Jejantas yang disambung dari cruise terus ke terminal untuk pejalan kaki
Dalam pada tu, ralit juga memerhatikan kereta keluar dari dalam perut kapal
Danish yg sgt teruja tgk kereta keluar berduyun duyun
Lepas turun dari kapal dan menuju ke terminal, kami kena beratur untuk cop passport di kaunter imigresen. Barisan boleh tahan juga panjangnya. Ingatkan kami antara yang terawal, tapi dah ramai yang beratur lebih awal dari kami. Nasib baik anak-anak memberikan kerjasama dengan baik sekali.
Kaunter imigresen...
Apabila selesai urusan di kaunter, cepat-cepat kami keluar sebab nak ambil gambar dengan cruise. Kebanyakan peserta mengambil peluang untuk merakamkan gambar cruise di waktu siang. Cuaca masa tu sangat sejuk dengan angin yang bertiup kencang. Tengok la muka Irfan yang sedang menahan kesejukan apabila disuruh posing dgn cruise....
Irfan posing depat port P&O Ferries, Rotterdam
Lepas sesi bergambar, kami cepat-cepat menuju ke bas yang sedang menanti. Ada sedikit peristiwa kelakar nak cerita. Semasa kami menghampiri bas, sangat terperanjat bila hampir kesemua pintu dah "tutup". Rupa-rupanya bas kat Europe ada pintu sebelah kanan untuk penumpang. Pemandu bas pula berada sebelah kiri. Sebab tu semua pintu sebelah kiri tutup :)
Bas yang kami naik, "Malaysian Group"
Adik dan kakak duduk seat paling depan
Dah ready dengan pakai seat belt
Semasa bas mula meninggalkan port, sempat snap gambar cruise yang kami naik. Dalam hati baru perasan, besarnya cruise ni. Masa naik sebelah malam tadi tak jelas sangat. Perjalanan dari Rotterdam ke Amsterdam mengambil masa satu jam tiga puluh minit. Sempat juga terlelap seketika sebelum sampai ke Amsterdam.
Lagi cerita bila sampai di Amsterdam, bandar yang penuh dengan basikal!
nice. i dulu excited tengok basikal punya la banyak sana, terpegun tengok anjing pun dorang bawak naik beskal hihi.
ReplyDeletekan? penuh dgn basikal yg sgt laju... ai pulak terpegun dgn makcik2 yg kayuh basikal dgn sgt laju, hihihihi
ReplyDeleteSeronok mengikuti pengembaraan 5 beranak diEurope nie...hehe..nanti akan naik kapal yg sama lagi yer utk next destination..cruise tu mmg kelihatan besar dan mewah kan..dpt bygkan betapa sejuknya cuaca waktu tu yer..
ReplyDeleteseronok nya.. lucu plak masa nak naik bas tu..hehehe..
ReplyDeleteBesar juga Cruise tu.. bila ntah nak ada peluang naik kapal laut.. dok naik terbang je..hehe:)
seronoknya anak2 tu dapat berjalan
ReplyDeleteummuaidan: masa balik tu, kami naik kapal yang sama juga... barang tak angkut turun sbb nanti nak bermalam kat atas kapal tu jugak
ReplyDeleteAtie: Insya Allah, mana tahu tetiba ada rezeki naik kapal laut pula... amin!
Kak tini: Alhamdulillah, seronok bila tgk anak2 happy :)