Tuesday, January 22, 2013

Snowman

Bila dah salji menebal, aktiviti wajib bagi Irfan buat snowman. 
Ni yang Irfan buat semalam...

Mula-mula dia buat daddy snowman
Lepas tu buat baby snowman pula
Irfan posing dgn snowman-snowmannya

Masa nak buat hidung, saya sengaja menguji Irfan dengan pertanyaan macam berikut:

Ummi: Eh, cantik la orang tu buat snowman. Dia letak carrot buat hidung.
Irfan: Kita guna ranting aje la buat hidung.
Ummi: Kita pun ada carrot. Nanti ummi ambilkan dalam fridge.
Irfan: Kan ummi kata tak baik buat main makanan. Guna ranting pun dah cantik.

Alhamdulillah, Irfan mudah ingat apa yang saya pesan. Selalu saya ingatkan, makanan mana boleh dijadikan mainan. Berdosa buat membazir makanan. Harapnya dia selalu ingat pesanan saya ni sampai bila-bila :)

NuKilaN:
 

20 comments:

  1. Semangat irfan bat snowman yer...alhamdulillah mudah ingat pesanan..

    ReplyDelete
  2. wah pandai irfan buat snowman...besar betul si daddy snowman tu ya....irfan tahan sejuk ni ....

    ReplyDelete
  3. cantik nya Irfan buat tu..kreatif juga kan dia.. pandai Irfan, dah boleh ingat apa yg Nur ajar/pesan.. harap2 Pa'e nti menginganti apa yg sy sllu pesan kt dia:)

    ReplyDelete
  4. Cantik sgt snowman tu, ada bakat ni:)

    ReplyDelete
  5. alahaiii untungnyeee anak2 kak nur..cerdas2 sumenye..seni yg sgt cantik kat snowmen tuh..kelebihan ilmu yg Allah bagi buat kak nur sekeluarge..Allah memuliakan malah beri pula tempiasnye pade anak2..rezeki untuk insan pilihan! ;)

    ReplyDelete
  6. dah boleh buat snowman ni maknanya mmg dah tebal betul la snownya yea...anak2 akak dulu masa first years winter aje semangat nak buat snowman, skrg dah tak rajin hehee..

    ReplyDelete
  7. anak yg bijak! bijak macam mama n daddy dia la tu hehe....hurmm nak buat snowman jugakkk huhuhu....nur nak tanya ni, tapi jgn gelak tau,bradfort tu kat mana ek u.k ker? huhu

    ReplyDelete
  8. bestnye.. teringin nak main snow..

    salam ziarah dan follow:
    http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. wah snowman besarrrrrr punyer, mesti lebat sangat salji nyer. betul tu sis, I pun selalu cakap kat JJ food is not for playing, gotta respect. harap2 dia paham. hehehe.

    ReplyDelete
  10. Aduss Irfan, bukan anak2 auntie je jelous, auntie pun jelaous gak tau... :) Dunia anak2 penuh imaginasi dan kadang kala rasa mereka ini sangat hebat..

    ReplyDelete
  11. Comel snow yang irfan buat..
    Hihi dady snow lg bsr dr irfan..
    Haha..irfan da smkin pndailah..
    Bgus anak2 akak..untongnya.
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah... semoga dia ingat sampai bila2 ye Nur...

    ReplyDelete
  13. ummuaidan: Alhamdulillah, harapnya dia selalu mendengar kata, amin!

    Dini: Org teganu kata dia "ne'lang" sikit... kadang2 glove pun tak nak pakai

    WWK: :D

    Atie: Amin, harapnya Pa'e pun mudah mendengar kata :)

    FA: Cikgu dia pun kata Irfan ni benda seni")

    ReplyDelete
  14. UM: Anak ummi pun akan membesar dengan cergas dan cerdas, Insya Allah... semoga kita tergolong dalam insan terpilih itu :)

    LL: memang sgt tebal kak, budak2 ni mmg tunggu snow sbb nak buat snowman... kat sana dah snow memanjang dah tak heran sgn snowman.... ekekkeke

    Anis: datang sini bulan tiga, kan? doakan masa tu snow turun... mcm tahun lepas, ada juga snow masa bulan march.. Bradford kat utara UK :)

    Maria: Tq singgah sini :)

    ReplyDelete
  15. Natsyna: anak-anak kita kena selalu ulang.. Insya Allah, mesti mereka akan ingat :)

    myfreminded: betul tu, their imagination beyond our expectation... let them enjoy their world :)

    IF: Tu la, harapnya anak-anak sentiasa ingat pesan kita :)

    Kak yati: Itu la harapan saya :)

    NoEn: Ada jiran panggil dia tokey snowman.. tak semua orang pandai buat snowman... saya nak buat snowball pun dah failed!

    ReplyDelete
  16. sejuk perut ummi diakan.....
    berapa lama lagi bijen duk kat sana?

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, itu la harapan semua ibu... Insya Allah, lagi dua tahun merantau di sini :)

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah.. sejuk dengar Irfan ckp mcm tu.. maknanya, pesanan akak tak pernah dia lupakan.. :)

    ReplyDelete
  19. mcm tu la budak2, kena selalu ulang.... Insya Allah, mereka akan ingat :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails