Monday, March 16, 2015

Aplikasi tafsir al-Quran

Dalam entry "Sunrise" awal bulan ni, ada yg bertanya pasal aplikasi tafsir al-Quran yang saya letak dalam entry.
Saya gunakan aplikasi "Muslim Pro" dari Apple Store.
Kalau yang versi free, tak boleh download tafsir Quran.
Juga sangat limited untuk beberapa surah Quran sahaja.
Bila bayar, baru dapat aplikasi penuh - surah penuh (114) berserta dengan tafsir Quran.
Juga disertakan audio bacaan Quran.
Kita boleh pilih nak download semua surah, atau beberapa surah sahaja.

Ala, dah lupa berapa kena bayar.
Rasanya tak mahal, dalam 99pence (Kalau convert dalam RM5 kot).
Selain Quran, aplikasi ni juga membantu saya untuk menyemak waktu solat bila keluar jalan-jalan.
Dalam bahagian Qu'ran, ada empat tab berbeza - Surah, Juz, Daily dan Bookmarks.
Kalau perasan, bahagian Daily tu ada ni (2) dalam kurungan...
Maksudnya dah dua hari saya tak buka aplikasi ni utk baca Tafsir Quran.
Bagus juga aplikasi ni sebab boleh mengingatkan utk sentiasa baca Tafsir Quran.
Tak banyak, satu ayat setiap hari pun cukuplah.
Tu pun boleh juga lupa baca hingga dua hari... teruk betul!

Contoh screen ayat Qu'ran dan tafsirannya...

Tapi untuk baca Quran, saya lagi suka guna aplikasi QuraanMajeed.
Sebab menggunakan tulisan Rasm Uthmani...
Lagi satu boleh adjust screen besar atau kecil mengikut keperluan...
Yang ni saya belum beli yang versi berbayar.
Masih lagi guna yang versi percuma.
Jadi belum ada bahagian tafsir Quran.

7 comments:

  1. tak ada alasan kan tak membaca quran.. kat phone pun boleh..:)

    ReplyDelete
  2. zmn dah canggih..sumernya xmustahil lg..

    ReplyDelete
  3. semuanya dihujung jari skarang nie...
    tak de alasan dah kan...
    bagus lah apps tu ...
    tapi betul bila berbayor dapat apps yg lagi puas hati kan...

    ReplyDelete
  4. zaman dunia dihujung jari. Al-quran pun dihujung jari!

    ReplyDelete
  5. mudah dan senang dah sekarang ni, tkde alasan apa2 lagi kan..

    ReplyDelete
  6. Okje bab bab upload download ni memang serah kat cik abe Bijen....malas nak godek godek bagai hahah.... nampaklah patut pun tak dapat belajar overseakan....hihi...
    Tak pun suruh anak, mereka memang terer bab bab gini

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails