Saturday, October 26, 2013

Bermula cuti sekolah seminggu

Sedar tak sedar, hari sekolah ni anak-anak dah mula cuti pertengahan term utk Autumn. Rasa mcm baru mereka masuk sekolah bulan September lepas. Cepatnya la masa berlalu. Bermula minggu depan anak-anak akan mula bercuti selama seminggu.

Tak sempat pun update pencapaian anak-anak sepanjang first term yang lepas. So buat satu entry sekali harung sbg kenangan pencapaian anak-anak utk first term yang lepas.

Dua minggu lepas, saya berpeluang menghadiri perhimpunan mingguan sekolah sempena Aisyah menerima Learning Superstar. Biasa abah jer yang jadi wakil. Kali ni saya yang attend majlis tu. Kali terakhir saya attend masa Aisyah kat reception. Skrang dah Year 2 pun. Jadi sempat la snap sekeping gambar dalam hall buat kenangan.
Aisyah posing dgn sijil dan medal selepas terima award
sebab terpilih menerima Learning Superstar...
Kat sini, dengar cakap cikgu pun boleh dapat award. Pandai betul mereka beri galakan pada para pelajar. Teringat pula kata cikgu kelas Aisyah semasa perjumpaan sempena target day. Kata cikgu, "I need more Aisyah in the kelas". Hehehe, macam comel jer cikgu kata macam tu. Senang kerja cikgu bila semua dengar kata macam Aisyah agaknya.

Kelmarin juganampak Irfan pakai stiker "Deputy Head Teacher Award". Saya tanya, "Abe dpt learning superstar ke?". Irfan cakap, "Tak, dapat best mathematician jer". Anak lelaki macam tu la. Terlebih cool. Langsung tak excited bila dapat award. Bila geledah beg sekolah, saya jumpa sijil ni...

Champion mathematician of the Half Term :)
Ni kali pertama Irfan dapat Champion Mathemation utk half term. Tahniah Irfan!
Disuruh posing pun buat muka mcm2
Sebelum ni, Irfan dah dapat gelaran mathematician of the week. Juga kes yang sama. Jumpa sijil ni bila check beg sekolah. Ntah bila Irfan dapat pun tak tahu.... huhuhu
Champion of the week
Tgk abang posing, Danish pun nak interpreme....
Posing dgn kasut but pun jadi laa...
Danish pun dah makin serasi dengan nursery sekarang ni. Bangun pagi, tak perlu kejut. Kadang-kadang bersiap sendiri lepas gosok gigi. Selalu eksaited nak ke sekolah setiap pagi. Alhamdulillah, lega hati ummi.

12 comments:

  1. bijak2 semua ank akak...tahniah irfan & aisyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Noen.... Lega juga sbb mereka dpt sesuaikan diri dgn sistem belajar kar sini :)

      Delete
  2. Wah..sejuk hati umi ye..abe kakak dan adik semuanya pandai dan baik...

    Saya suka betul setiap kali nur update pasal prestasi akademik anak2..leh tahu sistem kat sana.. banyak kelainan dan bagusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja rekod pencapaian mereka dalam blog sebagai kenangan...
      AN pun boleh apply kat kelas mana yg patut :)

      Delete
  3. Selamat bercuti irfan,aisyah dan danish...danishpun cuti ye...?

    Tahniah utk anak2 nur ye.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, wir... semuanya cuti...
      Thanks wir bagi pihak anak-anak :)

      Delete
  4. Seronoklah dorang cuti sekolah boleh ajak ummi jenjalan sikit kan..tahniah tuk irfan & aisyah..mmg cool betul irfan dpt award tuh tak tunjuk kat ummi yer..dia nak tunggu yg lebih best lagi tuh baru tunjuk...biar ummi kaguum..:)

    ReplyDelete
  5. wah... tahniah2 buat aisyah n irfan... selamat bercuti... ^_^

    ReplyDelete
  6. seronok tengok gambar mereka....tahniah aisyah dan irfan.

    ReplyDelete
  7. Tahniah Aisyah & irfan...pandainya anak2 Ummi ni...
    selamat bercuti...:)

    ReplyDelete
  8. wah!!!!!congrats both aisyah & irfan. keep it up!!!! heheh aunty ros pun dah ala2 teacher punya wisdom words ni

    ReplyDelete
  9. Bagus tiga beradik ni. Senang hati mak, kan. Anak lelaki memang gitu kan, Tak heran apa pun yang mereka achieve. Anak saya kalau tak dicheck beg sekolah hari-hari, memang dia buat tak kisah pun. Tahniah untuk abang dan kakak yang cemerlang nih.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails