Saturday, November 9, 2013

SPPBS belum sesuai dilaksanakan di M'sia?

Saya tertarik untuk berkongsi hasil tulisan Prof Agus berkaitan dgn SPPBS. Masa mula-mula pelaksanaan SPPBS memang saya tanya soalan yang sama. Akhir2 ni, banyak pula kawan-kawan cikgu yang memperkatakan tentang SPPBS ni.

Jom baca apa kata pandapat Prof Agus yang pada saya satu pendapat yang cukup rasional....

Dua minggu lagi cuti sekolah bermula. Biasanya guru-guru cukup gembira dengan percutian ini kerana mereka mempunyai masa untuk berehat dan bercuti bersama keluarga. Tapi kali ini kegembiraan tersebut suram kerana ramai dari mereka tertekan dengan sistem baru yang digunakan oleh Kementerian, iaitu Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Betul sistem ini diperkenalkan oleh Kementerian setelah beberapa kali mesyuarat diadakan. Betul sistem ini diperkenalkan kerajaan setelah mengambil kira kebaikannya untuk guru, murid-murid dan sistem pendidikan negara. Betul tujuan sistem ini baik untuk transformasi sistem pendidikan negara, iaitu “untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.”

Tetapi apakah sistem ini betul-betul baik untuk meningkatkan mutu pendidikan negara? Apakah sistem ini betul-betul boleh diterima oleh para guru? Pertanyaan ini perlu diteliti sebelum mendapat jawapannya.

Saya sudah mendengar lama rungutan para guru tentang hal in sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 2011 di peringkat sekolah rendah dan pada tahun lepas bagi peringkat sekolah menengah. Ada yang menulis secara peribadi meminta saya membangkitkan hal ini. Tetapi saya diam sehinggalah saya dapati kelemahan pelaksanaan sistem ini semakin ketara.

Apa yang lemahnya dengan sistem ini? Lemahnya bukanlah pada tujuannya yang baik: (i) untuk menilai potensi murid, (ii) memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi murid; dan (iii) membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu. Tetapi lemahnya sistem ini adalah pada penggunaan sistem memasukkan datanya yang tidak boleh ‘comply’ dengan beban data semasa.

Sistem Pangkalan Data PBS Lemah

Justeru lemahnya sistem data PBS ini, maka guru perlu memasukkan data pada waktu lewat malam. Akibatnya, pada waktu pagi guru mengantuk menyebabkan mutu mengajar menjadi lemah, sekali gus menjejas mutu pengajaran dan pembelajaran. Akibatnya, murid tidak mendapat pembelajaran yang sempurna kerana waktu guru dihabiskan pada tugas perkeranian, bukan pada tugas hakikinya. Ini kerana selain sibuk memasukkan data, guru juga sibuk mengemaskan rekod. Aduh!!!

Apa lagi? Guru juga terpaksa menyiapkan kerja-kerja PBS sendiri seperti membina instrumen soalan, menanda dan menyemak kertas soalan. Selepas itu, guru perlu mengadakan aktiviti bilik darjah untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan kemahiran insaniah yang lain. Guru kadang-kadang terpaksa lepaskan murid ke aras band yang lebih tinggi biarpun arasnya belum dicapai.

Selain itu, guru perlu mengurus fail pelajar yang mungkin mencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan serta memasukkan ratusan band pelajar ke dalam sistem. Bayangkan bagaimana susah dan tertekannya guru jika internet hang? Bayangkan bagaimana lelahnya guru setelah disemak semula dalam sistem, data yang dimasukkan sebelum ini tidak ada dalam pangkalan?

Maka dari sinilah, guru selalu bertanya? Siapakah yang membangunkan sistem ini? Mengapa diberi kepada pembekal yang tidak berkelayakan untuk menyediakan sistem ini kepada sekolah dan guru? Mengapa kerajaan boleh melaksanakan sistem ini dikala sistem ini masih belum mesra pengguna? Bilakah mutu sistem ini akan dipertingkatkan? Dan bermacam persoalan lagi.

Saya pernah menceritakan kelemahan sistem ini kepada kawan saya, seorang pegawai di PPD. Beliau kata kepada saya guru yang merungut dengan sistem PBS ini adalah guru yang malas dan tidak ada semangat untuk berjaya dalam bidang keguruan. Maka beliau pun mulalah bercerita kepada saya tentang kejayaan sistem ini di negara-negara lain.

Saya tidak nafikan kejayaan sistem ini di negara lain, tetapi saya katakan sistem di sini tidak mesra guru kerana sistemnya selalu 'hanged' sehingga menyebabkan guru tertekan. Ada guru yang terpaksa bangun pada jam 3 pagi semata-mata untuk memasukkan data. Jadi kata saya, sistem PBS ini mungkin sesuai di negara lain, tapi belum tentu sesuai di negara kita. Anggur yang sesuai ditanam di Perancis belum tentu sesuai ditanam di Cameron Highlands.

Akhirnya, setelah mendengar keluhan para guru sejak sistem ini diperkenalkan, saya cuma ingin katakan guru yang mengeluh bukan kerana mereka tidak ‘love teaching.’ Tapi mereka mengeluh kerana sistem PBS ini membebankan dan tidak mesra pengguna. Oleh itu, jika kerajaan mahu juga meneruskan penggunaan sistem ini, teruskanlah dengan membaiki dan meningkatkan sistemnya supaya para guru tidak lagi tertekan dengan sistem yang tidak mesra pengguna.

Tugas mengajar ini seronok dan mulia. Maka, jangan bebankan para guru dengan perkara yang tidak sepatutnya.


Prof Mohammad Agus Yusoff,
3 November 2013

Saya sangat setuju dengan ayat ni, "Anggur yang sesuai ditanam di Perancis belum tentu sesuai ditanam di Cameron Highlands". Bukan sahaja faktor suhu yang mempengaruhi keberjayaan penanaman anggur, tapi banyak lagi faktor lain yang perlu diambilkira.

Tapi teringin nak tahu pengalaman rakan cikgu yang lain. Apa baiknya dan buruknya PBS ni dari pengalaman kalian?

NuKilaN:
 

13 comments:

  1. Me too.. setuju sangat dgn pendapat Prof ni.. mmg tak leh nak cakapla beban kerja n stressnya.. tak duduk diam pun seminggu dua ni.. kalau di rumah ada pembantu yg tolong kemas tu ok lagi, tapi kebanyakan guru balik rumah kena uruskan famili lagi.. mmg tak terurus rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kesian dengar keluhan kawan-kawan cikgu ni… tidur pun tak lena penangan PBS… ada seorang kawan tu, nyaris2 eksiden sbb terlalu penat dan stress dgn PBS… bawa kereta pun tak boleh beri tumpuan…. dalam diam seolah-olah PBS ni meracuni emosi para guru….

      Delete
  2. Ya ALLAH!!!!!!mmg kesian dgn kawan2 cikgu @Msia skrg ni. ramai yg rasa tertekan & penat sgt. Mmg betul sgt apa yg prof ckp tu tapi adakah pihak kerajaan ambil perhatian ttg masalah ni? rasanya so far blm ada apa2 penambahbaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tumpang geram bila pihak PPD salahkan cikgu dengan melabel mereka malas dan tiada semangat… Tak patut guru yang berhempas pulas menangani masalah PBS hingga sanggup berjaga hingga lewat malam untuk key in data dilabelkan sedemikian… macam mana la nak selesai masalah andai pihak atasan tidak berpijak di bumi nyata.. mmg negara lain boleh berjaya tanpa peperiksaan, tapi cuba tgk prasarana negara lain yg serba mencukupi… bilangan pelajar dalam kelas juga sgt sikit…. dari segi teknologi pun, mmg sgt jauh kehadapan….

      Delete
  3. saya pun setuju. secara peribadi sebagai seorang guru, sistem ini ada ada lebih dan kurangnya...dari segi pelaksanaan sepatutnya boleh diperbaiki. Guru yang ada sampai 45 orang pelajar satu kelas, bayangkanlah masalahnya. saya sendiri 36 dan 37 pelajar sekelas... orang hanya boleh cakap macam2...yang merasa cikgu2 ni lah... -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, setuju 100%… susah juga nak access ability setiap pelajar dalam kelas yang ramai… kalau kat UK ni, paling ramai pun 25 org dalam satu kelas… sempat la cikgu tilik pelajar satu satu :)

      Delete
  4. Salam nur

    sypun ada baca atikel di atas dn ada bbrp rkn blogger lain yg turut memperkatakan hal ini. . dari komen2 yg sy bc,tiada satupun yg bersetuju dgn sistem ini termasuklah kalangan guru itu sendiri

    ReplyDelete
  5. Hmm.kurang arif sikit psl sppbs nie maklumlah tk berada kat negara & mendengar the real story btul2 kan..anyway drp yg diceritakan diatas..mmg bebanan pd guru2 kalau kena key in data bagai..betul kata prof tuh..tak semestinya program tuh baik dinegara lain, kita pun blh berjaya jugak..mungkin belum ms atau persekitaran yg tak sesuai ..

    ReplyDelete
  6. Salam Nur..sllu jg dengar kwn2 mengeluh ttg sistem ni..mmg membebankan kata mrk..sslu nya sistem ni yg bermasalah. .kekadang dah key in pastu tak boleh save lah..dah key in, check2 takde plak..sy rasa klu pun nk laksanakan buat lah penambah baikan pd sistem itu sndiri..

    ReplyDelete
  7. Kwn sy rmi.cikgu..memg kesian sgt..mengeluh sbb mse ngan fmly terhad

    ReplyDelete
  8. Walau saya tak tahu menahu tentang sistem ini, tapi gigh saya baca untuk cuba faham, indeed... mana boleh nak bandingkan orange to apple bak kata omputih, kerajaan Malaysia ni suka buat kerja tangkap muat tau. Pastu apa2 hal salahkan yang bawahan. Dah masak sangat sistem kerajaan kita ni.

    ReplyDelete
  9. Saya bukan guru cuma salah seorang ibu kepada pelajar. Ada terdengar juga tentang sistem ni selalu hang dan guru terpaksa berhempas pulas memasukkan data lewat malam. Kalau semua guru berebut2 nak masukkan data lewat malam, tentulah lagi hang kot... Sebagai ibu, saya pernah bertanya pada guru kelas anak saya dan beliau sendiri sukar nak menjelaskan perkara ini kepada saya dan kesimpulannya, beliau lakukan kerana itu yang dikehendaki oleh pihak kementerian. Apa-apapun kita mestilah give and take, right? Tugas mengajar anak bukan terletak di bahu guru sekolah sahaja. Kesian juga pada mereka ni.

    ReplyDelete
  10. Emak bapak pun pening....nak tanya lebih kat cikgu pun tak sampai hati...hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails