Tuesday, February 24, 2015

Oyster card

Dalam entry sebelum ni saya ada sebut pasal Oyster Card.
Pasti ada yang tertanya-tanya, apa itu Oyster Card?
Ni jawapannya....
Maklumat lanjut pasal Oyster Card ni boleh rujuk di sini.

Jadi dengan Oyster Card ni, tak perlu nak beli tiket tiap kali nak naik tube di London Underground.
Cuma kena pastikan kad di scan setiap kali masuk/keluar dari tube station.

Yang lagi menarik, kanak-kanak yang travel bersama dengan orang dewasa yang memiliki Oyster Card boleh turun/naik tube secara percuma.
Jimat banyak dah kat situ sebab kami ada tiga orang anak :)

Jadi kami buat keputusan untuk beli Oyster Card yang baru di tube station Marble Arch....
Kena charge GBP5 untuk Oyster Card Deposit.
Dapat semula deposit GBP5 ni bila kita pulangkan Oyster Card nanti.
Saya cuma letak duit dalam kad (macam prepaid) sebanyak GBP10.
Jadi total GBP15 untuk satu kad.

Bila dah selesai guna, saya teruskan pulangkan kad di stesen yang sama....
Dapat semula GBP 8.60.
Jadi kami cuma dikenakan charge GBP6.40 iaitu charge satu hari untuk Zone 1.
Dengan kata lain, boleh turun/naik tube banyak mana pun dalam Zone 1 cuma dikenakan caj GBP6.40 sahaja.
Untuk jadual tambang yang lebih detail, boleh klik di sini.

Sekian perkongsian hari ni tentang Oyster Card :)

8 comments:

  1. ohh dia Kira macam touch n go la ni..tp system parking..ada plak samakan dengan touch n go ekk.card ni boleh pulangkan.tak sama la klu camtu.hehe..

    ReplyDelete
  2. ohh dia Kira macam touch n go la ni..tp system parking..ada plak samakan dengan touch n go ekk.card ni boleh pulangkan.tak sama la klu camtu.hehe..

    ReplyDelete
  3. bagusnya oyster card ni..very customer-friendly :)

    ReplyDelete
  4. oooo...jadi bila guna oyster card ni, anak2 jadi percuma...byk jimat tu!!

    ReplyDelete
  5. ooo cam auto pass kat singapore je .. boleh guna utk semua .... parking naik train

    ReplyDelete
  6. Wahhhh baguslah kalau ada penjimatan di siitu ....boleh naik tren banyak kali

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails