu saya, saya amat bertuah dan beruntung..tapi saya memang rasa mustahil..

Jawab saya, anak puan begitu kerana sangkaan puan begitu. Puan tolong berhenti sangka buruk padanya dan cakap buruk padanya. Dia baik dan bakal jadi orang hebat.

Ish ustaz ni takkanlah dia degil macam tu boleh jadi orang hebat. Saya harap dia jangan buat jahat jer..

Jawab saya puan tukar sangkaan dan doa puan. InsyaAllah dia akan jadi orang hebat... Allah baik, Maha Penyayang, dia suka sangkaan yang baik....

InsyaAllah ustaz. Anak saya baik dan bakal jadi orang hebat. Macam tu yer ustaz?

Yer puan tukar sangkaan dan doa pada mereka. Saat kita bersangka baik dan cakap yang baik itulah iman. Harapan kepada hidayat dan kebaikan ialah iman. Nabi saw setiap hari berjumpa manusia yang menyusahkan dan ingin membunuhnya tapi sentiasa letakkan 100 peratus sangkaan baik bahawa sekali iman datang seseorang itu akan berubah juta kali lebih dari apa yang kita boleh bayangkan.

Dengan sangkaan dan harapan yang baik barulah kita semakin rajin menasihat dengan lembut. Bijak dan hikmah dalam membangunkan anak-anak. Tanpa sangka baik kita akan membenci. Dalam doa pun dengan marah. Dalam nasihat pun menjadi bebelan dan menyakitkan hati.

Selepas beberapa minggu dia ceritakan anaknya bertambah baik. Jawab saya Alhamdulillah. Puan tadi kata, betul ustaz, saya mengubah sangkaan, dia pun berubah...sangkaan ibubapa adalah doa paling kuat buat anak-anak. Motivasi terbesar buat anak-anak...

Saya ingat mak saya selalu cakap pada saya. Mak tak risau kalau kamu jaga agama walaupun siang malam kena hina. Mesti Allah jaga. Dunia ni Allah punya.

Jika anak MANJA jer nak dukung. Itu tandanya mereka anak yang tahu nilai bahu mak ayah mereka..

Jika anak nak ikut keluar rumah dan tak nak tinggal itu tandanya mereka bakal Daie besar..

Jika anak asyik bercakap tak berhenti itu tandanya mereka akan menjadi pendakwah yang suka berdakwah..

Jika anak selalu nak bergusti itu maknanya mereka pejuang agama. Mereka akan menegakkan kebenaran walaupun ia pahit...

Jika mereka pecahkan barang dan berebut barang kerana mereka inginkan perhatian ibubapa..

Anak kuat menangis Insya Allah esok dah besar senang mereka menjadi orang mudah menangis masa berdoa dan solat serta membuat amal baik..

Anak lambat sikit bercakap mungkin kerana mereka dahaga belaian dari ayah mereka yang sibuk.

Anak remaja dah besar macam-macam permintaannya itu tandanya mereka perlu di bawa bermujahadah di jalan Allah supaya mereka tahu erti hidup susah..

Anak remaja suka menyendiri mungkin Allah nak ingatkan keluarga itu supaya mula hidupkan sunnah dengan makan berjemaah dan berjalan bersama-sama yang mungkin sudah lama tidak dibuat..

Anak asyik buat salah mungkin kerana mereka tidak mendapat keadilan seperti adik beradik lain.

Anak berpura-pura dan banyak musihat mungkin kerana ibubapa kurang mendengar dan memahami mereka serta mungkin ibubapa selalu bergaduh depan anak-anak...

Anak gila artis dan glamour mungkin kerana ibubapa pun kaki tv dan hp dan boleh perlahan kurang-kurangkan dan beri masa baca hadis bersama anak-anak dan bawa majlis ilmu..

Anak-anak kuat melawan mungkin kerana kita di istidraj kerana tidak jaga solat berjemaah dan kurang bangun malam...

Sebagai anak pula jadilah anak yang membuat ibubapa tidak sempat nak sangka buruk dan bercakap buruk pasal kita.

Ya Allah jadikanlah anak-anak kami daieMu dan berjaya dunia dan akhirat.
Jadikan kami anak yang menyukakan kedua ibubapa kami dunia dan akhirat.
Ya Allah terimalah doa dan amalan kami semua...
Amin amin amin Ya Rabbalamin...


10 comments:

  1. Salam Nur,

    Paringatan yang bagus tu, kadang2 kita ni lupa! Posing raya yang baru lepas ke tu? Salam raya korban Nur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mak Aji...
      Itu yg tempek kat sini... Bila2 boleh tgk dan baca biar ingat sokmo...
      Ni gambar raya tahun lepas...

      Delete
  2. very very good sharing esp on Friday. terus ingatkan saya pada adik bongsu ya Allah hantu sangat masa kat kampung but my mom never give up on him, I myself memang geram sangat la kat dia dah, and after few years now... eaxctly like this Ustaz said... Allhamdulillah jadi "lanun elit" dah skang hahaha.

    ReplyDelete
  3. betul sesangat tu Nur..tenkiu for sharing

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang sangat bermanfaat..saya jadikan rujukan..

    ReplyDelete
  5. TQ sharing Nur..mmg bermanfaat..InsyaAllah akan sentiasa bersangka baik pd anak.. lg pula Doa Ibu kan mmg paling mujarab..

    ReplyDelete
  6. menariknya perkongsian ni
    terima kasih kerana saya belajar benda baru hari ni

    ReplyDelete
  7. Terima kasih berkongsi Bijen....best! ....banyak yg boleh dibuat pengajaran....Mulai saat ini okje akan bersangka baik memanjang, walaupun payah huhu...Si TLBD esok pereksa asyik duk sana sini kejap panggil kucing, kejap asah pensil pening mak tau!

    ReplyDelete
  8. Thank you for sharing this, Nur. So kalau anak saya kuat bercakap, kita bersangka baik ajelah instead of membebel kata dia tak reti berhenti potpet macam Mommynya. Insya Allah, manalah tahu anak tetiba jadi pendakwah terhandal suatu masa nanti.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails