Tuesday, January 1, 2013

Bye bye 2012....

Sedar tak sedar, tahun 2012 akan melabuhkan tirainya. Bila saya semak semula entry saya awal tahun ni (1.1.2012), baru sedar yang ada hutang belum berbayar. Rasa macam baru jer saya tulis entry tu. Rupanya dah hampir setahun ia berlalu.

Apapun, 2012 adalah tahun yang paling bermakna buat saya dan keluarga. Tanggal 14 Januari 2012, ia tarikh bersejarah di mana buat kali pertama kami sekeluarga menjejakkan kaki ke Bradford, England. 14 Januari depan, akan genaplah setahun saya bergelar pelajar. Tinggal lagi dua tahun untuk menyiapkan pengajian. Tinggal lagi dua tahun untuk kembali ke tanah air tercinta.

17 Januari 2012

Setahun di rantau orang, telah banyak saya belajar. Banyak juga tempat yang telah kami teroka. Hidup di negara orang banyak mengajar saya erti ketabahan dan kesusahan. Namun, saya tidak suka bercerita kesusahan yang kami alami. Saya lebih suka mengenang kemanisan di tempat orang.

Manisnya pengalaman kali pertama melihat salji turun di depan mata pada 5 February 2012.

Manisnya pengalaman menghadiri program hari keluarga di Blakton Grange, Durram pada 19-20 Feb 2012. Kali pertama bermalam di farm house (rumah ladang). Pengalaman yang sungguh manis untuk dikenang.

Manisnya pengalaman berkunjung ke kelab bola sepak terkenal (Liverpool dan Manchester) pada 30 March 2012.


Manisnya pengalaman mengunjungi Scotland (Glasgow, Aberdeen, Edinburgh) pada 9-11 April 2012.

Manisnya pengalaman kali pertama menikmati musim bunga. Saya sangat teruja melihat pokok yang awalnya gondol berubah menjadi pokok yang pelbagai warna.

Manisnya pengalaman mengujungi taman tema, Alton Towers pada 22 May 2012.

Manisnya pengalaman kali pertama berkhemah bersama keluarga sempena musim panas pada 23-25 Jun 2012.
Manisnya pengalaman mengerjakan puasa di musim panas, walaupun tempoh siang yang agak panjang. Kali pertama Irfan berjaya berpuasa dengan penuh di usia tujuh tahun, Alhamdulillah. Kali pertama juga kami sekeluarga beraya di perantauan.
Manisnya pengalaman mengunjugi Blue planet Aquarium pada 23 Ogos 2012, walaupun Aquaria di KLCC berkali ganda lebih besar dari Blue Planet.
Manisnya pengalaman menikmati musim luruh. Saya begitu jakun memerhati dedaun yang bertukar kepada pelbagai warna sebelum gugur ke bumi, Subhanallah.... cantiknya ciptaan Allah!

Dan banyak lagi pengalaman manis lain yang tak dapat saya nak sebutkan satu persatu. Ia tetap akan kekal dalam lipatan memori tahun 2012.

Semoga kehadiran 2013 memberi cahaya yang lebih terang dalam kehidupan kita. Doakan saya mommies agar perjalanan PhD saya dipermudahkan oleh-Nya, amin!

NuKilaN:
 

17 comments:

  1. Selamat tahun baru Nur..
    maniskan pengalaman2 yg dikecapi wpun berada dinegara orng buat seketika...namun peluang yg ada dimanfaat sebaiknya menimba pengalaman..wonder satu hari nanti akan ingat tak lagi 3 bradik comel nie akan kehidupan mrk di bradford yer...hmmm..irfan kot kalau nak ingat yer..

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru...
    ada dua tahun lagi duk uk, bolehlah teroka banyak lagi tempat menarik kat sana..
    semoga tahun baru ni lebih membahagiakan nur dan keluarga ye..

    ReplyDelete
  3. oh, baru setahun rupanya di sana...ingatkan dah 2-3 tahun. kami pula insyaAllah ada setahun lagi di sini sebelum balik for good :)

    ReplyDelete
  4. Insya Allah dengan izin Allah, Nur mampu tamatkan pengajian nanti. Moga dipermudahkan semua urusan Nur.

    ReplyDelete
  5. salam tahun baru 2013 buat akak sekeluarga...
    suka dgn kenangan2 manis akak disana.satu pengalaman berharga dinegara org.betul tu knangan pahit simpan sj dihati,pngalaman manis yg akan dikenang smpai bila2.owh 2 tahun lg,dh tk lama ya nk pulang tanahair..

    ReplyDelete
  6. akak rasa baru jer p obersi.. dah setahun upanya..

    selamat tahun baru

    ReplyDelete
  7. Selamat Tahun Baru Kak,
    semoga lebih success utk akn datang ye. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  8. Happy New Year buat Nur & family..
    moga thn baru ini memberikan lebih kemanisan buat kita semua..inyaAllah..amin!
    betul tu..sy pun lbh suka mengenang semua kemanisan.. yg buruk tu simpan dlm lipatan kenangan...:)

    ReplyDelete
  9. Semoga urusan phd nur berjln lancar. Kat UK cuma 3 thn yea minimum years buat phd? Uni. kat sini pulak
    min.4 yrs tp so far blm ada lg students tajaan grad within 4 yrs. Masing2 dragged to 5 yrs huhu..

    ReplyDelete
  10. selamat tahun baru, kt sini takleh berlengah kn kalau nk buat something, tempoh hanya musim tu jer, mmg terasa peredaran waktu kt sini. banyak sweet memories for u guys.

    ReplyDelete
  11. Samalah kita kak Nur, saya suka share yg manis2 je..bukan tade yg pahit, ada banyak tp cukuplah untuk kita simpan shj dan tak sanggup nak kenang lama2 hehe..

    Wah akk bestnya naik cruise ke Amsterdam! Tak sabar nak baca lagi. :)

    ReplyDelete
  12. hi nur,

    memori yg manis bisa buat kita kembali tersenyum....happy new year nur sekeluarga

    ReplyDelete
  13. selamat tahun baru. semoga perjalanan phd k baini dipermudahkan. amiin..

    ReplyDelete
  14. Ummuaidan: tak kira, nanti mereka besar kena suruh jugak mereka baca blog ni... biar mereka tahu, tempat2 yg ummi mereka dah bawa berjalan :)

    Aisy: Tq, Insya Allah harapnya boleh finish on time

    Nadiah: Yup, baru setahun jagung... best neyr dah balik balik lagi setahun

    myfreeminded: Tq sudi doakan saya... amin!

    Saly: Jauh lagi perjalanan ni.. tqvm!

    Kak tini: Kan? cepat betul masa berlalu

    Nisah: Tq.. amin!

    ReplyDelete
  15. Atie: Yg pahit tu yang mendewasakan kita :)

    LL: dragged hingga 5 tahun? huhuhu, kat UK pun sama... tapi biasanya boleh drag pun hingga 3 thn setengah jer

    Nastyna; 100% agreed with u...

    Izu: ada juga geng... yg pahit tu kalau boleh nak lupa cepat2.... ekekkeke

    Tini: Saya pun tersenyum when read ur comment

    Fadilah: Tq, amin!

    NoEn: Datangla sini... penginapan dah free :)

    ReplyDelete
  16. untungnya nur dpt menikmati semua tu... hanya insan2 terpilih diberi peluang oleh Allah... seronoknya tengok gambar2 tu... salji... musim luruh... mmg cantik la...

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, boleh merasa empat musim negara orang, mmg sgt manis utk dikenang :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails