Monday, January 14, 2013

Hop On Hop Off Bus

Lagi sambungan kisah di Amsterdam....

Sebenarnya ada dua pilihan untuk ronda sekitar Amsterdam. Pertama, naik cruise canal (iaitu menyusuri tali air menaiki bot). Bayaran bergantung kepada masa. Euro 11 untuk sejam, dan Euro 13 untuk sejam setengah.

Cruise Canal
Pilihan kedua menaiki hop on-hop off bus. Dalam masa 24 jam, boleh turun naik bas sekitar bandar Amsterdam dengan bayaran Euro 16 untuk dewasa dan Euro 13 untuk kanak-kanak.

Disebabkan masa yang ada sangat singkat, kami mengambil keputusan untuk naik bas hop-on hop-off bus. Kesian juga dekat anak-anak kalau nak menapak jer sekitar amsterdam. Dalam kepala saya masa tu, nak pergi satu tempat jer tanda dah sampai ke Amsterdam, iaitu tempat ni...

Saya pun tak tahu nama tempat ni, cuma ikut orang jer. Saya akui, tak sempat buat research pun sebelum pergi ke Amsterdam. Nasib baik ada kawan yang siap print map dari google dan dapat juga jejak kaki ke sana. Ada tak mommies yang tahu nama tempat kat atas ni?

Ok, berbalik pada bas hop on-hop off. Lepas beli tiket, kami terus ke tempat yang dimaksudkan oleh si penjual tiket. Katanya kena baik bas dua tingkat berwarna merah di simpang lampu isyarat. Terus nampak bas tidak jauh dari kaunter kami beli tiket. Cepat-cepat jalan ke bas tersebut. Malangnya itu bukan bas utk syarikat yang kami beli. Bas tu kena tunggu tempat lain. Maka kami pun terus gerak ke kawasan yang dimaksudkan.

Sedang kami menapak ke tempat yg dimaksudkan, dah nampak bas tu baru nak beredar. Kena tunggu lagi 20 minit untuk bas seterusnya. Kami mengisi masa menunggu dengan membeli cenderamata dari kedai-kedai berhampiran. Murah juga fridge magnet kat sini.

Irfan juga posing dgn kasut gergasi
Lepas beli fridge magnet, terus ke tempat menunggu bas. Tak lama lepas tu bas pun sampai. Terus naik dalam bas. Disebabkan masa di kaunter tadi kami cuma diberi resit, pemandu bas yang menukarkan resit tersebut kepada tiket.


Kena jaga tiket ni elok-elok sebab ia perlu ditunjukkan kepada pemandu setiap kali nak naik bas.

Kakak posing atas bas
Adik pula gigih rujuk pamplet
Sebelum tunggu bas jalan, sempat lagi makan nasi bungkus yang dibekalkan. Bila naik bas, baru rasa lega sikit sebab dah tak rasa sejuk. Banyak juga gambar yang sempat snap sepanjang naik bas. Tapi banyak juga tak menjadi sebab hujan :(

Dalam 20 minit perjalanan juga baru sampai ke tempat yang dituju. Ia hentian yang kelapan. Dalam perjalanan tu, nampak juga bas lalu di kawasan zoo. Kalau masa lama, confirm dah bawa anak-anak masuk zoo :)
Bas yang kami naik
Giliran kakak pula naik stroller
Aisyah memang tak tahan sejuk. Kesian pula sbb tak pakai baju banyak lapis. Dah pakai tiga lapis pun Aisyah masih tak tahan.

Adik apa lagi, sangat seronok bila bebas berjalan ke sana sini. Siap babai kat ummi lagi bila nak snap gambar :)

Bersambung....

NuKilaN:
 

14 comments:

  1. ala tak best nya ujan time nak meronda. that place "amsterdam" tu saya pun tak tau, macam baru jugak kan, saya pi sana dalam 6 tahun lepas kot hihihi. kesian Aisyah, macam saya tak tahan sejuk.

    ReplyDelete
  2. Tu la pasal, dah la masa singkat.. cuaca juga tak menyebelahi... nak jalan2 pun tak syok bila anak2 pun mcm tak seronok sbb sejukkkk

    ReplyDelete
  3. kakak tak tahan sejuk rupanya.suka posing ingatkan tak kesah sejuk..heheh

    ReplyDelete
  4. Ooo ini kisah dlm pic aritu.. Bestnya anak2 bila jalan macam ni... Tgk muka pun mmg nampak gembira je.

    ReplyDelete
  5. patut la en suami tak mo pi europe time winter. kita ni punya la teringin nak merasa salji hehe....rupa2nya masa singkat dan selalu hujan ye. aihh dah macam musim tengkujuh pulak yer hehehe. kalau ada rezki kami nak pi uk bln 3 ni... tak sabar nak tengok bunga berkembang hoho

    ReplyDelete
  6. Patutlah bila musim sejuk orang nampak gemuk... rupanya pakai baju banyak lapis :)

    Seronok pergi jejalan kan... tambah lagi negara orang kan Nur :D

    ReplyDelete
  7. Kak Nur, sy pergi Ams dah dua kali tp dua2 tu tak smpt nak pergi kt blog i love Ams tu huhu. Takpelah blom ada rezeki hihi. Nway Ams mmg sejuuuk sgt maybe sbb dia tepi laut kan..kesian Aisyah kesejukan mujur tak demam ke apa. Ank2 izu kalah sket klu sejuk2 sgt

    ReplyDelete
  8. Ummuaidan: posing tu mmg minat aisyah, so tetap kena maintain macho depan kamera :)

    Aisy: mmg best, mereka sgt enjoy bila jalan2 :)

    Anis: jgn la datang time winter, siang sgt singkat... nak bergambar pun tak puas sebab dah gelap.. datang Uk nanti area mana? Kalau sempat, singgah la bradford :)

    kak yati: Tu la pasal, jgn terpedaya dgn baju yg berlapis-lapis tu :)

    NoEn: Kalau pakai baju betul2 rasanya tak de masalah... Insya Allah suhu negatif pun boleh tahan :)

    Izu: Dah dua kali ke Ams? best nyer... teringin juga nak ke sana lagi sekali kalau ada peluang :)

    ReplyDelete
  9. bestnye...bile la de rezki gi sane

    ReplyDelete
  10. Insya Allah, mana tahu suatu hari nanti ada rezeki :)

    ReplyDelete
  11. alahai anak2 bestnye kurniaan Allah buat kalian! muge merantau jauh lagi untuk ummat! ;)

    ReplyDelete
  12. Susah jugak nak berjalan sejuk2 nikan... dah tebal baju tu...nak bawak badan bertambahlah berat...kalau kurus ok lagi kalau berat macam OKje..he..he..macam kura kuralah jadinya

    ReplyDelete
  13. Insya Allah.... Alhamdulillah diberi peluang oleh Nya meneroka negara lain... syukur sgt2 :)

    Hainom: Hehhee, tak berat pun baju coat tu... jgn risau, tak tukar jadi kura2 punya la :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails