Friday, January 10, 2014

Tak boleh cium?

Ramai yang share gambar ni kat wall facebook. JANGAN cium anak semasa mereka tidur. Kalau cium juga anak semasa mereka tidur, dikatakan anak akan bertambah degil? Hurm, betul ke?

Dari komen yang saya baca, ada yg setuju dan ada yang sebaliknya. Orang tua2 kata tak boleh cium anak masa tidur takut tidur mereka terganggu.

Kalau saya, buka setakat cium siapa cakap lagi dgn anak masa mereka tidur. Saya suka tanya, "Adik sayang ummi tak?" masa Danish sedang tidur. Ummi sangat adik banyak-banyak tau, sambung saya lagi. Kadang2 soalan saya tu berbalas tau. Kadang2 juga, Danish akan menganguk walau masa tu nampak dia sedang tidur dgn nyenyak. 

Dari pembacaan, itu adalah tindakan luar kawal otak semasa anak2 sedang tidur. Walaupun anak-anak tidur, tapi otak mereka masih lagi aktif. Ada yang menyarankan, semasa anak2 sedang tidur juga adalah waktu yang paling baik utk kita menasihatkan anak-anak, menegur perbuatan anak atau meluahkan rasa sayang kita pada mereka. Untuk Irfan saya selalu kata, "Abe kena rajin solat tau. Kena rajin baca buku."

NuKilaN:
   

18 comments:

  1. Salam Jumaat..
    tu lah kan, ada gak terbaca info ni di FB.. tapi was-was jgk..hehe.. sllu nya sy akan buat sama mcm Nur tu..berbual2 dgn pae masa dia tido..tanya sayang ibu ke tak? sllu nya dia mengangguk tau walau mata tertutup..sllu nasihatkan dia jadi budak baik, patuh perintah Allah msa tido tu.. nak buek guane tu?? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Ada geng rupanya… hihiihi
      Teruskan lah dgn apa yg kita selalu buat tu :)

      Delete
  2. Akak biasa je cium...bukan apa kdg2 kita sbgai ibu tiba2 dtg rasa rindu walaupun dia dpn mata..so spontan akan tatap wajah dia n cium dahi...waktu camtu la terasa sayu..cepatnya ank membesar..:-)

    ReplyDelete
  3. err betul ke..baru saja tau ni..

    ReplyDelete
  4. Akak pun selalu buat macam tu bila anak-anak akak tidur masa tulah akak bercakap-cakap dgn mereka ... kekadang ada tindak balas mengangguk... tak taulah pulak tak boleh cium... akak lepas cakap2 tu cium mrk :)

    ReplyDelete
  5. Sy pun selalu lps tidurkan mereka..sebelum beralih..akan ciumlah..tapi taklah cium masa mereka dah tidur lama dah,..heheh..kalau berbual tuh sy tak pernah kot..tahlah agaknya sy nie ibu yg tak cukup sentimental kot...heheh

    ReplyDelete
  6. sebenarnya kalau ikut orang tua tua dulu memang banyak pantang larangnya.... cthnya macam : jangan potong kuku waktu malam, jangan buka payung dalam rumah nanti ular datang.... semua tu lah... terpulang kat kita sama ada nak percaya atau tidak... ^_^

    ReplyDelete
  7. Oh kakak tak tahu pantang-larang tu Nur. Sebab itulah kakak memang anak tidur pun kakak cium. Biasalah bila masuk biliknya tengok dia tidur betulkan selimut mesti otomatik nak mencium - dah terbiasa.

    ReplyDelete
  8. saya rasa ni bukan satu fakta yg betul kott!..maybe kalau kita cium anak time tido..takut dorang terjaga..tu pendapat sy :)
    selalunya saya cium anak time dorang tengah tido..because comel je melihatnya hehe :)

    ReplyDelete
  9. Betul tu Bijen ....pernah dengar jugak elok bercakap dan nasihatkan anak waktu ni sebab masa ni anak dikira separa sedar.... kira mudah nk dengar katalah.....cakap mudahnya!

    ReplyDelete
  10. Kadang2 was was nal percaya benda2 di fb.. pasal ni, saya memang selalu amalkan cium dan nasihat semasa Naim tengah tdo.. maklumla masa tak tdo mak nya sibuk, naim pun ligat.. apa apa pun kita kena pantau lah kan?

    ReplyDelete
  11. Nur, Kak Isma pun selalu buat perkara yang sama kat Mia!suka sangat tanya soalan "Mia sayang mama tak?" time dia tengah nyenyak tido...sebab bila diaorang jawab rasa comel & sweet sangat, kan?...

    ReplyDelete
  12. Saya ada jugak baca pasal nih..tak tahu nak ikut yg mne...sy suke cium diorang time tido sbb smbil tuh ckp kat diorang yg sy sygkan diorg kan

    ReplyDelete
  13. Haza cium jek. Betul kak tindakan otak masa tdo, masih aktif.

    ReplyDelete
  14. mana boleh tak cium..time tido tu la anak terlihat sgt comel.hehe..pasal otak bergerak aktif masa tido tu sy ok je..kadang2 benda ni cakap2 org tua..pantang larang yg sengaja diadakan..mungkin juga utk kebaikan..misalnya tak bagi anak terjaga waktu tido..klu cium boleh buat anak degil tu sy tak percayalah

    ReplyDelete
  15. aitt.jetinggalanya sy,tk jumoa lg di fb,jarang sgt buka fbpun..nasib dpt info di sini ,anak akan degil,seorg ustaz yg keluar kenyataan tu,ikut mana tu,ada hadis n nas ke tentangnya...atau gimik semata2..hehe

    ReplyDelete
  16. Eh, betul ke ni? Masa mereka tidurlah saya suka cium mereka berkali-kali. Kelecops, kelecops dibuatnya. Saya suka bau mereka. Suka usap kepala mereka dan cium pipi dan dahi. Rindu sangat bila mereka tengah tidur sebab tak boleh bercakap dengan mereka dan mula terkenangkan betapa singkatnya masa yang ada untuk spend dengan anak-anak pada siangnya.

    ReplyDelete
  17. Tak pernah nampak pula tentang ni tapi kan memang suka cium anak masa dorang tidur....:D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails