Saturday, March 2, 2013

Laporan Mrs Kaur

Hari Rabu saya ada meeting dengan cikgu kelas Irfan, hari Jumaat pula giliran meeting dengan cikgu kelas Aisyah, Mrs Kaur.

Seperti juga laporan pada awal tahun hari tu, Aisyah masih lagi very quiet dalam kelas. Sangat susah nak dengar suara dia dalam kelas. Tapi dari segi prestasi, ada perkembangan positif.

Yang tak menariknya, Mrs Kaur ada beritahu yang Aisyah asyik menangis jer dalam kelas hari Khamis. Bila dia tak dapat buat sesuatu tugasan, dia akan menangis. Kebetulan saya pula balik dari sekolah agak lambat pada hari Khamis. Maklumlah, hari Jumaat kena mengadap kedua-dua penyelia. Sampai ke rumah, Aisyah dah tidur. Masa tu dah rasa sangat bersalah kat Aisyah, tak sempat nak dengar celoteh dia bila balik rumah.

Lepas cikgu cerita macam tu, baru la saya mula bercerita dengan cikgu yang Aisyah dah tak nak pergi sekolah pada hari Rabu.

Kata Aisyah, Adrian tak datang sekolah dari hari Isnin. Then dia selalu kena buli dengan Ahmed (yg ni tak tahu sejauh mana kebenarannya tapi lepas saya risik dengan mama kepada Ahmed, saya buat kesimpulan yang biasa la budak2 ni.... lepas main gaduh, lepas gaduh main semula). Tapi lepas proses pujuk memujuk, akhirnya Aisyah setuju juga untuk ke sekolah.

Kemudian Mrs Kaur mula bercerita tentang rakan-rakan baik Aisyah, iaitu Ahmed, Adrian dan Omid. Buat pengetahuan mommies, semua mereka adalah dari negara yang berlainan (Ahmed-Indonesia, Adrian -Poland, dan Omid-Afganistan). Mereka berempat selalu stick together masa buat aktiviti - main sama-sama dan makan sama-sama (gaduh pun sama-sama). Yang kelakarnya, Mrs Kaur kata... entah bahasa apa yang mereka guna untuk berinteraksi antara satu sama lain sbb semuanya dari negara yang berbeza. Only kids understand kids :)

Tapi diakhir perbincangan, Mrs Kaur ada memberitahu yang Ahmed telah dinaikan ke kumpulan lain sebab dia telah mencapai level yang memuaskan. Maka Mrs Kaur membuat kesimpulan yang Aisyah sekarang dalam keadaan tertekan bila dia masih lagi berada dalam kumpulan yang lama ditambah pula perasaan rindu pada kawannya, Adrian. Sebab tu dia agak sensitif lately :(

Adrian and his brother
Saya ada juga tanya Aisyah, kenapa tak kawan dengan kawan-kawan lain macam Amina, Rumasa dan saya sebut beberapa nama kawan dia yang gegirl. Jawapan Aisyah, "Mereka tak nak kawan dengan kakak." Ala, kesian pula... banyaknya cabaran yang Aisyah kena lalui belajar di negara orang. Sabar yer nak... buktikan yang Aisyah boleh! Malaysia boleh!

NuKilaN:
 

19 comments:

  1. Alahai siannya Aishah,,.... bukan aishah je macam tu ..kalau OKje harus macam tu sebab confidence level okje yg rendah ni hehe..
    Tapi bagus utk budak2 ...dia pandai bergaul dan berani... Aisyah boleh!

    ReplyDelete
  2. salam..
    nak tanya ni,
    ada berapa org murid dalam kelas aisyah n irfan

    ReplyDelete
  3. salam..
    nak tanya ni,
    ada berapa org murid dalam kelas aisyah n irfan

    ReplyDelete
  4. entry nur kali ni ade kaitan dgn kursus yang PC pergi baru ni...ade tajuk "refused to school" dalam kursus tu...macam2 reason yg kena cari bile kanak2 enggan ke sekolah, antranya ialah masalah buli di sekolah, di marahi guru, kerja sekolah tak siap dan macam2 lagi lah. Sebagai ibu bapa kita kena kenal pasti masalah tersebut dan cuba selesaikan.

    Banyak cabaran yang Aisyah lalui lebih2 lagi kat negara asing ni. She needs time to adapt with the environment. Yang pntg parents dgn teachers kena bagi support selalu. InsyaAllah Aisyah boleh!

    ReplyDelete
  5. Aisyah lak nak kwn ngan boys jer...heheh..ciannya..kena buli ngan kena pisah kelas yer...nampaknya aisyah kena belajar rajin2 uh jgk nak sama2 ngan adrian..

    ReplyDelete
  6. hihi ciannye aisyah..
    u know she try very hard to adapt all the things..
    dats y dia more snstve then b4..
    hihi akak kne byk ckp dgn dia.. as long as she know
    yg ade org take care psl dia.
    dnt wrry.. give her time..

    ReplyDelete
  7. bagi dia masa untuk untuk bertenang.mmg perit bila kawan terpisah dgn kawan karib..inshaallah everything will be ok..

    ReplyDelete
  8. kesian Aisyah..banyak juga cabaran Aisyah sekolah di negara lua

    ReplyDelete
  9. Okje: Tu la, tak sangka pula dia stress lately... kena lebih byk bagi support to her :)

    kak yana: Erm, kalau silap maximum is 25

    PC: Dari pemerhatian saya, betul juga kata cikgu tu.... dia stress dgn BFF dia yg dapat lompat kumpulan and at the same time rindu dgn another BFF yg dah lama tak ke sekolah... harapnya minggu depan lebih bersemangat :)

    ummuaidan: Dah those boys jer nak kawan dgn dia... yg gegirl tu jual mahal.... nak buat lagu mano?

    IF: Tq IF... tu la, kena selalu spend time to her :)

    ReplyDelete
  10. Zulaikha: Harapnya macam tu la... kena bagi ruang kat dia...

    MamaRey: Tu la, enam tahun pun belum.... tapi mcm2 yang dia kena belajar... kesian pun ada, tapi bila dah negara org kena la ikut dgn sistem di sini :)

    ReplyDelete
  11. Its not easy for her, Aisyah good girl, Aisyah boleh!

    ReplyDelete
  12. Kena kasi support byk2 kat aisyah kan kak.. Owhh kesian aisyah.. Mesti boleh buat..

    ReplyDelete
  13. Nastyna: Kita yang dari kecik belajar English ni pun masih terhegeh-hegeh, inikan pula Aisyah yang masih kecil... Tapi saya pasti Aisyah boleh :)

    Haza: Harapnya macam tu la... kena lebihkan tumpuan lepas ni :)

    ReplyDelete
  14. Ala siannya Aishah, tapi d kids rasanya jauh lebih kuat dari kita, Insya Allah she will get through it.

    Go Aishah go, salam dari kekawan di Malaysia.

    ReplyDelete
  15. alahai kesian aisyah...
    aisyah pasti boleh..go aisyah go

    ReplyDelete
  16. myfreeminded: Amin.. saya pun selalu doakan macam tu... sangat berharap yg kemurungan dia tu tak berpanjangan :)

    NoEn: Kesian kan? harapnya dia cepat2 dapat balik semangat baru.. amin!

    ReplyDelete
  17. ala... touching pulak auntie baca entri ni aishah... kesian aishah... sabar ye... moga Allah permudahkan Aishah untuk menuntut ilmu...

    ReplyDelete
  18. Insya Allah, amin....
    Tapi sekarang dah nampak happy bila Adrian dah kembali ke sekolah :)

    ReplyDelete
  19. kesiannya...maybe belum sampai waktunya..hihi...boys lagi senang nak bergaul kott.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails