Thursday, January 17, 2013

Jumpa dentist

Semalam dalam sejarah Aisyah, bila buat pertama kalinya Aisyah berjumpa dengan dentist. Akhir tahun lepas (tak silap nov 12), dapat surat dari dental service untuk buat pemeriksaan gigi Aisyah. Nyaris-nyaris surat tu hilang dek terlalu lama tempoh dapat surat ke tarikh appointment.

Appointment pukul 3.10 petang, jadi saya terpaksa jemput Aisyah dari sekolah sedikit awal (sekolah habis pukul 3.30 ptg). Saya cakap kat cikgu kelas nak jemput Aisyah pukul 2.00 petang. Lepas solat Asar, terus gerak ke klinik dalam pukul 2.30 ptg.

Agak awal kami tiba di klinik. Lepas daftar di kaunter, kami ke bilik menunggu. Tak lama lepas tu, nama Aisyah dipanggil. Masuk ke dalam bilik, doktor memperkenalkan diri dan pembantunya. Doktor menerangkan tujuan temujanji dan apa yang akan dilakukan. Baru saya tahu, rupanya surat temujanji dihantar rentetan pemeriksaan gigi di sekolah Aisyah yang mendapati beberapa gigi Aisyah telah rosak (teeth decay - ke pereputan gigi?).

Sebelum pemeriksaan dijalankan, doktor bertanya beberapa soalan berkaitan tabiat pemakanan Aisyah dan cara Aisyah menjaga gigi. Banyak juga yang kami bualkan. Tapi yang saya terkejut bila doktor tanya mcm ni...

Doktor: : Lepas Aisyah gosok gigi, dia akan berkumur atau tidak?
Saya: Mestilah berkumur.
Doktor: Sebolehnya, tak perlu bilas lepas gosok gigi. Biarkan jer ubat gigi dalam mulut. Ubat gigi akan membantu utk melindungi gigi.
Saya: Eh, macam tu ke? Baru kali pertama saya dengar macam ni. Kita pun boleh buat macam tu ke?
Doktor: Yup.

Tapi rasa macam tak kena jer nak buat mcm tu. Apa pendapat mommies?

NuKilaN:
 

15 comments:

  1. tak perlu berkumur? tak pernah tahu pun. akif memang tak berkumur sebab dia tak reti lagi...

    ReplyDelete
  2. Rs tak bersih kan..since nur dah cite camtuh sy terasa mcm nak biarkan jerlah aidan kalau lps gosok gigi takyah kumur..hehhe

    ReplyDelete
  3. Akak pun baru tahu Nur.. tak perlu kumur2... akak dan jeeha baru lepas jumpa dentist 5hb jan itu hari... lepas di cuci gigi akak.. last sekali dia akan gosok dgn ubat gigikan.. tapi doktor suruh kumur2 pulak...

    Nak cuba praktiskan lah tak perlu kumur2... :D

    ReplyDelete
  4. patut le tgok Mr Bean simple jer gosok gigi

    ReplyDelete
  5. Ajwad tak reti berkumur lepas gosok gigi, saya yg paksa dia buat jugak.....tapi mesti pelikkan kalau tak kumur?

    ReplyDelete
  6. patutla duk tengok citer omputih depa macam gosok gigi tak siap jer. owhhh ada sebab rupernyer.

    ReplyDelete
  7. laa yer ker, baru tahu. nanti nak kompemkan balik dengan kawan anis. dia doktor gigi jugak. firas sekarang ni memang tak kumur sbb tak reti. dah la kena paksa time berus gigi tu. memang adegan jerit2 tu biasa la time mandi hohoho

    ReplyDelete
  8. eh first time dgr ni... bukan ke anak2 tak boleh dibiarkan ubat gigi tu dalam mulut sebab bahaya kalau tertelan... florida yang berlebihan pun tak elok untuk anak2kan?!...

    ReplyDelete
  9. knp pulak tak perlu berkumur?xkn nk biar ubat gigi tuh kat dlm mulut dgn buih2 skali...adehhh

    ReplyDelete
  10. Fadilah: Tu la pasal... rasa mcm tak sudah jer selagi tak kumur

    Ummuaidan: Kan? so tak perlu risau jika anak-anak tak pandai kumur

    Kak yati: Sampai ke hari ni saya tak boleh praktis lagii... huhuhu, dah jadi tabiat lepas gosok kena kumur... nak ubah tabiat yg susah sikit tu :)

    Kak tini: dulu geleng kepala bila tgk mr bean tak kumur... rupanya mmg stail mereka :)

    Dini: Sampai ke hari ni saya masih lagi rasa pelik :)

    ReplyDelete
  11. Natsyna: Tak kuasa nak buat mcm tu setakat ni... hehehhe

    Anis: Nanti update tau!

    NK: sebab florida dalam ubat gigi adalah sgt rendah, so florida tu yang akan melindungi gigi... tu Dr kata

    MF: Buih tu mmg kena ludah... lepas ludah buih, siap... no need to rinse :)

    ReplyDelete
  12. ehm...tak pernah tau plak, sebab masa sek dulu dr gigi tak penah bg tau pun..bru2 ni jmpa dr gigi pun tak de cite pape..mgkin lain tempat lain caranya tak? haha...

    ReplyDelete
  13. Pengetahuan baru ni, tapi seingat sayalah dari saya darjah 1 gi (back in1981) masa misi datang sekolah, kena gosok gigi ramai2, lepas basuh kumur. Hehe.

    ReplyDelete
  14. Azian: Kan? sbb tu mcm confius :)

    myfreeminded: Dari kecil kita diajar mcm tu.. siap kena bawa cawan plastik utk kumur... tetiba tak perlu kumur pulak, ekekkeke

    ReplyDelete
  15. Yap, sy dental student kat malaysia. bdk2 mmg digalakkan xkumur(tapi kena pastikan amount ubat gg tu bersesuaian dgn umur.. just pea-sized je.
    klu kite yg dewasa ni x biasa lg, boleh je mula2 gosok gg macam biasa n kumur, then gosok lg skali but without letak air.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails