Tuesday, November 12, 2013

Insya Allah atau In Shaa ALLAH?

Lagi perkongsian dari facebook.
Masih ada yang share gambar ni kat dinding mukabuka....

Tak nak cerita panjang, tapi apa saya sgt setuju dgn apa yang UAI jelaskan dalam video ni...

Masa mula2 orang sebarkan gambar ni pun saya macam kurang setuju, walaupun ia kata-kata seorang ulama tersohor. Kenapa? Sebab dia eja berdasarkan bahasa Inggeris. Bahasa melayu dan bahasa Inggeris mempunyai sebutan yang berbeza. Kenapa kita nak ikut sebutan dalam bahasa Inggeris apabila kita menggunakan bahasa melayu dalam penulisan? Jadi maafkan saya jika masih lagi menggunakan Insya Allah. Yang penting, bila baca "Insya Allah", kita sebut dengan cara yang betul.

Macam sebutan Aisyah. Masa mula-mula dulu cikgu kat sini kata "Aisyah" tak boleh pronounce Aisyah. That is wrong. Amboi, suka hati jer nak kata kita salah eja nama anak sendiri. Saya pun balas, "Saya eja nama anak saya mengikut ejaan melayu, bukannya ejaan English." Lepas tu baru la cikgu eja nama Aisyah dengan betul. Nasib baik nama Irfan dan Danish tak lari jauh dengan sebutan English. Kalau tak, saya yang pening nak explain kat cikgu2.... huhuhu

Entah la, kenapa masih ramai yang suka share gambar/info tanpa soal selidik. Tak buka facebook, tak tahu perkembangan keluarga di M'sia. Bila buka facebook, banyak pula maklumat yang tak betul. Terbaru ada yg share gambar sabun sebamed ni...
Tapi pihak sebamed dah keluarkan penafian yang ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab. Mungkin ini yang dimaksudkan dengan fitnah akhir zaman.

NuKilaN:
 

16 comments:

  1. Hmmmm honestly bila I nampak benda2 macam ni orang share, I myself feel like... "aduhhh semua tak kena". U know what I mean ;) Of course la we are striving for the best kan, tapi kadang2 tu macam too much la. Benda mudah tapi dipayahkan.

    Macam nama pun kan, at least kat sini dorang selalu tanya how to pronounce "J" Jelita, sebab kat sini kan "J" tu dibaca "Y".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? tak faham dgn sesetengah pihak yg isukan hal2 mcm tu…
      Pandai tak cikgu2 kat sana sebut jelita? mesti comel jer bunyinya bila lidah jerman sebut jelita…

      Delete
  2. Bagusla UAI jelaskan dengan panjang lebar tentang isu ni.. orang kita ni suka sangat percaya tanpa selidik, saya pun sama.. ingatkan kena eja jarak..haii dah faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la… tak semua boleh terima zaman sekarang ni… kena bijak memilih :)

      Delete
  3. Kak Nur,

    FB Dr Zakir pun dah deny kan dia yang suruh tulis jarak. So benda ni disebarkan oleh orang yang nak mengelirukan kita sahaja. Kawan2 saya pun kalau chatting suka tulis jarak as if nak membetulkan apa yang saya tulis (insyaallah). tapi saya buat bodo je.

    ReplyDelete
  4. kalau tak silap sy zakir naik lebih walaupun ulama tersohor namun dia bukanlah pakar dalam bahasa arab ataupun mendpt kelulusan syariah yg tinggi..dia mmg byk buat kajian dan pembacaan..
    namun telah berpuluh tahun kita dok menggunakan insya Allah kenapa baru kebelakangan nie nak jadi issue..sedang ulama pun tak kata apa2 before this..kalau betul salah dr awal lagi patut larang guna..
    sesetengah pihak mmg suka forward2 /tanpa usul periksa kesahihah..kang dlm islam suruh kta siasat dl kebenaran sst issue,.

    ReplyDelete
  5. skrg ni macam2 la keluar kenyataan...kadang2 tu kita jdi was2...sabun sebamed tu akak pun pernah guna...utk kulit alahan...tak tau pula ada org buat propa plak..

    ReplyDelete
  6. Islam itu mudah... saya pegang tu jer...

    ReplyDelete
  7. Apa2 pun saya tetap guna Insya Allah ^^

    ReplyDelete
  8. Saya pun pernah baca ttg ni. klu tak silap sy Nur, Dr Zakir Naik sendiri tak pernah keluarkn kenyataan ttg penggunaan kata In Shaa Allah ni... erm!..pasal share2 ni sy mmg tak suka share klu benda tu tak pasti....
    Sebamed?? pa'e guna sabun ni masa kecil....

    ReplyDelete
  9. Thanks Nur for the info. Saya biasa menggunakan Insya Allah dan walaupun menulis sahaja tetapi akan terbayang di fikiran bagaimana mahu menyebutnya. Ramai juga yang menulis Inshaa Allah tapi kalau bukan mulut Melayu biasanya bunyi sebutan tu seperti 'Inshal lah' kan...

    ReplyDelete
  10. betul nur...tanda2 akhir zaman bila fitnah berleluasa

    ReplyDelete
  11. So tak salahlah yeh kalau tulis dua dua pun.. janji maksud kita 'dengan izin Allah'.....kadang tu confuse ....lupa word mana yg betul...

    ReplyDelete
  12. ulama ni pun kdg2 berbeza pendapat...risau dibuatnya..mcmana ye jenerasi kita dimasa akan dtg..tentu keliru...

    ReplyDelete
  13. tak kisah nak tulis in sha Allah atau insyaAllah atau insya Allah... semuanya tak merubah makna "dengan izin Allah"

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails