Thursday, January 24, 2013

Autumn vs Winter

Bila autumn, saya ralit memerhati daun yang pelbagai warna
Bukan setakat pelbagai warna, malah daun yang pelbagai bentuk

Kemudian musim bertukar dari autumn ke winter
Suasana suram tanpa daun pokok 
Pokok kelihatan sangat togel
Namun kembali ceria setelah diselaputi salji
Indahnya alam ciptaan Allah
Terima kasih Allah atas pengalaman yang indah ini

Sambil taip entry ni, teringat dengan lagu "AdaMu", Najwa Latiff

Merenung ke luar jendela,
Melihat kebesaran Nya,
Mensyukuri segala nikmat,
Yang dikurniakan di dunia...

Kau berikan ku kekuatan,
Tuk berpegang pada jalan,
Walau penuh dgn cabaran,
Ku tahu ku adaMu Tuhan.

Untuk lagu penuh, layan video ni...


Salam Maulidur Rasul buat semua.
Marilah kita banyakkan selawat ke atas kekasih Allah, junjungan mulia Rasulullah s.a.w.

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).
[HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

NuKilaN:
 

13 comments:

  1. Salam maulidurrasul nur..
    itulah kebesaran Allah yg diciptakannya bukan sia2..dan beruntunglah orng2 yg bertafakur akan ciptaannya...

    ReplyDelete
  2. tahun lepas anis pi uk waktu tu baru nak masuk autumn.....pokok2 belum nak togel cam dalam gambar ni hehe...tahun ni kalau ada rezki nak pi time spring plak...pastu singgah bradfort pi makan2 umah nur hehehe...boleh?

    ReplyDelete
  3. ummuaidan: Alhamdulillah, tak terhitung nikmat dari Nya... semoga kita sentiasa berada dalam kalangan hamba Nya yang sentiasa bersyukur :)

    Kak tini dan Natsyna: :D

    Anis: Nak datang spring ni? boleh, boleh... duduk la lama sikit kat Bradford, takkan makan2 jer... bermalam rumah kami pun boleh :D

    ReplyDelete
  4. seronok dpt pengalaman yang pelbagai di tempat orang....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, rezeki dari Nya :)

    ReplyDelete
  6. Beruntungnya awk bijen dapat menikmati kebesaran Allah yg maha hebat tu....
    Okje pun dpt jugak menikmati kebahagiaan duk kat Malaysia ni...he..he...

    ReplyDelete
  7. betul tu, kat mana-mana pun tak pe asalkan hati bahagia :)

    ReplyDelete
  8. memang indah ciptanNYA..

    seronok dapat menikmati suasana disana..:)

    ReplyDelete
  9. Tu la, hati tak putus memujinya... Alhamdulilah diberi kesempatan oleh Nya :)

    ReplyDelete
  10. selalu juga nisah dengar lagu ni..
    best.
    rase besarnya kuasa Allah..
    betapa berharganya saat yang Dia berikan pada kita (^_~)

    ReplyDelete
  11. NoEn: cantik, kan?

    Nisah: Alhamdulillah, mmg tak terhitung nikmat yang Dia kurniakan :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails