Friday, January 25, 2013

Jumpa dentist lagi

Perjumpaan dengan dentist pada minggu lepas hanya sekadar untuk berbincang tentang masalah gigi yang Aisyah alami. Aisyah tidak pernah mengadu yang dia sakit gigi pun sebelum ni. Tapi hasil pemeriksaan gigi di sekolah, ada empat gigi Aisyah telah rosak. Dua gigi mengalami kerosakan agak teruk dan lagi dua tu macam nak berlubang.

Maka hari ni adalah lawatan kali kedua Aisyah ke klinik gigi. Saya dimaklumkan yang kali ini akan jumpa dengan therapist untuk ambil gambar gigi Aisyah dan dianggarkan perjumpaan tu selama 30 minit.

Therapist yang kami jumpa kali ni lebih friendly dan banyak cakap. Banyak betul dia sembang dengan Aisyah walaupun Aisyah cuma mengangguk atau menggeleng sahaja. Mula mula therapist dedahkan alat-alat yang akan digunakan semasa proses tampalan gigi. Semua dia ceritakan dan tunjukkan pada Aisyah satu persatu. Dia beri peluang Aisyah rasa dengan tangan sebelum buat demo di dalam mulut. Tujuan therapist bercerita dengan terperinci adalah untuk mengurangkan rasa takut Aisyah dan memastikan Aisyah dapat memberi kerjasama yang baik semasa proses tampalan pada temujanji akan datang.

Lepas demo proses tampalan, tiba giliran untuk ambil gambar gigi Aisyah pula. "Ambil gambar" tu rupanya therapist akan membuat x-ray di gigi Aisyah bagi mengetahui sejauh mana kerosakan gigi yang Aisyah alami. Hasil x-ray nanti therapist dan doktor akan menyediakan treatment plan utk Aisyah. Harapnya gigi-gigi Aisyah boleh ditampal tanpa di cabut, kata therapist.

Lepas semuanya selesai, saya dan Aisyah diberi tugasan lagi. Aisyah diberi sekeping kertas untuk dia rekodkan setiap kali lepas gosok gigi. Saya pula diberi sekeping kertas untuk merekodkan apa yang Aisyah makan selama empat hari. Dari situ kami akan berbincang tentang diet yang sepatutnya Aisyah perlu ambil dalam sehari bagi memastikan gigi Aisyah yang lain tidak rosak. Prevention is better than cure, right?

Temujanji seterusnya pada hari Khamis depan. Nasib baik klinik ke rumah tak jauh, dalam 15 minit jalan kaki :)

Minggu depan datang sini lagi :)

NuKilaN:
 

13 comments:

  1. Sangat detail nyer dorang buat. Doctor JJ kat sini pun sama, selalu borak and cerita in details apa yg nak buat and so on, tanya perkembangan one by one. Selalu kan dulu kat Malaysia, jumpa doctor, pang pang cucuk, done, mahal pulak tu.

    ReplyDelete
  2. Bagus prosedurnya tu...legalah macam tu..

    ReplyDelete
  3. Nastyna: Tu la, pelik juga sbb dia kata minggu lepas nak ambil gambar jer... tup tup tgk masa yg diperuntukkan 30 minit... segala mak nenek doktor cerita kat Aisyah... yg penting FOC, ekekkee!

    Aisy: Ok la, sbb semua doktor explain.. siap minta pendapat kita nak buat mcm mana... hehehe

    Kuazue: Insya Allah, saya terjah :)

    ReplyDelete
  4. nur..gigi aisyah tu gigi kekal tuh gigi susu lagi..? kalau gigi kekal kesian jgk kan sbb lama lagi nak pakai tuh...heheh..bagusnyakan cara diorang buat treatment utk gigi tuh..

    ReplyDelete
  5. As salam..
    akak mmg bagus prosedur sana ya. teliti je. ikhwan pun baru 5 tahun tapi dh berlubang ggi nya 2 batang, sllu je nangis.tp bru2 ni pihak pergigian ada datang di seklah Pasti nya utk pmeriksaan.. nk di bawanya keklinik,mak ai berteriak si ikhwan tu.hehe

    ReplyDelete
  6. berkunjung balas..
    best therapist tu..cara yang bagus untuk tak bagi anak2 takut jumpa dentis..

    ReplyDelete
  7. Ummuaidan: Tu gigi susu la ummi... masa Irfan dulu, doktor tak bagi tampal gigi susu, sekali kat sini boleh pulak.... mereka bukan setakat bagi rawatan, tapi ilmu cara nak jada gigi :)

    Saly: Aisyah pun baru lima tahun, tak sangka pula mereka sebaya :)

    Mama Rey: Tq sudi singgah sini... bukan sekadar tak takut, hari-hari duk countdown bila lagi nak jumpa dentist, jadi syok pulak

    ReplyDelete
  8. FOC and servis tip top. Best kan Europe hihihi. Tapi betul kat Malaysia dulu punya ngeri kalau jumpa dentist, my fren siap bleeding sepanjang malam, bangun pagi ingat dia gigit orang satu tilam berdarah, muka habis penuh darah hahaha.

    ReplyDelete
  9. rapi dan teliti dentist tu ye..
    siap ade rekod lagi. rasenye kalau kat malaysia ni, pepandailah sendiri nak menjaganya..

    ReplyDelete
  10. emmm, kat tmpt kita ni rasanya tak de lah prosedur2 camni. semuanya kira nak cepat aje.

    ReplyDelete
  11. Betullah Bijen.... kalau kat sini mesti tak de explain2 cam tu kot...main tampal aje ha..ha..

    ReplyDelete
  12. bagusnya aisyah tak takut jumpa dentist... saya sampai sekarang takut jumpa dentist... huhu

    ReplyDelete
  13. Mama JJ: Uish, sampai macam tu sekali... nasib baik belum pernah ada pengalaman macam tu :)

    NoEn: patut la nampak gigi orang kat sini cantik2 :)

    Nisah: sangat teliti... macam saya, bila dah besar baru pandai nak uruskan gigi dgn baik... nasib baik belum terlambat :(

    myfreeminded: sekali jumpa dentist dah settle semua sekali kan? eekkeke, jimat masa :)

    Okje: tu kadang2 silap tampal... yg sakit kat lain, pi tampal tempat lain, hehhehe

    NK: Dia kata nak jadi berani macam abangnya... I'm proud of her :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails