Saturday, March 9, 2013

Si gadis bergigi perak

Entry tertangguh setelah hampir sebulan.
Tapi saya tetap nak abadikan dalam blog untuk kenangan Aisyah.

Kali pertama dalam hidupnya, Aisyah telah kehilangan gigi susu yang pertama pada 8 February 2013.
Gigi susu geraham bawah di sebelah kiri.
Alhamdulillah, Aisyah seorang yang sangat berani.
Langsung tak menangis semasa dicucuk ubat bius.
Hinggakan dentist Aisyah sangat memuji sikap beraninya.
Kata beliau, "Andaikata dia diberi pilihan utk memilih patient, Aisyah adalah patient pertama yang dia akan pilih."

Selain cabut gigi, Aisyah juga dipakaikan dengan gigi perak macam pic kat bawah...
Saya snap gambar ni selepas 2 jam gigi dicabut
Lagi gigi dari sisi berbeza
Sebelum diletakkan gigi perak tu, doktor membersihkan dulu gigi yang berlubang tu. Lepas siap bersihkan, baru dentist gamkan gigi perak tu di atas gigi yang telah dibersihkan tadi. Nanti gigi perak tu akan tertanggal bersama-sama dengan gigi susu bila tiba masanya nanti.

Ni gambar terkini yang diambil minggu lepas
Beria nganga bila saya nak ambil gambar :)
Komen Aisyah lepas tgk giginya di cermin, "Eh, gigi kakak pun sama laa dgn gigi Adrian. Adrian pun ada gigi macam ni." Tak habis-habis nak kaitkan dgn BFF dia tu. Apa-apa aje la Aisyah, asalkan kakak happy :)

NuKilaN:
 

17 comments:

  1. good for aisyah at least boleh digunakan utk mengunyah sblm gigi kekal tumbuh kan...

    ReplyDelete
  2. kalau kat sini ad tak gg perak mcm gini? 1st time jumpa ni

    ReplyDelete
  3. oowhhh sehati segigi dengan Adrian. hahaha

    ReplyDelete
  4. br tau nie..ada yer rawatan gg gtu...

    ReplyDelete
  5. Pertama kali tgk gigi Perak utk anak2

    ReplyDelete
  6. good for Aisyah...wah, dah ada bff gitu hihi

    ReplyDelete
  7. Good Girl nya Aisyah..berani dan kuat sbb tak nangis msa cabut gigi..klu budak2 lain confirm dah meraung..silap2 lari...hehe.
    1st time tgk gigi perak:)

    ReplyDelete
  8. lawanya gigi perak aisyah.. kagumla aisyah tak nangis masa kena cucuk, mmg budak yang berani lah dia...

    ReplyDelete
  9. gigi perak ni utk tutup gigi berlubang la yer nur?

    ReplyDelete
  10. ummuaidan: Yea, betul tu... takde la makan2 lepas tu terus telan :)

    NoEn: Saya pun baru tahu jugak.. mula2 nak letak tu rasa jakun jer :)

    Nastyna: Hehehe, gitu.. sehati segigi lagi :)

    Izan: sama la saya pun...

    Ummi Iman: Saya pun macam tu jugak :)

    ReplyDelete
  11. TJ: Nasib baik BFF dia tu dah kembali ke sekolah, xde sedih2 dah :)

    Atie: Nampak juga kaki dia duk tahan sakit, nasib baik kuat semangat :)

    Aisy: Hehehe, mana nak cari... macam pakai gigi palsu pun ada :)

    Anis: Yup, gigi tu dia cuci bersih 2 dulu sebelum tampal yg perak :)

    ReplyDelete
  12. Hehe...come sgt tengok pic yg kat bawah tu...nganga sambil kejam mata...hehe
    Kat Malaysia ada buat cam tu ke Bijen...selimut ngan Gigi perak? Hehe

    ReplyDelete
  13. Entah la Okje.... dari komen kawan2 kat atas, mcm takde... saya pun jakun juga tgk gigi Aisyah kena selimut mcm tu... nasib baik dia dah biasa tgk kwn2 dia pakai... kalau tak, jenuh juga nak explain :)

    ReplyDelete
  14. eh seriau pulak tgk gigi perak aisyah tu... dia tak mengadu sakit ke nur?

    ReplyDelete
  15. Setakat ni tak de lagi dia mengaju sakit... suka sgt sebb sama dgn kawan dia tu :)

    ReplyDelete
  16. tak pernah tgk lagi gg perak untuk kanak2 kat dental clinic @ msia ni...ade ke yg mcm ni...klu ade bagus jugak untuk kanak2 kan:)

    ReplyDelete
  17. mne nk cri klinik yg ade wat rawatan ni..cian tgk ank saya yg 5 thn tu, 2btg gigi geraham bwh berlubang teruk,da 3 kali tampal,pecah..time nk mkn mst sakit..gigi susu bleh cabut ke

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails